(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

      Koyak gambar Pengerusi SPR - Bersih tidak berganjak pendirian             
                                    Salmiyah Harun      
         Mon | Feb 04, 08 |  3:27:48 pm MYT                          KUALA 
LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak 
akan berganjak dari pendirian mereka terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan 
Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang gagal melaksanakan sistem pilihan 
raya yang adil di negara ini. 
-->
Tindakan mengoyak gambar Pengerusi SPR adalah sebagai simbolik tanda protes 
Bersih atas apa yang dilakukan beliau serta pelantikan semula beliau adalah 
semata-mata untuk melihat Umno selamat dalam pilihan raya nanti.

 
 Bersih juga bersedia menghadapi kemungkinan akan dikenakan sebarang tindakan 
undang-undang di atas tindakan mereka asalkan mesej mereka diterima rakyat.

 
Demikian tegas Ahli Jawatankuasa bersih Dr Syed Azman Syed Nawawi yang ditemui 
bagi mengulas tindakan anggotanya yang mengoyak gambar Pengerusi SPR tempoh 
hari.

 
Bersih juga akan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menolak Pengerusi SPR 
dan menegaskan bahawa beliau tidak patut memegang jawatan yang tidak memberi 
sebarang kebaikan terhadap proses demokrasi negara.

 
"Apa yang dibuat oleh Tan Sri ini adalah kontra kepada demokrasi negara serta 
membantut proses keadilan dalam pilihan raya di Malaysia," tegas beliau.

 
 Beliau berkata, Bersih telah membuat pendirian bahawa Pengerusi SPR adalah 
seorang pengerusi yang bias, berpihak, tidak telus dan tidak neutral dalam 
menjalankan tugasnya.

 
 "Bahkan kalau kita lihat 'track rekod' beliau ini terlalu banyak, baik dalam 
bentuk lisan ataupun dalam bentuk tindakan,".

  
 "Yang terkini, kenyataan Tan Sri mencabar parti pembangkang yang tidak suka 
dengan sistem pilihan raya negara ini boleh boikot pilihan raya akan datang. 
Sampai tahap itu daya pemikiran seorang pengerusi SPR," katanya.

 
 Sementara itu, beliau turut memberitahu program Pesta Rakyat Jom Bersih akan 
diadakan pada 22 Febuari 2008 di Terengganu.

 
 Berbagai-bagai aktiviti yang akan berlangsung sepanjang program itu antaranya 
larian Bersih, keluarga Bersih, pertandingan melukis yang akan dianjurkan oleh 
wanita Bersih.

 
"Program di premis seperti Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka, Shah Alam 
semuanya tidak meluluskan permit untuk berhimpun dengan pelbagai alasan jadi 
kita telah buat keputusan untuk berpindah ke Terengganu,"katanya.

 
Untuk acara kemuncak prorgam itu Bersih akan mengadakan dialog antara kaun 
serta ceramah di sebelah malam yang dijangka akan menghimpunkan ribuan rakyat 
Terengganu.

 
Justeru, Bersih mengharapkan rakyat Terengganu turun dengan berpakaian serba 
kuning untuk menyatakan sokongan kepada Bersih serta tuntutan pilihan raya yang 
bersih kali ini.

 
Dalam pertemuan itu, Syed Azman turut menyentuh tentang perkembangan dan 
suasana politik di Terengganu yang disifatkan agak luar biasa menjelang pilihan 
raya kali ini.

 
Bagaimanapun, katanya, PAS Terengganu akan menggarap manifestonya ke arah 
'Negara Berkebajikan' dalam pilihan raya nanti yakin rakyat Terengganu mampu 
melakukan perubahan yang bijak untuk memilih PAS.

 
 Ikuti temubual selanjutnya dalam Harakah edisi cetak minggu depan. - mr   



BERSIH
     Tearing up Rashid’s photo: PM mulls action             Malaysiakini
 Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi believes that the government should take 
action against electoral reforms pressure group Bersih for tearing up 
photocopies of Election Commission chairperson’s picture.
 
 pak lah abdullah ahmad badawi talking 131106″We should take action if 
there are laws that provide for punishment for such an action,” Abdullah was 
quoted as saying by Bernama today.


 Several Bersih leaders tore pictures of Election Commission (EC) chairperson 
Abdul Rashid Abdul Rahman yesterday to protest the latter’s apparent lack of 
commitment towards electoral reforms.


 Commenting on this, Abdullah said that Bersih leaders had been “disrespectful” 
and had gone overboard in their actions, which he believes is unprecedented.


 “They’re rude and disrespectful. There are other ways to air their 
disapproval,” said Abdullah after attending the Universiti Malaya Alumni Day 
today.


 PM defends Abdul Rashid
 Defending Abdul Rashid’s track record, Abdullah said that he had discharged 
his duties well and had conducted fair, clean, transparent and democratic 
elections.


 abdul rashid abdul rahmanAbdullah also hit out at Bersih members for tearing 
Abdul Rashid pictures even when the EC had met opposition demands to introduce 
indelible ink and transparent ballot boxes.


 “If all these while, what it has been done is not good and the changes being 
made now (in this elections) are also not good, bring the matter to court,” 
said Abdullah, reportedly in a stern voice.


 During the last parliamentary sitting in December, Abdullah’s administration 
had amended the Federal Constitution to extend the 65-year-old age cap for EC 
Board members to 66.


 Critics including Bersih hit out against the move, claiming that it was an 
attempt to retain Abdul Rashid as EC chairperson for the upcoming general 
election. Abdul Rashid turned 66 last month.


 jom bersih venue change 010208 abdul rashid poster tearing sequenceAbdul 
Rashid has served as EC since 1979, starting as the commission’s secretary 
before being appointed chairperson in 2000.
 
 Frustration
 Explaining the purpose of tearing up Abdul Rashid’s photo yesterday, Bersih 
secretariat member Dr Dzulkifli Ahmad said that the coalition wanted to send a 
message to the former that he was hampering electoral reforms efforts.


 Elaborating, Dzulkifli said Abdul Rashid had yet to fulfil Bersih’s demands 
for ‘clean’ electoral rolls, extending campaigning periods and abolishing 
postal voting.


 Dzulkifli however stressed that the move to tear the picture was merely a 
symbolic act and not meant to be a personal attack.


 Abdul Rashid had previously warned that he would take legal action against 
those who spread slander against him.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
           
    


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke