(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


ALHUSSEYN
 Kelantan maju kerana pemimimpin tidak Korup    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri 
Mohd. Ali Rustam baru-baru ini terpaksa mengakui  disini  bahawa negeri 
Kelantan adalah sebuah negeri yang maju. Cumanya beliau menambah kata :

“Pembangunan yang dikecapi di negeri itu selama ini adalah hasil usaha Kerajaan 
Pusat dan bukannya kerajaan negeri.” 

‘‘Bayangkan kalau negeri itu di bawah pemerintahan kerajaan BN, sudah pasti 
lebih banyak pembangunan yang akan dibawa, seperti mana di Terengganu,” 
katanya.

Ali Rustam mungkin tidak menyedari bahawa PM Abdullah sewaktu persidangan Dewan 
Rakyat pada 3 September lepas,ada menjelaskan bahawa Kelantan berada ditangga 
yang lebih baik berbanding Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak dan Kedah yang 
mempunyai orang   miskin tegar 

Mungkin Ali Rustam mahu merujuk kepada pembinaan projek Taman Tamadun Islam 
yang bernilai hampir RM1 bilion di Pulau Wan Man, dengan masjid Kristalnya yang 
bernilai RM250 juta?

Projek tersebut  sama seperti Monsoon Cup, nampak indah tetapi apa faedahnya 
yang rakyat tempatan perolehi?

Ramai berpendapat projek Taman Tamadun Islam tidak perlu buat masa sekarang dan 
kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian kepada membasmi kemiskinan yang 
masih tinggi di kalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Trengganu sebenarnya merupakan negari kedua termiskin tetapi paling boros 
membazirkan wang rakyat.

Projek Monssoon Cup,kerajaan Terenggani membelanjakan RM300 juta untuk 
infrastruktur pada 2005, RM20 juta lagi pada 2006 dan RM 1 juta setiap tahun 
untuk hadiah.

Bayangkan kalau wang daripada kedua-dua projek itu dikumpulkan dan diagihkan 
untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti dalam 
bidang pendidikan dan ekonomi.

Tetapi kerajaan negeri melaksanakan projek-projek tersebut untuk memberi wang 
kepada kontraktor-kontraktor kroni mereka sahaja .

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendakwa menantu Perdana 
Menteri Khairy Jamaluddin dan rakannya Patrick Lim menguasai projek-projek   di 
negeri itu.
 
Begitulah yang akan terjadi kepada Kelantan jika Kelantan jatuh ke tangan Umno 
atau BN. Akan banyak projek mencurah-curah tetapi rakyat Kelantan akan tetap 
terpinggir dariapada menikmati kemajuan yang sebenarnya.

Lihat sahaja contoh lain, iaitu Perlis.Mungkin  Ali Rustam  terlupa tentang 
Perlis ,  negeri yang miskin  walaupun selamanya dibawah Umno atau BN sejak 
mula merdeka lagi.Cuba bandingkan Perlis dengan Kelantan. Kenapa Perlis tidak 
maju ? Mungkin Perlis akan maju kalau ditadbir oleh PAS ; kenapa tak cuba 
berubah angin?

Segala ini membuktikan bahawa Kelantan maju adalah kerana kepimpinan yang tidak 
korup sebagaimana Umno memerintah.

Pelancung masih berduyun-duyun ke Kelantan walaupun tidak ada projek sehebat 
Taman Tamadun Islam disana . Mereka mahu menjenguk Kelantan sebuah negeri yang 
ditadbir secara Islam.



Agenda Pemuda - Baca, Cetak & Sebar
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke