Ya nenek Halimah dan anaknya sememangnya wujud
  Kesah mereka telah dibincangkan dilaman ini
  http://tranungkite.net/index.php
   
  Team TKO telah menziarahi mereka dan melakukan apa yang termampu
  Jika mahukan maklumat yang lebih sila tanyakan didalam forum disana
  Ramai ahli TKO yang pernah menziarahi mereka
   
  Wassalaamu`alaikum
  
[EMAIL PROTECTED] wrote:
          

  Korang mesti dah baca email nie, tp tak kesahlah. Aku tetap nak hantar sbb 
ianya boleh dijadikan pengajaran.

Bersyukur dgn apa yg kita ada dan paling penting berusaha dgn kudrat yg kita 
ada utk mencapai impian..

 

LELA

Proposal Department

LIFE IS FATED AND ALWAYS UNEXPECTED

 

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [ mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Wednesday, June 14, 2006 2:26 PM
Subject: Kisah Nenek Jual Sayur

 

 

Kisah Nenek Jual Sayur

Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL

 

KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah. Destinasinya

adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di Kelana Jaya,

Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya hanya satu. Mengutip

bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok pada pandangan mata

uzurnya.

 

Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur

dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi untuk

mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah diketepikan oleh

penjual di pasar untuk dijual semula.

 

Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk

mencari nafkah demi menyara hidupnya. Dalam usia yang mencecah 87 tahun,

kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi sayur-sayuran

serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg.

 

Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau menjaja

dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa Projek

Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya untuk

menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.

 

Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya

telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma menjual dengan harga 30

sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran. Jika

ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya.

 

Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang

dikenali sebagai 'nenek jual sayur' di kalangan jirannya dilihat sedang

berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya.

 

Puas dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak. Jiran-jiran

berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan berhenti dan pulang

ke rumah.

 

Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya menyerahkan

ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada di tangannya.

Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya.

 

Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket baju

kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki. Sayunya hati

saya Tuhan sahaja yang tahu.

 

"Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh

ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni?" ujarnya dalam loghat Perak,

negeri kelahirannya.

 

Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah hidupnya

susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak lanjut, nenek

Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa sedikit niat pun

untuk mengambil kesempatan.

 

Tambah mengejutkan saya, sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan

baki, nenek Halimah terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa

kerana rezeki yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.

 

Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali saya

berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya dan

jurugambar amat terharu.

 

Salah seorang jiran memberitahu, Halimah akan berdoa memohon kesejahteraan

mereka yang membeli jualannya.

 

"Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan kita

hari ini," katanya ceria sambil menjawab soalan saya.

 

Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya.

Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan mengajar

jiran mengaji.

 

Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia selalu mengikuti kelas belajar

agama di sekitar Bagan Datoh dan Semanggol di Perak.

 

"Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid

Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di

sini," ujarnya tersenyum.

 

Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah

memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami

masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang

berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak.

 

Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang

dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang tinggal

setingkat dengan rumahnya.

 

"Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual.

Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi mungkin kesan

sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran,"

ujarnya sayu.

 

Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot.

 

"Ini semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian," katanya

sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang tersirat di hati

saya.

 

Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras

dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia dan anaknya.

Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang

diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih memerlukan

darinya.

 

"Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk makanan

berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek akan

sedekahkan pada kanak-kanak," tambahnya.

 

Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan masa

depannya.

 

"Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata,

nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan

sesiapa, selagi hayat dikandung badan," katanya menutup perbualan.

 

Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin yang

diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar

Baba baru-baru ini.

 

Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah ini patut menjadi inspirasi

kepada generasi muda dan contoh kepada warga emas yang masih punya tenaga

tetapi bergantung harap kepada ihsan orang tanpa mahu berusaha.

 

Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah ceritakan, biarlah itu

menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting, nenek Halimah tidak

menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya untuk mencari rezeki

halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

 

Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di

1205, Blok E, Flat Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor atau hubungi

jiran nenek Halimah di talian 016-6384741.

 

   

         ----------------------------------------- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------


       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke