FORUM ISU MURTAD & SOLAT HAJAT 
 
”50 Tahun Merdeka!! Selamatkah Akidah Ummah?”
 
Moderator: 
Ustaz Ridhuan Mad Nor  (PengerusiFORKAD)
 
Panel:  
Dr. Badrul Amin Baharom (Bekas Pensyarah UIA)
Dr Azhar Yaakub (Pensyarah UM)
Ustaz Nor Azli Musa (Timbalan Pengerusi FORKAD)
 
Masa & Tarikh :
8.30 Malam (Solat Isya dan Solat Hajat Berjemaah – Sila bawa sejadah)
20 Julai 2007/ 5 Rejab  1428H
 
Tempat:
Medan Ilmu, Kota Bharu (Berhampiran Hotel Ansar @ Raudhah)
 
Anjuran
Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) &
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI)
 
Dengan Kerjasama:
Majlis Intelek & Graduan Kelantan (I-GRAD)
 
 
 
Apakah itu MURTAd
 
Murtad menurut syarak bermaksud berpaling dari Islam kepada kekufuran atau 
keluar daripada cahaya dan kebenaran Islam kepada kegelapan dan kekufuran.
 
Murtad adalah perbuatan yang dimurkai Allah dan ianya merupakan perbuatan 
jenayah terhadap agama Islam.
 
Murtad di Malaysia.
 
Mufti Besar Negeri Perak, Dato’ Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini 
terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. Bilangan tersebut 
termasuklah kira-kira 100,000 orang Islam yang telah mengistiharkan diri mereka 
masuk agama lain.
 
Manakala 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan untuk menukar nama Islam 
di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain. ”Ini tidak termasuk lagi 
individu-individu yang langsung tidak bersolat, tidak berpuasa dan menentang 
hukum-hukum Islam.”
 
BEBERAPA KES MURTAD DI MALAYSIA
 
Kes Lina Joy atau nama Islamnya Azalina Jelani bertukar nama kepada Lina Joy 
dan menganut agama Kristian.
 
Kes Hartina binti Kamaruddin yang bertukar kepada agama Hindu dan menukar 
namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan telah berkahwin dengan Rajeswaran a/l 
Jeyaraman di Malaysia.
 
Kes Siti Mariam binti Mohamed Ismail yang telah bertukar kepada agama Hindu 
melalui surat akuan bersumpah bertarikh 14 Oktober 1997 dan menukar namanya 
kepada M.Tarini dan telah berkahwin dengan Kalaicheleven a/l Alagapan.
 
Kes Siti Salmiah binti Abdullah Halim yant telah bertukar agama ke Kristian dan 
menukarkan namanya kepada Catherine Josephine melalui perintiah Mahkawah oleh 
Yang Arif Dato K.C Vohrah pada 9 Novemver 1998.
 
Kes Hajee Ismail bin Suppiah @ Salim yang telah bertukar ke agama Hindu dan 
menukar nama kepada Ganesan a/l Suppiah melalui perintah Mahkamah oleh Yang 
Arif Dato (sekarang Tan Sri) Ahmad Fairuz bin Dato Sheikh Abdul Halim pada 26 
September 1995
 
Dan Banyak lagi pembongkaran yang akan dibuat...
 
Anda  ingin mengetahui dengan lebih lanjut?? 
 
Silalah hadir beramai-ramai ke Forum Isu Murtad & Solat Hajat Perdana nanti. 
Bersama-sama kita perjuangankan kesucian agama Islam.


      ___________________________________________________________
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Try it
now.
http://uk.answers.yahoo.com/

Kirim email ke