RAMAI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk
mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam di
tegakkan.Dan saperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin
berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu
adalah satu satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang undang
negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang di amalkan sekarang ini
adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang di impot dari BARAT.Ertinya,
poltik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada
Islam.Ia di buat tanpa berpandukan undang undang Islam.Jika kita mengikut
kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita TERJEBAK ke jalan yang
menyimpang daripada syariat. 

MAKSUD HADITH NABI S.A.W: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia
juga akan tergolong dalam kaum itu. 

Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita
mengikutnya kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan
jemaah perjuangan 
Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan
natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara,
kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah
terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka
lagang, kata mereka "POLITIK IS A DIRTY GAME." 

Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam
adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun
batin. 

Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh
adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam
usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur 'terpaksa' di lakukan.Ini
dapat di lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam
berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan
kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau
tidak......mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada
kita.Sikap mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam
mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan
ajaran Islam! 

Buat Renungan dari  Cikgu Ku 

 

Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor DE.
 <http://wahabamri.blogspot.com> URL:http://wahabamri.blogspot.com

 

 

Kirim email ke