Puan,
Saya pun sependapat dengan penjelasan dari doktor tersebut. Ganjil rasanya
dengan sebahagian manusia yang geli pada satu tempat tetapi tdak pula pada satu
tempat yang lain. Umpamanya jika mereka dengan mereka yang masuk Islam,
dahulunya bukan Islam yang memungkinkan makan babi; tak pula disertunya kuat
kuat supaya bersih dari najis. Silap silap digomolnya kuat kuat, Hairan,
Leon.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum Dr Mohd Dzulhamka....
Saya amat berbangga dan mengucapkan SYABAS dan jutaan terima kasih diatas
keterangan dan penjelasan yang begitu baik daripada Dr diatas isu yang
dibangkitkan. Saya sebagai seorang yang amat menyayangi segala makhluk haiwan
dan perihatin tentang kebajikan mereka amat lah mengalu2kan penjelasan Dr demi
untuk memahamkan kepada masyarakat Islam khususnya yang sewajarnya juga
perihatin terhadap nasib haiwan yang juga berkongsi kehidupan diatas mukabumi
ini. Adalah juga tanggungjawab umat manusia untuk tidak sewenang-wenangnya
menghukum dan memandang hina dan mengabaikan binatang sekadar kerana mereka
dinisbahkan haram untuk disentuh.
ALLAH AKHBAR! ALLAH AKHBAR!
Sister Suraya
Suraya
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Note: forwarded message attached.
---------------------------------
Assalamualaikum ana forwdkan email sahabat ana DR.DZULHAMKA isu ini dapat
diperbincangkan dengan lebih baik...ana yakin beliau org yg agak arif dgn isu
ini...mohon diperbincangkan..
----- Forwarded Message ----
From: dR. nATe <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, August 23, 2007 2:23:59 PM
Subject: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa
terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang
diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan
babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat
difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang
tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA
APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA
MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI
TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP
HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah
memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini.
Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu
sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri,
saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006.
Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama
Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan
kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam.
Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit
yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan
ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan
dengan isu ini.
Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami
mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor
veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan
kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan
babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi.
Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi
memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik
supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang
merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga
vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada
babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat
mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam
amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat
dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila
memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan
perkataan ³desensitization ´ yang digunakan oleh salah seorang yang
menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana
kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap
vet ketika bergraduan.
Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan
terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini
pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan ¶
kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam
setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang
melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan
pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit
serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan
menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal
sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar ¶ gambar tersebut secara umum dalam
internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya
sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang
dikategorikan sebagai najis ³mughollazoh ´ iaitu najis berat dalam feqah,
ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat
melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran
feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah,
menyentuh najis ³mughollazaoh ´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh
hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis ³mughollazoh ´ kita
dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah
dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air ³musta ²mal ´
(air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan
babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan
±geli ² atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan
nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk
mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya
dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.
Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan
babi, merasa kekok dan sedikit ±geli ² apabila kali pertama memegang
jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan
di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan
anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi
mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut.
Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.
Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk
dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya
mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana
Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah
seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya
kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan
kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam
tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya.
Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar,
minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin
dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang
dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya
termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab
manusia sebagai khalifah.
Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama
yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan
veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh
badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk
solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan
sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini ³tidak
berjangkit ´ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak
tangannya, ia tidak ³berjangkit ´ jika anda bersalaman dengannya kerana
tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet
tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang
sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi
yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu
was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada
sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis
³mughollazoh ´ pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun
saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk
mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet
muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana
pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal?
Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki
usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya
berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan
yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang
datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang
saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya
kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda
jika anda mencarinya ¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul,
elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada
jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan
dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab
untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan
dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan
Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan,
menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah ³jika
anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong
melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda ´. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang
menyatakan ³Tidak, kerana saya seorang Islam ´. Senario ini harus kita
ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan
dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain.
Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan
panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.
Wallahua ²lam
Saya mengalu ¶ alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan
fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah
menghantar email kepada [EMAIL PROTECTED] co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk
semua. Terima kasih.
Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM
Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
----- Original Message ----
Note: forwarded message attached.
----------------------------------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news,
photos & more.
Asm.
Saya dapat email ini dari egroup `orang awam'. Bukan dari egroup doktor haiwan.
Justeru cerita sebenar berkenaan gambar2 ini saya tak tahu..
Bagi orang Islam awam ianya menjijikkan dan seolah-olah menghina agama, tetapi
bagi doktor haiwan saya belum pasti kerana dalam proses menjadi doktor haiwan
mungkin ada banyak cabaran yang perlu dilalui.
Kalau sahabat-sahabiah semua ada hubungan dengan doktor haiwan, cuba tanyakan
pada mereka adakah ini proses `disensitization' yang perlu mereka jalani
sebelum menamatkan pengajian dalam jurusan Veterinar atau sebaliknya satu usaha
menghina pegangan agama..
Kalau saya dapat maklumat yang betul mungkin saya dapat membantu egroup umum
yang menyebarkan gambar ini...
Wassalam..
attached.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com
tak tau ler aper agenda mereka nie..betul ke islam atau sajer mempermainkan
islam..kekadang depa nie bukan islam tp pakai tudung tangkap gambar cam gitu
semata2 nak main2..tp kalau betul depa islam.. kesian ek...
Subject: Bakal doktor haiwan....
---------------------------------
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel
and lay it on us.
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books?
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search.