(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Undi BN, Singapura yang memerintah?
Abdul Halim Mohd Rashid
Sun | Feb 03, 08 | 7:20:50 pm MYT Sejak
pentadbiran negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Badawi, seorang blogger Umno yang memperkenalkan dirinya sebagai The "thirteen
million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress) melihat negara ini "bermain
dan menari kepada rentak dan irama Singapura dalam serba serbi".
-->
Ia bermula dengan isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli saham
penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd dan sekaligus menguasai Alliance
Bank Bhd, kata beliau.
Keadaan itu berlaku ketika Singapura sendiri amat liat untuk melepaskan asset
negara itu, termasuk syarikat-syarikat dalam negara itu, dari dibeli oleh
kepentingan Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merayu agar
kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak
syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.
Najib berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk
kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.
Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa
tahun kebelakangan ini, kata Najib, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura
ternyata besar.
''Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura,
terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan
syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia," kata Timbalan Perdana
Menteri.
Lebih mendukacitakan, Khazanah Holdings seolah-olah menjadi extension atau
tangan kepada Temasek Holdings.
"Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan negara, Khazanah Holdings Bhd persis
dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd, syarikat pelaburan Singapura. Terma
baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula digunakan dalam 'cakap
cakap pasaran'. Temasek Holdings juga mula membeli kepentingan dalam syarikat
syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom Malaysia," kata ahli Umno itu
dalam postingnya yang bertajuk "Kerjasama dengan Singapura dan mengadai
kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan ketenteraan?".
Perkara itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Ketua Penerangan PAS, Haji
Mahfuz Omar. Sikap Khazanah Nasional kebelakangan ini amat menimbulkan
kecurigaan, kata beliau.
"Pintunya yang terbuka luas untuk membolehkan perluasan cengkaman dan
penguasaan syarikat-syarikat Singapura dalam projek-projek dan
syarikat-syarikat strategik di negara ini menimbulkan tanda tanya adakah sayap
perniagaan kerajaan yang sangat penting itu berkhidmat kepada negara ini atau
sebenarnya kepada kerakusan cita-cita strategi Singapura ke atas negara ini,"
katanya lagi dalam satu kenyataan pada bulan November 2006..
Lebih buruk lagi, katanya, Khazanah Nasional juga berusaha untuk membawa
pemikiran yang sangat bahaya kepada rakyat negara ini apabila ia menyeru rakyat
Johor supaya jangan berfikiran sempit bila berurusan dengan Singapura.
Mahfuz mmbangkitkan kenyataan Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional di dalam
Pejabat Pengarah Urusan, Ahmad Shahizam Mohd Shariff yang menyatakan rakyat
Johor hari ini mesti bersikap realistik dalam penilaian mereka terhadap
rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau sebelum ini dikenali sebagai
Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER).
Ternyata bukan pembangkang sahaja yang begitu curiga dengan Khazanah Holdings
yang semakin didakwa lebih mengutamakan kepentingan Singapura dari kepentingan
negara.
Malah, The "thirteen million plus Ringgit" guy yang selalu mempertegaskan
kesetiaanya kepada Umno melihat pembelian saham Pantai Holdings yang melibatkan
pelaburan Khazanah Holdings sebagai satu skandal. Kemungkinan amat ramai ahli
Umno yang lain yang mempunyai tanggapan yang sama seperti beliau amat sukar
ditolak.
Dalam kenyataan yang sama pada bulan November 2006 itu, Mahfuz mengecam
Khazanah Nasional telah membelanjakan begitu banyak wang negara untuk
mengambilalih Pantai Holdings Bhd dari Parkway Holdings Ltd dalam satu
urusniaga yang amat berat sebelah dan hanya menguntungkan syarikat Singapura.
"Lebih menyakitan hati rakyat negara ini ialah apabila Khazanah Nasional
menguasai semula Pantai Holdings Bhd melalui Pantai Irama Sd Bhd dengan
menggunakan wang rakyat, tiba-tiba 49 peratus saham Pantai Irama diserahkan
pula kepada Parkway yang kemudiannya akan menguruskan hospital-hospital di
bawah Pantai Holdings," katanya.
Melalui Pantai Irama, katanya, Khazanah membeli saham Pantai daripada Parkway
dengan cara membeli 6.6 peratus pegangan atau 30.92 juta saham dengan harga
yang tidak dinyatakan dan kemudian membeli keseluruhan 26 peratus pegangan yang
dimiliki Parkway dengan harga RM2.65 sen sesaham, harga yang dianggap terlalu
tinggi, dan selepas itu Pantai Irama akan membuat tawaran awam pula yang akan
meletakkan Pantai pada nilai RM1.25 bilion.
"Rakyat terus tidak puas hati dengan Pantai Holdings yang sebelum itu menolak
tawaran dari dua konsortium pelabur tempatan untuk mengambilalih dua anak
syarikatnya, Pantai Medivest Sdn Bhd dan Fomema Sdn Bhd, kedua-duanya memegang
konsesi dari kerajaan," kata Mahfuz.
Fomema memegang konsesi 15 tahun untuk menjalankan pemeriksaan kepada semua
pekerja asing yang hendak masuk berkerja di dalam negara ini. Konsesi hanya
akan berakhir pada September 2012. Pantai Medivest pula memegang konsesi 15
tahun dari Oktober 1996 untuk membekalkan perkhidmatan sokongan kepada
hospital-hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.Medivest dan Fomema
adalah punca pendapatan utama Pantai, iaitu kira-kira separuh jualan kumpulan
Pantai Holdings dan lebih 40 peratus keuntungan dari operasi kumpulan itu.
Selepas isu Pantai Holdings, timbul pula pembatalan jambatan bengkok ke
Singapura. Menurut The "thirteen million plus Ringgit" guy, pembatalan jambatan
tersebut yang dirancang untuk menggantikan Tambak Johor berlaku kerana Abdullah
membuat keputusan 'flip-flop' apabila timbul soal "penjualan pasir disamping
permintaan untuk pengunaan ruang udara" yang dibangkitkan Singapura dalam siri
rundingan berkenaan projek itu.
Walaupun perkara itu dibantah keras oleh Johor dan Tentera Udara Diraja
Malaysia dan menerima pelbagai reaksi negatif, "PM 'Flip-Flop' Abdullah masih
berdegil mempertahankan keputusan yang ramai percaya dibuat secara terburu buru
dan cuai itu," kata beliau.
Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke atas
Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri dikatakan semakin mengancam
keselamatan negara dengan pelancaraan dan perlaksanaan projek pembangunan mega
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada November 2006.
Blogger ahli Umno itu melihat WPI lebih "menguntungkan Singapura berbanding
diri sendiri, kerana membeli peluang industri sokongan bernilai rendah republik
itu dipindah dan segala sumber negara pulau-bandaraya itu ditumpu sepenuhnya
kepada industri nilai tinggi seperti ICT, bio-teknologi, perkhidmatan kewangan
dan pasaran modal".
Lebih buruk lagi, beliau juga menyatakan bahawa "WPI juga akan melaksanakan
pembangunan di mana kepentingan Melayu sebenarnya akan terabai".
Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke atas
Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri seolah-olah disempurnakan
Mei tahun lepas di Langkawi, apabila "PM 'Flip-Flop' Abdullah telah menjemput
Singapura terlibat secara pro-aktif dalam perancangan pembangunan WPI, semasa
berunding dengan PM Singapura Brig Gen (NS) Lee Hsien Loong".
Mahfuz membangkitkan tuduhan ramai pihak yang medakwa Abdullah mengkhianati
negara ini apabila WPI kini dipanggil perluasan de facto Singapura secara rasmi
(official de facto extension of Singapore) di dalam wilayah Malaysia.
Beliau juga mengecam Abdullah yang memekakkan telinga ketika ketika begitu
ramai rakyat Johor membantah dengan mesej bahawa mereka "tak setuju pelan
khianat SJER adakan Free Acces Zone, kuasa autonomi, utamakan port (pelabuhan)
dan airport (lapangan terbang) Singapura dan jadi bandar satelit tempat enjoy
rakyat Singapura. Johor negeri berdaulat!"
Apa yang sentiasa didakwa sebagai pengkhianatan kerajaan Abdullah ke atas
negara ini semata-mata untuk menyerah diri kepada apa yang didakwa sebagai
penjajahan secara halus Singapura lebih ketara lagi apa laman web Pertubuhan
Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) melaporkan bahawa Menteri
Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan
bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya.
Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI.
Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai
Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan
Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu,
menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.
Akibatnya, kata The "thirteen million plus Ringgit" guy, pegawai-pegawai
Singapura kini menjadi sebahagian dari task force khas yang diwujudkan untuk
merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal imigresyen,
pelancongan dan soal alam sekitar.
"Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa (jua) keputusan
dan perancangan task force ini. Kini Singapura diberikan 'kuasa' untuk
menentukan isu-isu yang melibatkan mereka dalam negara kita sedangkan isu
seperti pengeksportan-pembelian semula air Johor-Singapura dan hub logistik
PTP-Senai-Pasir Gudang masih tertangguh dan belum selesai," kata beliau.
Sebab itulah, menurut ahli Umno itu, apa jua kenyataan yang positif yang dibuat
oleh Lee Kuan Yew "dilihat sebagai 'meragukan' dan menimbulkan tanda tanya
(adanya) 'udang disebalik batu' di kalangan penganalisa politik".
Jumaat lalu, Bernama melaporkan Lee Kuan Yew berkata pihaknya sedia bekerjasama
dengan pemimpin-pemimpin Malaysia bagi membolehkan kedua-dua negara maju
bersama.
Laporan Berita Harian Singapura lebih jelas lagi dari apa yang dilaporkan oleh
Bernama. Berikut ialah petikan laporan akhbar itu:
Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew berkata Singapura akan meraih manfaat dalam
projek Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) namun pada jangka panjang Malaysia
akan meraih manfaat lebih besar.
Oleh itu, Malaysia perlu merubah pemikirannya - daripada pandangan berasaskan
persaingan dan kebencian terhadap Singapura kepada kerjasama dan sedia menerima
negara ini.
Apatah lagi, Malaysia mempunyai bakat dan sumber tenaga lebih luas berbanding
Singapura.
Encik Lee berkata, Singapura akan melakukan apa yang terdaya dan patut
dilakukan untuk memastikan IDR berjaya.
'Soal siapa yang akan dapat lebih manfaat (daripada projek IDR), sejarah akan
menentukannya,' kata Encik Lee semasa ditemui media di Istana semalam.
Kenyataan beliau adalah sebagai mengulas lebih lanjut komen yang dibuatnya
dalam satu sidang Institut Pengajian Dasar, tengah hari semalam, tentang adakah
Singapura memerlukan kawasan pedalaman, seperti Malaysia, untuk berkembang
sebagai sebuah kota jagat.
Kenyataan itu amat jelas bagai memujuk rakyat Malaysia supaya mengundi Barisan
Nasional. Maklumlah, parti itu dikuasai oleh sahabat Lee sendiri, Abdullah.
Lebih dari itu, Malaysia kononnya akan "meraih manfaat lebih besar".
Tidak hairanlah kalau Mahfuz menyeru rakyat supaya bangkit beramai-ramai
menentang Barisan Nasional yang dipimpin Abdullah yang semakin dituduh menjadi
khadam suruhan Singapura dan agen-agennya di negara ini.
Tindakan itu wajib dilakukan rakyat negara ini, kata beliau lagi, bukan sahaja
kerana apa yang didakwa sebagai penyerahan wilayah Malaysia kepada Singapura.
Malah, pengambilalihan syarikat-syarikat Singapura ke atassyarikat-syarikat
strategik negara ini telahpun sampai ke peringkat yang parah dan akan
memusnahkan negara ini - antaranya termasuk pengambilalihan Pantai oleh
Parkway; pembelian sebahagian kepentingan AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh
GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian Plantations Bhd
oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan, Westports,
oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.
Agaknya sebab itulah beberapa anak muda yang ditemui ketika menanti pembebasan
beberapa pemimpin dan aktivis yang ditangkap di hadapan penjara Pudu baru-baru
ini mendakwa, "kalau undi Barisan Nasional, Singapura akan perintah Malaysia"!
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.