Salam,
menarik coretan di bawah..maka teringat aku pada bait-bait tulisan dalam 
sebuah buku
"jika kau ikut aku maka senanglah,jika kau tidak ikut aku susahlah kau"
ayat itu seperi sifat-sifat  atau kerja dajjal akhir Zaman sepertimana US 
mencengkan umat islam di dunia
bagi ku UMNO atau parti di Malaysia adalah tangan-tangan dajjal


moderator kenapa komen aku tiada di release....kena blok ke...t
tiada demokrasi jika begini




K

To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat 
ganjaran, kata Rosol Wahid






(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat ganjaran, kata Rosol Wahid 
LanH 
Wed | Feb 06, 08 | 3:11:23 pm MYT 
"Sesiapa yang mengundi dan menyokong BN pada pilihan raya umum nanti akan 
mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon PAS tidak mendapat 
sebarang ganjaran. 

"Bercakap ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat 
Daerah Hulu Terengganu 2008 di pekarangan Masjid Kampung Nasi Dingin, di 
sini kelmarin (31 Januari), Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, 
Datuk Rosol Wahid berkata sokongan itu perlu bagi membolehkan kerajaan BN 
meneruskan agenda membangunkan syariah dan umat Islam. "Katanya, walaupun 
kepemimpinan PAS sering mengatakan perjuangan mereka berlandaskan Islam, 
tetapi tiada program mengembangkan syariat Islam dilakukan apabila diberi 
peluang memerintah negeri ini." - Berita Harian, 2 Februari 2008, di bawah 
tajuk 'Rakyat kena sokong BN' (berita dipetik dari Kuala Berang).

Terkedu penulis tatkala membaca berita ini. Apa sudah jadi? Kalau Rosol 
Wahid, pemimpin Umno negeri boleh membuat fatwa sendiri tentu lebih ramai 
lagi pemimpin Umno, terutama di peringkat Pusat boleh membuat fatwa. Di 
sini jelas sekali Rosol Wahid sudah bermain api. Orang bermain api seperti 
Rosol Wahid boleh diambil tindakan seperti dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, 
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak lama dulu.

Melalui berita Star News, Rabu 3 Mac, 2004 dengan tajuk 'PAS never 
promised heaven, says Hadi', Abdul Rashid berkata; "stern action would be 
taken against those who deceive the people to win votes."

Petikan penuh berita itu; KUALA TERENGGANU: PAS says it has never promised 
a passage to heaven for its supporters and voters if they give the party 
their backing. 

Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who is also Terengganu Mentri 
Besar, alleged that Umno was smearing PAS' name by making such claims. 

"I saw these posters pasted on trees along the roadside in Kedah recently 
and PAS leaders told me it was the work of Umno members," he told newsmen 
at his office in Wisma Darul Iman here yesterday. 

He alleged that his party had caught Wanita Umno members, disguised as PAS 
members, making such claims in previous general elections. 

He was commenting on a warning by Election Commission chairman Tan Sri 
Abdul Rashid Abdul Rahman that stern action would be taken against those 
who deceive the people to win votes.
 
Abdul Rashid had alleged political parties were making empty promises such 
as claiming that those who voted for them would go to heaven.

Jadi sekarang, Rosol Wahid sudah meletakkan dirinya untuk diambil tindakan 
oleh SPR. Apa kata SPR mengenai perkara ini?

Berhubung kes Rosol Wahid ini, Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dalam 
laman webnya menulis: "Ucapan Rosol Wahid yang juga Setiausaha Badan 
Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan 
berbaur kesesatan.

"DPPKT menyeru agar Rosol menarik balik ucapannya kerana ia boleh 
menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut 
dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan pilihan raya umum 
yang akan datang sudah semakin hampir.

"Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar 
Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa 
Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional 
mendapat pahala.

"Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap 
kenyataan tersebut dengan berkata, "Bagaimana mungkin mengundi satu parti 
yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar 
serta menganjurkan program-program maksiat seperti konsert-konsert yang 
bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti 
merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan 
mendapat pahala?

"Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya 
berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. 
Ingat firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud; "Dan jangan kamu 
condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api 
neraka."

"Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, 
sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan 
politik?"

Mengenai dakwaan Rosol Wahid, penulis teringat akan ceramah seorang imam 
dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran kediaman penulis tidak lama 
dulu. Katanya, melalui filem pun ditunjukkan bahawa orang Islam begitu 
bersemangat mendaulatkan hukum-hukam Islam.

Dalam filem 'Semerah Padi' jelas ditunjukkan pelaksanaan hukum-hakam 
Islam. Pasangan berzina dihukum sebat atau rejam, tetapi hari ini apabila 
orang disabitkan kesalahan zina, hakim akan berkata; "kesalahan ini 
hukumannya mengikut syariah adalah sebatan 100 kali, tetapi berdasarkan 
kuasa diberi pada saya, saya menjatuhkan hukuman denda...kepada kamu."

Imam itu bertanya hadirin, "agak-agak kamu lepas tak hakim dan masyarakat 
daripada penghakiman Allah SWT apabila melaksanakan hukum sedemikian." 
Hadirian tidak menjawab. Iman meneruskan, "tentulah tidak."

Imam itu tidak melanjutkan hujahnya tetapi bagi orang yang berfikir akan 
terbayang di otaknya; "Jika hakim tidak lepas, masyarakat tidak lepas, 
tentulah kerajaan yang tidak menegakkan hukum-hakam Allah SWT tak akan 
terlepas daripada hukuman Allah SWT di akhirat nanti. Malah di dunia lagi 
akan menerima akibatnya!"

Jadi macam mana Rosol Wahid boleh berkata, undi BN dapat pahala!



Agenda Pemuda - Baca, Cetak & Sebar


(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 
 

Kirim email ke