(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat ganjaran, kata Rosol Wahid
LanH
Wed | Feb 06, 08 | 3:11:23 pm MYT "Sesiapa
yang mengundi dan menyokong BN pada pilihan raya umum nanti akan mendapat
pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon PAS tidak mendapat sebarang
ganjaran.
-->
"Bercakap ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Daerah
Hulu Terengganu 2008 di pekarangan Masjid Kampung Nasi Dingin, di sini kelmarin
(31 Januari), Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Rosol Wahid
berkata sokongan itu perlu bagi membolehkan kerajaan BN meneruskan agenda
membangunkan syariah dan umat Islam. "Katanya, walaupun kepemimpinan PAS sering
mengatakan perjuangan mereka berlandaskan Islam, tetapi tiada program
mengembangkan syariat Islam dilakukan apabila diberi peluang memerintah negeri
ini." - Berita Harian, 2 Februari 2008, di bawah tajuk 'Rakyat kena sokong BN'
(berita dipetik dari Kuala Berang).
Terkedu penulis tatkala membaca berita ini. Apa sudah jadi? Kalau Rosol Wahid,
pemimpin Umno negeri boleh membuat fatwa sendiri tentu lebih ramai lagi
pemimpin Umno, terutama di peringkat Pusat boleh membuat fatwa. Di sini jelas
sekali Rosol Wahid sudah bermain api. Orang bermain api seperti Rosol Wahid
boleh diambil tindakan seperti dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Rahman tidak lama dulu.
Melalui berita Star News, Rabu 3 Mac, 2004 dengan tajuk 'PAS never promised
heaven, says Hadi', Abdul Rashid berkata; "stern action would be taken against
those who deceive the people to win votes."
Petikan penuh berita itu; KUALA TERENGGANU: PAS says it has never promised a
passage to heaven for its supporters and voters if they give the party their
backing.
Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who is also Terengganu Mentri
Besar, alleged that Umno was smearing PAS' name by making such claims.
"I saw these posters pasted on trees along the roadside in Kedah recently and
PAS leaders told me it was the work of Umno members," he told newsmen at his
office in Wisma Darul Iman here yesterday.
He alleged that his party had caught Wanita Umno members, disguised as PAS
members, making such claims in previous general elections.
He was commenting on a warning by Election Commission chairman Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Rahman that stern action would be taken against those who deceive
the people to win votes.
Abdul Rashid had alleged political parties were making empty promises such
as claiming that those who voted for them would go to heaven.
Jadi sekarang, Rosol Wahid sudah meletakkan dirinya untuk diambil tindakan oleh
SPR. Apa kata SPR mengenai perkara ini?
Berhubung kes Rosol Wahid ini, Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dalam laman
webnya menulis: "Ucapan Rosol Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno
Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan.
"DPPKT menyeru agar Rosol menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan
orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan
untuk memancing undi memandangkan pilihan raya umum yang akan datang sudah
semakin hampir.
"Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol
selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri
Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.
"Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap
kenyataan tersebut dengan berkata, "Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang
berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta
menganjurkan program-program maksiat seperti konsert-konsert yang bercanggah
dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah,
meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala?
"Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya
berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat
firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud; "Dan jangan kamu condong
kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka."
"Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang
sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik?"
Mengenai dakwaan Rosol Wahid, penulis teringat akan ceramah seorang imam dalam
kuliah mingguannya di masjid berhampiran kediaman penulis tidak lama dulu.
Katanya, melalui filem pun ditunjukkan bahawa orang Islam begitu bersemangat
mendaulatkan hukum-hukam Islam.
Dalam filem 'Semerah Padi' jelas ditunjukkan pelaksanaan hukum-hakam Islam.
Pasangan berzina dihukum sebat atau rejam, tetapi hari ini apabila orang
disabitkan kesalahan zina, hakim akan berkata; "kesalahan ini hukumannya
mengikut syariah adalah sebatan 100 kali, tetapi berdasarkan kuasa diberi pada
saya, saya menjatuhkan hukuman denda...kepada kamu."
Imam itu bertanya hadirin, "agak-agak kamu lepas tak hakim dan masyarakat
daripada penghakiman Allah SWT apabila melaksanakan hukum sedemikian." Hadirian
tidak menjawab. Iman meneruskan, "tentulah tidak."
Imam itu tidak melanjutkan hujahnya tetapi bagi orang yang berfikir akan
terbayang di otaknya; "Jika hakim tidak lepas, masyarakat tidak lepas, tentulah
kerajaan yang tidak menegakkan hukum-hakam Allah SWT tak akan terlepas daripada
hukuman Allah SWT di akhirat nanti. Malah di dunia lagi akan menerima
akibatnya!"
Jadi macam mana Rosol Wahid boleh berkata, undi BN dapat pahala!
Agenda Pemuda - Baca, Cetak & Sebar
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.