Kefakiran itu hampir sekali kepada kekufuran. Oleh itu kesusahan yang 
dihadapi oleh banyak keluarga Islam wajar diusahakan agar apa juga bantuan 
dapat diberikan kepada mereka. Mungkin dalam bentuk mengambil anak-anak mereka 
untuk dijadikan anak anak angkat. Tidak semestinya anak-anak itu diambil 
tinggal bersama kita tetapi sekadar menanggung pembiayaan untuk pendidikan 
misalnya. Saya sendiri (atas platform sebuah NGO) pernah usahakan mendapatkan 
bantuan kepada beberapa keluarga. Antaranya ialah sebuah keluarga yang sibapa 
adalah saudara baru menggunakan pendekatan tersebut. Ibubapa ini mempunyai 
kalau tak silap 10 orang anak. Pekerjaan bapa hanya mengusahakan ubatan 
tradisional Cina. Dengan mengiklankannya dalam intranet pada hari yang sama 
sudah ada pihak menawarkan kesediaan menjadikan salah seorang anak dalam 
keluarga tersebut sebagai anak angkatnya. Tawaran itu diterima dari seorang 
doktor swsta. Alhamdulilah anak tersebut sekarang dapat meneruskan pelajarannya 
di
 salah sebuah MRSM.
      Banyak lagi cara boleh diusahakan. Mungkin mereka yang terdiri dari 
ahli-ahli profesional di institusi tertentu bergabung wujudkan tabung bantuan 
pelajar miskin dan boleh juga menggunakan kaedah anak angkat untuk salurkan 
bantuan. Yang menjadi ibubapa angkat jadikan satu aturcara tetap menziarahi 
keluarga tersebut sebulan dua bulan sekali sambil menilai prestasi anak-anak 
yang menerima bantuan. Jika tidak mampu untuk bantu secara berterusan mungkin 
boleh diusahakan bantuan secara berkala. Mungkin mereka dibantu di awal tahun 
sahaja kerana itulah masanya perbelanjaan besar sangat diperlukan. 
Kadang-kadang jika saya tiada sebarang sumber sumbangan saya tidak segan untuk 
meminta dengan seorang adik saya yang ada sedikit bisines di Kuala Lumpur untuk 
tujuan tersebut. Orang orang bisnes ni kalau kita dekati mereka ada yang sedia 
membantu tanpa perlu menghebohkan nama mereka cuma mereka tiada masa nak 
fikirkan untuk melakukan kerja-kerja amal ini. Saya juga perolehi
 sumbangan daripada seorang ahli perniagaan di Kota Bharu yang saya hanya 
kenali beliau ketika sama-sama menunaikan fardhu haji. Inilah agaknya antara 
hikmah fardhu haji yang menemukan kita dengan seseorang di tanah suci 
Makkatulmukarramah. Itulah sedikit sebanyak yang mampu saya lakukan sebagai 
seorang hamba Allah yang kerdil tetapi berkat usaha kerja berpasukan (berjmaah 
biarpun hanya tiga empat orang) bantuan berkala kepada golongan miskin dapatlah 
sedikit sebanyak diusahakan. Wallahu'alam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Berita Harian 21 Jan 2008
Sentral: Sekeluarga hidup daif dalam rumah usang perlu
bantuan

PORT DICKSON: Sepasang suami isteri bersama enam anak
mereka hidup serba kedaifan di sebuah rumah usang
dalam ladang berhampiran kawasan perumahan D' Ambang
Kota, Lukut, dekat sini sehingga ada kalanya anak ke
sekolah dengan perut kosong kerana tidak mampu
menyediakan makanan. 

Rumah sempit yang pernah menjadi tempat tinggal
pekerja ladang sawit berkenaan menjadi tempat berteduh
mereka sejak lima tahun lalu walaupun saban hari
terpaksa berdepan masalah lalat daripada pusat
penyembelihan ayam tidak jauh dari situ. 

Bagi Shamsuddin Yusuf, 38, pendapatannya yang purata
RM600 sebulan tidak mencukupi untuk melihat isteri,
Sofia Abdullah, 31, dan enam anak mereka hidup selesa
kerana terpaksa menampung pelbagai keperluan. 

"Pendapatan itu memang tak cukup untuk menyara
keluarga dan menampung persekolahan anak. Anak ketiga
saya juga masih belum dapat ke tadika kerana kami tak
cukup wang untuk beli keperluan pendidikannya,"
katanya. 

Enam anak pasangan itu ialah Mohammad Hanafi, 10;
Nurul Atikah, 8; Nurul Shafikah, 6; Nurul Hidayah, 4;
Mohamad Mukriz, 2, dan Mohamad Fariz, lapan bulan. 

Shamsuddin yang berasal dari Mersing, Johor dan
berpindah ke sini 10 tahun lalu, berkata selain
bekerja di tempat penyembelihan ayam, beliau mengambil
upah melakukan kerja kasar lain seperti memotong
rumput dan menangkap ikan untuk menambah pendapatan,
tetapi masih tidak mencukupi. 

Beliau berkata pendapatannya digunakan untuk menampung
keperluan keluarga selain membiayai persekolahan dua
anak mereka, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun
di Sekolah Rendah Kebangsaan Lukut. 

"Kesempitan hidup menyebabkan ada ketika anak kami
tidak bersarapan. Anak bongsu juga diberikan susu
tepung paling murah," katanya yang mendakwa sehingga
kini tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada
mana-mana pihak, termasuk agensi kerajaan. 

Shamsuddin yang bernasib baik kerana diberikan tempat
tinggal oleh majikan, berkata isterinya yang memeluk
Islam pada 1997 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi,
Seremban juga tidak pernah menerima bantuan sebagai
saudara baru. 

"Isteri saya berasal dari Medan, Indonesia dan
beragama Kristian sebelum memeluk Islam tiga tahun
sebelum kami berkahwin, tetapi tiada mana-mana pihak
memberikan bantuan kepadanya selepas itu," katanya. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20080121072049/Article/index_html

Rozmal http://waghih.blogspot.com 
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 

__________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals? 
Find them fast with Yahoo! Search. 
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping


                         

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke