Bagi mereka yang tidak menolak sistem pilihanraya teruskan kerja-kerja 
secara pilihanraya dan bagi yang mengatakan ia bukan dari Islam lakukanlah 
secara yang anda katakan inilah cara Islam. Maksiat dan mungkar berleluasa di 
depan kita, syirik dan murtad pun tak kurang hebat sedang menimpa masyarakat 
kita dan kita masih dok pertikai inilah kaedah Islam dan ini bukan dari kaedah 
Islam. Usahlah jadi macam kaum Bani Israil sebagaimana diceritakan dalam surah 
al Baqarah ia itu surah yang bermaksud lembu betina. Rujuklah kepada ayat 67 
hingga 73 surah tersebut yang mana surah ini dinamakan surah al Baqarah adalah 
berpunca dari kisah ini. Kisah menceritakan bagaiman Allah memerintahkan kepada 
Bani Israil sembelih seekor lembu betina bagi tujuan mengetahui pembunuh 
seseorang guna menghidupkan mangsa yang telah dibunuh. Dengan menghidupkan 
orang yang telah mati dibunuh itu maka dapatlah diketahui siapakah sebenar yang 
telah membunuhnya. Tapi oleh kerana kaum Bani Israil adalah
 orang-orang yang suka berdolak dalik maka macam-macamlah yang diminta kepada 
Nabi Musa as tentang sifat lembu itu sehingga hampir-hampir tidak dapat 
melaksanakan perintah Allah tersebut.
   Apa yang saya nampak hari ini kita menerima pakai macam-macam yang bukan 
dari Islam asalkan ianya tidak terang-terang haram dalam Islam. Sistem 
pilihanraya memang tidak diamalkan oleh Rasulullah SAW tapi dengan adanya 
sistem pilihanraya dakwah dapat disampaikan bukan saja kepada orang Islam 
bahkan kepada orang bukan Islam. Apakah kita mesti tunggu wujud satu sistem 
yang Islamik maka baru kita perlu libatkan diri? Sampai bila sampai dah ramai 
orang Islam syirik dan murtad?? 
    Saya tak pasti apakah sahabat kita ini dari golongan jamaah tabligh kerana 
kerap juga beberapa sahabat saya dari puak tabligh bercakap dengan nada yang 
sama. Baru-baru ini saya turut menghadiri satu ijtimak jamaah tabligh peringkat 
alami yang diadakan di Bangkok apabila diajak oleh seorang sahabat yang aktif 
dalam usaha tabligh . Di sana banyak juga diperkatakan tentang amar makruf nahi 
mungkar cuma apa kah kemungkaran yang dimaksudkan tidaklah dihuraikan mungkin 
kerana ianya berbeza antara satu negara dengan negara lain. Bagitu juga soal 
sujud yang dihuraikan bukan sekadar sujud dalam solat tapi sujud juga termasuk 
tunduk patuh kepada hukum dan peraturan Islam. Politik hanya untuk rebut 
kuasa?? Ya jika dapat berkuasa dan ikhlas bagi menegakkan hukum Allah mengapa 
tidak boleh?? Seperti Kelantan sekurang-kurang nya kalau dulu orang ke kedai 
empat nombor ekor secara terang-terangan tapi dengan ada sedikit kuasa lesen 
untuk niaga judi tidak lagi diberikan oleh kerajaan
 negeri Kelantan. Bukan lesen judi tapi lesen premis untuk judi sebab lesen 
judi adalah dibawah bidang kuasa kerajaan pusat yang diterajui UMNO. Jadi 
janganlah kita menolak semuanya dari Barat kerana di sana mungkin ada juga yang 
baiknya. Apa salah nya ia dijadikan alat untuk menghadapi kerosakan yang lebih 
dahsyat, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Wallahu'alam.

ibnuAli
kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:                                     
  RAMAI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk 
mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam di 
tegakkan.Dan saperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa 
di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu 
satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang undang negara. Perlu kita 
ingat, politik pilihanraya yang di amalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun 
cara perjuangan yang di impot dari BARAT.Ertinya, poltik yang ada pada hari ini 
adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam.Ia di buat tanpa berpandukan 
undang undang Islam.Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan 
sendirinya kita TERJEBAK ke jalan yang menyimpang daripada syariat. 
 
 MAKSUD HADITH NABI S.A.W: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia 
juga akan tergolong dalam kaum itu. 
 
 Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita mengikutnya 
kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah 
perjuangan 
 Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan 
natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara, 
kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah 
terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka 
lagang, kata mereka "POLITIK IS A DIRTY GAME." 
 
 Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam 
adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin. 
 
 Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh 
adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam usaha 
mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur 'terpaksa' di lakukan.Ini dapat di 
lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam berkempen 
misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu 
sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau 
tidak......mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada kita.Sikap 
mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap 
kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan ajaran Islam! 
 
 Buat Renungan dari  Cikgu Ku 
   
  Salam & Regards
 Wahab @ Amri
 Ampang, Selangor DE.
 URL:http://wahabamri.blogspot.com
   
   
  
     
     
                               

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke