Terima kasih atas Tuan Doktor
   
  Saya gembira apabila ramai para doktor mempunyai kesedaran seperti ini
   
  Sebagai tambahan suka saya menulis begini
  Makhluk manusia adalah khalifah Allah dimukabumi ini
  Manakala manual panduan yang telah Allah berikan ialah Syariat
  Sumber syariat ialah al quraan dan hadis
  Tukang tafsirnya ialah para ulamak
  Oleh itu ikutlah tunjuk ajar ulamak
   
  Terima kasih

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Sebagai seorang doktor, banyak perkara perkara yang dipandang umum 
sebagai jijik, hina dan menggelikan terpaksa dihadapi. Bukan sekadar najis, air 
kencing, tetapi juga nanah, aurat manusia dan pelbagai lagi. Yang penting 
adalah nyawa. Menyelamatkan nyawa anugerah ALLAH. Kalau dah mati, halal atau 
haram sudah tidak ujud lagi dalam diari simati, hanya menanti rohnya 
dihimpunkan bersama penciptanya atau tidak. Dalam membicarakan soal soal ugama, 
seseorang perlu melihat ugama dalam keadaan yang menyelubungi alam semesta, 
yang bukan sahaja merangkumi negara Malaysia, tetapi juga satu dunia, dan kalau 
ada penghidupan juga dicakerawala cakerawala, Didalam dunia ini sendiri Islam 
ada pelbagai mazhab dan ikutan, sampai habis keliru semua manusia. Sebaik 
baiknya berpandulah kepada Al Quran dan Hadith dan kepada mereka yang arif 
mentafsirkannya. Kalau dah betul orang tu salah, betulkanlah dia. Tidak kiralah 
apa kedudukannya, Merepek dalam internet tidak pergi kemana. Orang
 yang dikutuk dan ditegur pun tidak tau. Mungkin mereka tersilaf, atas sebab 
cetek pendidikannya, dan pengaruh semasa. Hari ini saja banyak perkara dalam 
Islam yang tidak terungkaikan hingga bank pun nak bank Islam, permanian 
beradas, makanan Islam bukan Islam, macam macam lagi. Sedangkan ugama ini 
dijadikan untuk semua makhluk, bukan manusia sahaja, tumbuh tumbuhan, binatang 
binatang, batu batuan semua bertasbih kepada ALLAH AZAWAJALA. Tapi benarkah 
mereka ini muslim, hanya berdasarkan kepada gambar mereka bertudung lingkup. 
Hari ini banyak yang muslim tapi bukan Islam. Yang pandai mengaji pun bukan 
Islam, kerana tidak faham apa yang dibacanya dan tidak sedikit pun insaf untuk 
mengikuti pengajaran darinya. Apa kata?
   
  Leon.
   
  

"noorkelisawati bagus.."@yahoo.com wrote:
      Menjawab hujah 'BABI' Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin
Posted on Tuesday, August 28 @ 13:32:19 MYT by
greenboc

Pensyarah Melayu ini, iaitu Dr Mohd. Dzulhamka
Kamaluddin tidak menjawab isu dan persoalan yang
sebenarnya di dalam tulisannya. Umat Islam marah bukan
soal pegang, merawat atau mengkaji penyakit babi dan
anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan pelajar
Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka
yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang
diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu
dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Umat Islam Melayu khususnya, dari dulu, kini dan
selamanya mengajar anak-anak mereka jijik dengan
anjing dan babi sebab itu satu pendidikan untuk
memahamkan mereka babi dan anjing itu hukumnya haram.
Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk boleh faham
orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana hukum
agama Islam telah menetapkan begitu. Maka mereka perlu
menghormati agama Islam dalam apa situasi sekalipun
kerana kita telah menunjukkan sikap kita.

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga
dilarang. Anjing dan babi haram maka mendekatinya juga
dilarang. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang
dibenarkan oleh syarak dan adab yang diajar oleh
Islam.

Bukankah anjing dan babi itu NAJIS BERAT. Baiklah,
jika NAJIS SEDERHANA macam tahi manusia atau tahi
haiwan mahu tak pelajar ini bergambar dan berposing
sebelah tahi tersebut sebagaimana gambar mereka dengan
babi? Apa yang boleh kita katakan jika pelajar ini
bergambar ceria di sebelah pancutan air kencing
rakannya sendiri. Bolehkah kita senyum dengan alasan
mereka sedang belajar urine test? Cukupkah kita hanya
katakan tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana
sahaja. Mana akhlak dan adab kita?

aApakah kita gembira melihat rombongan pelajar Islam
bertudung dan bergambar dengan penuh ceria di hadapan
kilang arak dengan alasan mereka sedang membuat
kajian.

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis Islam
bertudung menari dan berjoget bersama lelaki di atas
pentas sambil menyanyikan lagu rock atau gadis-gadis
bertudung yang ikut berjoget di bawah pentas sambil
bersorak gembira melihat artis kafir atau Melayu yang
sekadar menutup kemaluan sahaja. Ini kah trend yang
ingin kita jadikan budaya?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak
sesiapa akan menyangkal. Tetapi soal bagaimana kita
melayannya telah diajar oleh Islam. Syaitan ciptaan
Allah tetapi dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan
Allah dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya.
Haiwan ciptaan Allah dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik,
tetapi sebaik mana layanan sekalipun apabila
berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang
berbisa yang lain ada batasnya.

Belajarlah sehingga PHD sekalipun, tetapi jika soal
adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih
diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak
ada perasaan jijik lupakanlah untuk merasa bangga
dengan PHD yang dimiliki.

Percayalah jika trend ini berlarutan orang bukan Islam
akan menganggap tiada apa larangan orang Islam
terhadap kedua-dua binatang najis ini. Jangan salahkan
mereka jika suatu hari nanti pensyarah ini dihidangkan
dengan gulai babi atau sup anjing kerana anak-anak
didiknya telah menunjukkan SIKAP yang diajar guru
mereka.

Ulasan Greenboc
petikan dari albalagh.net

"Touching Dogs and Pigs by Veterinarians"

By Mufti Ebrahim Desai
Posted: 26 Jamad-ul-Awwal 1422, 16 August 2001

Q.) Please tell me whether touching of dogs or
pigs by veterinarians is haram or not. If it is
permissible in Islam, should they wash their hands 7
times out of which one should be with sand?
Jazakallahu Khairan. [Hafsa Suhail]

A.) It is permissible for vetenarians to touch
dogs and pigs or any other animal. Latex gloves, etc.
may be used in order that a person avoids direct
contact with these animals.

If any impurity from the animal soils a person's
hands, he should remove the impurity by washing the
hands once. And Allah Ta'ala Knows Best.
fatwa

Jadi penggunaan sarung tangan adalah salah satu cara
untuk tidak mewujudkan sentuhan secara terus kepada
binatang itu. Sudahkah langkah itu dilaksanakan?

Berdasarkannya kami membantah kenyataan Dr Dzulhamka
Kamaluddin serta Prof. Dr. Rasedee Abdullah dari
Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia
dan meminta agar perkara ini dibawa ke pengetahuan
masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan Universiti
Putra Malaysia.

Hal sensitif kepada umat Islam sebegini sewajarnya
dirujukkan dahulu kepada pihak berwajib seperti JAKIM
dan tidak sepatutnya pihak pensyarah dan fakulti
tersebut terlalu cepat "menghalalkan" dan membela
tingkah laku siswinya yang berlebihan itu kerana ia
bakal mengundang polemik yang lebih buruk.

--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Puan,
> 
> Saya pun sependapat dengan penjelasan dari doktor
> tersebut. Ganjil rasanya dengan sebahagian manusia
> yang geli pada satu tempat tetapi tdak pula pada
> satu tempat yang lain. Umpamanya jika mereka dengan
> mereka yang masuk Islam, dahulunya bukan Islam yang
> memungkinkan makan babi; tak pula disertunya kuat
> kuat supaya bersih dari najis. Silap silap
> digomolnya kuat kuat, Hairan,
> 
> Leon.
> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalamualaikum Dr Mohd Dzulhamka....
> 
> Saya amat berbangga dan mengucapkan SYABAS dan
> jutaan terima kasih diatas keterangan dan penjelasan
> yang begitu baik daripada Dr diatas isu yang
> dibangkitkan. Saya sebagai seorang yang amat
> menyayangi segala makhluk haiwan dan perihatin
> tentang kebajikan mereka amat lah mengalu2kan
> penjelasan Dr demi untuk memahamkan kepada
> masyarakat Islam khususnya yang sewajarnya juga
> perihatin terhadap nasib haiwan yang juga berkongsi
> kehidupan diatas mukabumi ini. Adalah juga
> tanggungjawab umat manusia untuk tidak
> sewenang-wenangnya menghukum dan memandang hina dan
> mengabaikan binatang sekadar kerana mereka
> dinisbahkan haram untuk disentuh.
> 
> ALLAH AKHBAR! ALLAH AKHBAR!
> 
> Sister Suraya
> 
> Suraya
> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
> Note: forwarded message attached.
> 
> ---------------------------------
> 
> Assalamualaikum ana forwdkan email sahabat ana
> DR.DZULHAMKA isu ini dapat diperbincangkan dengan
> lebih baik...ana yakin beliau org yg agak arif dgn
> isu ini...mohon diperbincangkan..
> 
> ----- Forwarded Message ----
> From: dR. nATe <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Thursday, August 23, 2007 2:23:59 PM
> Subject: Penjelasan gambar siswi muslim memegang
> anjing & babi
> 
> Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
> 
> Kepada yang berkenaan,
> 
> Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih
> sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk
> memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa
> gambar yang diedarkan menerusi internet yang
> menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
> Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta
> memegang/menyentuh anjing dan babi.
> 
> Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan
> harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan
> tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang
> tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca
> cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA
> GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA
> MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING
> DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA
> SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP
> HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN
> KESIHATANNYA TERJAGA.
> 
> Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi
> itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu
> jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini.
> Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak
> menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap
> sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
> anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh
> umatnya? 
> 
> Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya
> memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan
> salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar
> tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang
> master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM
> semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek.
> Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
> yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana
> yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama
> agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas
> serta tafsiran yang tepat serta mendalam.
> Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan
> pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil
> daripada perbincangan secara peribadi dengan
> ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di
> fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.
> 
> Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor
> haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan
> dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor
> veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di
> klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat
> anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
> sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing
> sahaja. Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada
> vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan
> babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di
> jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan
> ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan
> bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
> pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada
> penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah
> yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan
> nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di
> makmal yang memproses sampel-sampel yang datang
> daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
> organ-organ dan sebagainya
> 
> Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar,
> pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi.
> Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam
> amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah
> kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem
> terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila
> memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
> umumnya saya bersetuju dengan perkataan €
> ’³desensitization€ ’´ yang digunakan oleh salah
> seorang yang menghantar email tersebut kepada saya.
> Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
> sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana
> itu merupakan tanggungjawab kami yang juga
> terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap
> vet ketika bergraduan.
> 
> Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan
> mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan
> subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua
> subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
> kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan € ’¶
> kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam
> amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar
> ini akan membuat praktis selama seminggu dalam
> setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan
> haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
> anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan
> pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat
> pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.
> Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang
> diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang
> diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
> subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini.
> Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar €
> ’¶ gambar tersebut secara umum dalam internet
> bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya,
> sebaliknya
> sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin
> tidak dilalui oleh orang ramai.
> 
> Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat
> anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis €
> ’³mughollazoh€ ’´ iaitu najis berat dalam feqah,
> ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan
> oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang
> bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang
> muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram
> disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya
> pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah
> sekolah menengah, menyentuh najis € ’³mughollazaoh€
> ’´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah
> ialah apabila kita menyentuh najis € ’³mughollazoh€
> ’´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak
> iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan
> dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air €
> ’³musta€ ’²mal€ ’´ (air yang bersih dan suci)
> sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan
> babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.
> 
> Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan
> masyarakat melayu yang merasakan € ’±geli€ ’² atau
> jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah
> disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang
> mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
> daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
> menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika
> tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya
> sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum
> menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit
> € ’±geli€ ’² apabila kali pertama memegang jantung
> babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
> anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan
> yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan
> anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu
> merupakan 
=== message truncated ===

__________________________________________________________
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's 
Comedy with an Edge to see what's on, when. 
http://tv.yahoo.com/collections/222



    
---------------------------------
  Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search.  

                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke