Tu dia! Hari ni cek punyalah merayau kat alam maya sampai tersesat! Akhirnya, 
cek terjumpa lak blog nama pelik ni http://n32.blogspot.com/. Punyalah pelik 
nama blog dia, tapi bila cek baca, pandai pula dia menulis; hang dok baca no.



Sebagaimana dijangka DAP kecundang di Machap

Sebagaimana dijangkakan si gergasi BN menang juga akhirnya di Machap. 
Kemenangan tetap kemenangan walaupun dengan satu undi, demikianlah konspe 
demokrasi yang kita amalkan.

Namun kalau kita lihat pada angka-angka akhir, kemenangan calon BN yang dibantu 
oleh Timbalan PM, menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar dan 
ketua-ketua menteri serta seluruh kekuatan jentera kerajaan pusat dan negeri, 
tidaklah sehebat mana kerana,

Pertamanya:
Calon DAP telah berjaya mempertingkatkan jumlah undi yang diperolehi untuk 
partinya. Pada Pilihanraya Umum 2004 lalu DAP memperolehi 1,285 undi, kali ini 
meningkat 167 undi ke 1,452.

Keduanya:
Undi calon BN (MCA) merosot dari 5,847 semasa Pilihanraya Umum 2004 kepada 
5,533 iaitu pengurangan sebanyak 314 undi

Ketiganya:
Majoriti kemenangan BN turut merosot dari 4,562 pada PRU 2004 ke 4,081 iaitu 
kemerosotan sebanyak 481 undi.

Dari pengalaman pilihanraya-pilihanraya kecil di Malaysia lazimnya dengan 
kekuatan luarbiasa jentera BN semasa PR Kecil, calon BN kebiasaannya menang 
besar dan mengatasi keputusan semasa PRU oleh kerana semasa PRU kekuatan 
;uarbiasa yang dimaksudkan tidak hadir.

Kita mungkin bertanya mengapa DAP kalah, tetapi dalam waktu yang sama kita juga 
perlu menyelongkar mengapa BN tidak menang besar (malah merosot pula 
keputusannya walaupun mungkin kecil)?

DAP memang dijangka kalah kerana Machap bukannya kerusi tradisi bagi mereka. 
DAP tidak pernah menang di Machap, malah menurut rekod DAP biasanya meraih 
kemenangan di kawasan yang kepadatan pengundi bukan Melayu melebihi 70% 
contohnya di DUN Kota Laksmana yang diwakili YB Betty Chew (isteri Guan Eng). 
Di Kota Laksmana jumlah pengundi bukan Melayu mencecah 89%. Satu lagi kerusi 
adalah Bandar Hilir yang turut diwakili DAP dimana peratus pengundi bukan 
Melayunya adalah lebih 81%.

Di Machap peratus pengundii bukan Melayu hanyalah lebih kurang 60%.

Apa pun yang menyedihkan pada hari mengundi ini adalah laporan laman 
Malaysiakini yang mendedahkan terdapat aktiviti menyogok para pengundi di DUN 
ini. Menurut laporan polis yang dibuat oleh pihak DAP para pengundi kelihatan 
mengerumuni sebuah rumah yang didiami oleh Umno Johor dimana wang tunai 
dikatakan diagih-agihkan kepada para pengundi. 



 
Gambar-gambar Malaysiakini
 
 
Apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa dalam hal ini?

Di sinilah terujinya keupayaan Malaysia khususnya SPR dalam mengendalikan 
pilihanraya yang telus dan adil. Biarlah kemenangan satu-satu pihak itu 
kemenangan yang benar-benar demokratik tanpa sebarang unsur paksaan, sogokan 
atau tekanan. Jika ini tidak dapat dilakukan maka selama-lamanyalah rekod SPR 
dan pilihnaraya di Malaysia akan penuh kudis, kurap dan panau.
 
 ******************

MIC berkecamuk di Ijok, apa khabar orang kampung?

Ramai yang menyaksikan reaksi Presiden MIC di TV3 semalam apabila ditanya 
berkenaan kata-dua yang diberikan kepada beliau oleh Ketua Bahagian MIC Kuala 
Selangor P. Thirumoorthy. Samay dengan marah mengatakan:

Beliau (Thirumoorthy) boleh pergi.

Ini berikutan tuntutan Thirumoorthy dan para penyokongnya agar Samy mencalonkan 
beliau sebagai calon MIC mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang 
penamaan calonnya pada hari Khamis ini.

Sebelum itu Thirumoorthy dalam kenyataannya mengatakan jika Presiden MIC itu 
enggan mendengar tuntutan anak-anak tempatan serta tenaga akar-umbi MIC maka 
beliau tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan. Malah mengancam 
tindakan beliau akan dituruti dengan perletakkan jawatan 33 Pengerusi Cawangan 
MIC seluruh Kuala Selangor yang mana 18 darinya adalah dari DUN Ijok yang 
mewakili 2,000 pengundi India. 



Cikgu Thiru yang diketepikan oleh Presiden MIC
(gambar Agendadaily)


Nampaknya bertemu buku dan ruas antara Samy dan penyokong tempatan MIC di Ijok. 
Mendengar kenyataan Thiru itu Samy dengan bongkak mengatakan yang beliau selaku 
Presiden MIC memperoleho sokongan dari 98% caeanagn-cawanagn di seluruh Kuala 
Selangor.

Menurut rekod semasa ketiadaan mendiang Sivalingam akibat sering uzur dan 
kerana menghadiri urusan sebagai anggota EXCO Kerajaan Negeri, kebanyakkan 
urusan wakil rakyat DUN Ijok diselia dan dikendalikan oleh Thiru dan para 
penyokongnya yang terdiri dari anak-anak tempatan.

Jelas dalam hal ini Presiden MIC langsung tidak menghormati dan menghargai jasa 
anak-anak buahnya. 

Para penyokong Cikgu Thiru di luar pejabat MIC Ijok
(gambar Agendadaily)

Sementara itu Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, K 
Loganadan seorang anak tempatan Ijok dari Estet Caledonia telah menyatakan yang 
beliau akan mengemukakan kertas pencalonannya sebagai calon Bebas Khamis ini.

Calon sebenar MIC akan diumumkan oleh MB Selangor Khir Toyo di Dewan harmoni 
Ijok jam 3 petang ini. Namun belum pun ia diumumkan jelas pemimpin-pemimpin 
masyarakat India tempatan berpecah khususnya dikalangan pimpinan dan penyokong 
MIC. Mungkinkah ini nanti akan memepengaruhi undi 28% para pengundi India yang 
berdaftar di Ijok?

Bagi pemimpin dan para penyokong Umno tempatan, berdasarkan perkembangan ini, 
Umno selaku rakan kongsi BN perlu bersedia membantu dan memenangkan calon dari 
MIC. Apakah Umno tempatan sudah bersedia berbuat demikian kali ini?

Bagaimana dengan tuntutan agar kerusi DUN Ijok ini diserahkan kepada Umno, 
sebelum ini ada berita mengatakan yang Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor 
Amiruddin Sutero akan memperjuangkan habis-habisan menuntut agar kerusi Ijok 
ini diserahkan kepada Umno, begitu juga ahli Parlimen Kuala Selangor Daud 
Tarihep dikatakan akan membuat tuntutan yang sama, sekarang bagaimana?

Kalau Ketua Bahagian MIC pun demi mempertahankan maruahnya sanggup melepaskan 
jawatan dan keluar MIC kerana Presidennya enggan mendengar suara anak-anak 
tempatan, bagaimana dengan Umno Kuala Selangor?

Mungkin untuk bertindak sebagaimana Thiru dan para penyokongnya terlalu drastik 
dan ekstrim bagi pimpinan dan ahli-ahli Umno di Kuala Selangor khususnya di 
Ijok. Tetapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu yang boleh mencerminkan 
keperibadian dan harga diri Tuan-tuan sebagai seorang anak Melayu yang 
bermaruah. Apa kata kita pakat undi PKR yang dijangka meletakkan anak tempatan 
berbangsa Melayu itu sebagai simbol bantahan kita, takkan itu pun tak berani?

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
(Berilah semangat dan makna pada lagu yang tuan-tuan sering nyanyikan di atas!)

 
 * * * * * * * * *
  

      * Sunday, April 15, 2007 *
 
    
 Lawan tetap lawan di Ijok

Berikutan kenyataan Ketua PKR Selangor Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim yang 
PKR akan bertanding dalam Pilihnaraya Kecil Ijok, kerja-kerja peringkat 
akar-umbi dikedua-dua peringkat PAS dan PKR telah pun dimulakan. Suasana di 
Ijok yang melibatkan para petugas PAS dan PKR sibuk setiap malam kebelakangan 
ini.

Pimpinan PAS dan PKR Kuala Selangor sudah pun menjalankan kerja-kerj bagi 
bersedia menerima ribuan para petugas, penyokong dan pimpinan kedua-dua belah 
parti untuk turun membantu jentera BA bagi memenangkan calon PKR dalam 
pertembungan yang dijangka sengit sesengit pertembungan di DUN Lunas satu 
ketika dahulu.

Tidak dapat dinafikan semangat perjuangan kedua-dua belah pihak begitu membara 
dan tinggi dan masing-masing sudah pun mencurahkan keringat dan wang ringgit 
bagi kerja-kerja awal sementara menunggu Hatri Penamaan Calon yang telah 
diputuskan Khamis ini.

Rata-rata kebanyakan pihak yakin yang PKR akan mencalonkan Pengerusi Negeri 
mereka Tan Sri Khalid untuk merampas kerusi BN (MIC) ini. Dan keyakinan itu 
telah makin menghangatkan malam-malam di Ijok memandangkan Tan Sri adalah anak 
tempatan Kuala Selangor yang dikenali dan disenangi semua pihak di sana.

Bagaimana dengan isu boikot?

Setakat ini jentera diperingkat akar-umbi melalui kenyataan kedua-dua pimpinan 
tertinggi PAS dan PKR Selangor telah memutuskan akan bertanding dalam 
Pilihanraya Kecil ini. Saban malam pihak jentera telah difahamkan bahawa boikot 
di Batu Talam itu adalah tindakan khusus dan mesejnya telah pun disampaikan. 
Tidak ada keputusan untuk terus-menerus memboikot setiap pilihanraya kecil 
sehingga ke pilihanraya umum.

Tindakan BA memboikot Batu Talam adalah untuk membuktikan betapa serisunya kita 
dalam tuntutan kita terhadap SPR namun ianya bukanlah satu-satu tindakan kita 
yang muktamad. Itulah pemahaman jentera diperingkat akar-umbi, itulah pemahaman 
kedua-dua belah parti diperingkat BA Negeri.

Oleh itu diperingkat ini isu boikot tidak berbangkit dan malah ianya tidak 
mencerminkan kehendak akar-umbi diwaktu dan ketika ini. Malanglah sekiranya 
kita meilih untuk menongkah arus dan mebelakangkan kehendak akar umbi yang 
merupakan sumber kekuatan parti kita.

Lawan tetap lawan, lawan sampai menang di Ijok! 

 * * * * * * * * *
  

          
 Siapa yang kau nak tembak tu?

Sekali lagi kata orang A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS lalu berilah tafsiran 
dan tamsilan masing-masing terhadap gambar di bawah ini. Bukan ia bukan gambar 
seorang pelatih PLKN sedang melalui latihan bersenjata.

Beliau adalah isteri Timbalan PM yang dikasihi. Nampak macam tutup dua-dua 
belah mata je. 
 



 
 
Bila agaknya kita nak berlatih gunakan letupan C4 pula, oppss.


 

       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke