Berbalik kepada tajuk di atas;
Firman Allah, mafhumnya;
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau
kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
(Surah A-li Imraan, Ayat 26)
Syarat dapat kerajaan;
Mafhum firman Allah;
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang
memegang Kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka:
khalifah-khalifah Yang berkuasa; ...
(an Nur 55)
Tepuk dada, tanya iman.
Sekadar pendapat. Wallahua'lam.
azharjaafar313.blogspot.com
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Bagi mereka yang tidak menolak sistem pilihanraya teruskan kerja-kerja secara
pilihanraya dan bagi yang mengatakan ia bukan dari Islam lakukanlah secara yang
anda katakan inilah cara Islam. Maksiat dan mungkar berleluasa di depan kita,
syirik dan murtad pun tak kurang hebat sedang menimpa masyarakat kita dan kita
masih dok pertikai inilah kaedah Islam dan ini bukan dari kaedah Islam. Usahlah
jadi macam kaum Bani Israil sebagaimana diceritakan dalam surah al Baqarah ia
itu surah yang bermaksud lembu betina. Rujuklah kepada ayat 67 hingga 73 surah
tersebut yang mana surah ini dinamakan surah al Baqarah adalah berpunca dari
kisah ini. Kisah menceritakan bagaiman Allah memerintahkan kepada Bani Israil
sembelih seekor lembu betina bagi tujuan mengetahui pembunuh seseorang guna
menghidupkan mangsa yang telah dibunuh. Dengan menghidupkan orang yang telah
mati dibunuh itu maka
dapatlah diketahui siapakah sebenar yang telah membunuhnya. Tapi oleh kerana
kaum Bani Israil adalah orang-orang yang suka berdolak dalik maka
macam-macamlah yang diminta kepada Nabi Musa as tentang sifat lembu itu
sehingga hampir-hampir tidak dapat melaksanakan perintah Allah tersebut.
Apa yang saya nampak hari ini kita menerima pakai macam-macam yang bukan
dari Islam asalkan ianya tidak terang-terang haram dalam Islam. Sistem
pilihanraya memang tidak diamalkan oleh Rasulullah SAW tapi dengan adanya
sistem pilihanraya dakwah dapat disampaikan bukan saja kepada orang Islam
bahkan kepada orang bukan Islam. Apakah kita mesti tunggu wujud satu sistem
yang Islamik maka baru kita perlu libatkan diri? Sampai bila sampai dah ramai
orang Islam syirik dan murtad??
Saya tak pasti apakah sahabat kita ini dari golongan jamaah tabligh kerana
kerap juga beberapa sahabat saya dari puak tabligh bercakap dengan nada yang
sama. Baru-baru ini saya turut menghadiri satu ijtimak jamaah tabligh peringkat
alami yang diadakan di Bangkok apabila diajak oleh seorang sahabat yang aktif
dalam usaha tabligh . Di sana banyak juga diperkatakan tentang amar makruf nahi
mungkar cuma apa kah kemungkaran yang dimaksudkan tidaklah dihuraikan mungkin
kerana ianya berbeza antara satu negara dengan negara lain. Bagitu juga soal
sujud yang dihuraikan bukan sekadar sujud dalam solat tapi sujud juga termasuk
tunduk patuh kepada hukum dan peraturan Islam. Politik hanya untuk rebut
kuasa?? Ya jika dapat berkuasa dan ikhlas bagi menegakkan hukum Allah mengapa
tidak boleh?? Seperti Kelantan sekurang-kurang nya kalau dulu orang ke kedai
empat nombor ekor secara terang-terangan tapi dengan ada sedikit kuasa lesen
untuk niaga judi tidak lagi diberikan oleh kerajaan
negeri Kelantan. Bukan lesen judi tapi lesen premis untuk judi sebab lesen
judi adalah dibawah bidang kuasa kerajaan pusat yang diterajui UMNO. Jadi
janganlah kita menolak semuanya dari Barat kerana di sana mungkin ada juga yang
baiknya. Apa salah nya ia dijadikan alat untuk menghadapi kerosakan yang lebih
dahsyat, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
RAMAI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk
mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam di
tegakkan.Dan saperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa
di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu
satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang undang negara. Perlu kita
ingat, politik pilihanraya yang di amalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun
cara perjuangan yang di impot dari BARAT.Ertinya, poltik yang ada pada hari ini
adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam.Ia di buat tanpa berpandukan
undang undang Islam.Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan
sendirinya kita TERJEBAK ke jalan yang menyimpang daripada syariat.
MAKSUD HADITH NABI S.A.W: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia
juga akan tergolong dalam kaum itu.
Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita mengikutnya
kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah
perjuangan
Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan
natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara,
kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah
terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka
lagang, kata mereka "POLITIK IS A DIRTY GAME."
Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam
adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.
Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh
adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam usaha
mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur 'terpaksa' di lakukan.Ini dapat di
lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam berkempen
misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu
sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau
tidak......mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada kita.Sikap
mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap
kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Buat Renungan dari Cikgu Ku
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor DE.
URL:http://wahabamri.blogspot.com
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.