sejarah pasti berulang,dulu tergadai tanah pasal raja takut hilang kuasa 
,sekarang ini tergadai maruah dan negara kerna
pemimpin takut hilang kuasa juga.......akhirnya mereka di telan tanah yang 
tinggal
untuk anak melayu ini mungkin sekangkang kera tanah di hujung kuala atau 
tanjung sebelum dicampal ke laut oleh 
perampas "terhormat negara"

anak bangsa ku dimana nak pergi...inilah tanah melayu buat org melayu dah 
jadi malaysia pun,
di tukar nama negara kepada malaysia sebenarnya satu penyingkiran atau 
penjajahan atau penaklukan
atau menghilangkan kekuasaan melayu di nusa atau dunia..........kita telah 
pinggirkan
mengapa tidak ditukar nama  tanah besar China??Tanah India???Tanah Arab???
Tanah Parsi ??Tanah Rom?? dan dua tanah lagi itu.....??

suatu masa anak melayu akan tanya tanah melayu dimana yea??
seperti kita mencari jejak Ulama Melayu kini...tercari-cari walhal ianya 
didepan mata

walaupun kupercayai ada kebaikanNya  tapi anak melayu kini tiada lagi 
TanahNya.






Kadet Pencen 
Sent by: [email protected]
07/02/2008 08:06 AM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Undi BN, Singapura yang memerintah?






(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Undi BN, Singapura yang memerintah? 
Abdul Halim Mohd Rashid 
Sun | Feb 03, 08 | 7:20:50 pm MYT 
Sejak pentadbiran negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Badawi, seorang blogger Umno yang memperkenalkan dirinya sebagai 
The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress) melihat 
negara ini "bermain dan menari kepada rentak dan irama Singapura dalam 
serba serbi". 

Ia bermula dengan isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli 
saham penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd dan sekaligus menguasai 
Alliance Bank Bhd, kata beliau.

Keadaan itu berlaku ketika Singapura sendiri amat liat untuk melepaskan 
asset negara itu, termasuk syarikat-syarikat dalam negara itu, dari dibeli 
oleh kepentingan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merayu agar 
kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak 
syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Najib berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah 
untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa 
tahun kebelakangan ini, kata Najib, aliran kemasukan pelaburan dari 
Singapura ternyata besar.

''Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat 
Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding 
pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia," kata Timbalan 
Perdana Menteri.

Lebih mendukacitakan, Khazanah Holdings seolah-olah menjadi extension atau 
tangan kepada Temasek Holdings.

"Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan negara, Khazanah Holdings Bhd 
persis dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd, syarikat pelaburan 
Singapura. Terma baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula 
digunakan dalam 'cakap cakap pasaran'. Temasek Holdings juga mula membeli 
kepentingan dalam syarikat syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom 
Malaysia," kata ahli Umno itu dalam postingnya yang bertajuk "Kerjasama 
dengan Singapura dan mengadai kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan 
ketenteraan?".

Perkara itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Ketua Penerangan PAS, 
Haji Mahfuz Omar. Sikap Khazanah Nasional kebelakangan ini amat 
menimbulkan kecurigaan, kata beliau.

"Pintunya yang terbuka luas untuk membolehkan perluasan cengkaman dan 
penguasaan syarikat-syarikat Singapura dalam projek-projek dan 
syarikat-syarikat strategik di negara ini menimbulkan tanda tanya adakah 
sayap perniagaan kerajaan yang sangat penting itu berkhidmat kepada negara 
ini atau sebenarnya kepada kerakusan cita-cita strategi Singapura ke atas 
negara ini," katanya lagi dalam satu kenyataan pada bulan November 2006..

Lebih buruk lagi, katanya, Khazanah Nasional juga berusaha untuk membawa 
pemikiran yang sangat bahaya kepada rakyat negara ini apabila ia menyeru 
rakyat Johor supaya jangan berfikiran sempit bila berurusan dengan 
Singapura.

Mahfuz mmbangkitkan kenyataan Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional di 
dalam Pejabat Pengarah Urusan, Ahmad Shahizam Mohd Shariff yang menyatakan 
rakyat Johor hari ini mesti bersikap realistik dalam penilaian mereka 
terhadap rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau sebelum ini 
dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER).

Ternyata bukan pembangkang sahaja yang begitu curiga dengan Khazanah 
Holdings yang semakin didakwa lebih mengutamakan kepentingan Singapura 
dari kepentingan negara.

Malah, The "thirteen million plus Ringgit" guy yang selalu mempertegaskan 
kesetiaanya kepada Umno melihat pembelian saham Pantai Holdings yang 
melibatkan pelaburan Khazanah Holdings sebagai satu skandal. Kemungkinan 
amat ramai ahli Umno yang lain yang mempunyai tanggapan yang sama seperti 
beliau amat sukar ditolak.

Dalam kenyataan yang sama pada bulan November 2006 itu, Mahfuz mengecam 
Khazanah Nasional telah membelanjakan begitu banyak wang negara untuk 
mengambilalih Pantai Holdings Bhd dari Parkway Holdings Ltd dalam satu 
urusniaga yang amat berat sebelah dan hanya menguntungkan syarikat 
Singapura.

"Lebih menyakitan hati rakyat negara ini ialah apabila Khazanah Nasional 
menguasai semula Pantai Holdings Bhd melalui Pantai Irama Sd Bhd dengan 
menggunakan wang rakyat, tiba-tiba 49 peratus saham Pantai Irama 
diserahkan pula kepada Parkway yang kemudiannya akan menguruskan 
hospital-hospital di bawah Pantai Holdings," katanya.

Melalui Pantai Irama, katanya, Khazanah membeli saham Pantai daripada 
Parkway dengan cara membeli 6.6 peratus pegangan atau 30.92 juta saham 
dengan harga yang tidak dinyatakan dan kemudian membeli keseluruhan 26 
peratus pegangan yang dimiliki Parkway dengan harga RM2.65 sen sesaham, 
harga yang dianggap terlalu tinggi, dan selepas itu Pantai Irama akan 
membuat tawaran awam pula yang akan meletakkan Pantai pada nilai RM1.25 
bilion.

"Rakyat terus tidak puas hati dengan Pantai Holdings yang sebelum itu 
menolak tawaran dari dua konsortium pelabur tempatan untuk mengambilalih 
dua anak syarikatnya, Pantai Medivest Sdn Bhd dan Fomema Sdn Bhd, 
kedua-duanya memegang konsesi dari kerajaan," kata Mahfuz.

Fomema memegang konsesi 15 tahun untuk menjalankan pemeriksaan kepada 
semua pekerja asing yang hendak masuk berkerja di dalam negara ini. 
Konsesi hanya akan berakhir pada September 2012. Pantai Medivest pula 
memegang konsesi 15 tahun dari Oktober 1996 untuk membekalkan perkhidmatan 
sokongan kepada hospital-hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan 
Johor.Medivest dan Fomema adalah punca pendapatan utama Pantai, iaitu 
kira-kira separuh jualan kumpulan Pantai Holdings dan lebih 40 peratus 
keuntungan dari operasi kumpulan itu.

Selepas isu Pantai Holdings, timbul pula pembatalan jambatan bengkok ke 
Singapura. Menurut The "thirteen million plus Ringgit" guy, pembatalan 
jambatan tersebut yang dirancang untuk menggantikan Tambak Johor berlaku 
kerana Abdullah membuat keputusan 'flip-flop' apabila timbul soal 
"penjualan pasir disamping permintaan untuk pengunaan ruang udara" yang 
dibangkitkan Singapura dalam siri rundingan berkenaan projek itu.

Walaupun perkara itu dibantah keras oleh Johor dan Tentera Udara Diraja 
Malaysia dan menerima pelbagai reaksi negatif, "PM 'Flip-Flop' Abdullah 
masih berdegil mempertahankan keputusan yang ramai percaya dibuat secara 
terburu buru dan cuai itu," kata beliau.

Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke 
atas Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri dikatakan semakin 
mengancam keselamatan negara dengan pelancaraan dan perlaksanaan projek 
pembangunan mega Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada November 2006.

Blogger ahli Umno itu melihat WPI lebih "menguntungkan Singapura 
berbanding diri sendiri, kerana membeli peluang industri sokongan bernilai 
rendah republik itu dipindah dan segala sumber negara pulau-bandaraya itu 
ditumpu sepenuhnya kepada industri nilai tinggi seperti ICT, 
bio-teknologi, perkhidmatan kewangan dan pasaran modal".

Lebih buruk lagi, beliau juga menyatakan bahawa "WPI juga akan 
melaksanakan pembangunan di mana kepentingan Melayu sebenarnya akan 
terabai".

Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke 
atas Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri seolah-olah 
disempurnakan Mei tahun lepas di Langkawi, apabila "PM 'Flip-Flop' 
Abdullah telah menjemput Singapura terlibat secara pro-aktif dalam 
perancangan pembangunan WPI, semasa berunding dengan PM Singapura Brig Gen 
(NS) Lee Hsien Loong".

Mahfuz membangkitkan tuduhan ramai pihak yang medakwa Abdullah 
mengkhianati negara ini apabila WPI kini dipanggil perluasan de facto 
Singapura secara rasmi (official de facto extension of Singapore) di dalam 
wilayah Malaysia.

Beliau juga mengecam Abdullah yang memekakkan telinga ketika ketika begitu 
ramai rakyat Johor membantah dengan mesej bahawa mereka "tak setuju pelan 
khianat SJER adakan Free Acces Zone, kuasa autonomi, utamakan port 
(pelabuhan) dan airport (lapangan terbang) Singapura dan jadi bandar 
satelit tempat enjoy rakyat Singapura. Johor negeri berdaulat!"

Apa yang sentiasa didakwa sebagai pengkhianatan kerajaan Abdullah ke atas 
negara ini semata-mata untuk menyerah diri kepada apa yang didakwa sebagai 
penjajahan secara halus Singapura lebih ketara lagi apa laman web 
Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) melaporkan 
bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa 
terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara 
sepatutnya.

Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI.

Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris 
mengenai Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan 
Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana 
Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) 
mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan 
mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Akibatnya, kata The "thirteen million plus Ringgit" guy, pegawai-pegawai 
Singapura kini menjadi sebahagian dari task force khas yang diwujudkan 
untuk merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, soal 
imigresyen, pelancongan dan soal alam sekitar.

"Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa (jua) 
keputusan dan perancangan task force ini. Kini Singapura diberikan 'kuasa' 
untuk menentukan isu-isu yang melibatkan mereka dalam negara kita 
sedangkan isu seperti pengeksportan-pembelian semula air Johor-Singapura 
dan hub logistik PTP-Senai-Pasir Gudang masih tertangguh dan belum 
selesai," kata beliau.

Sebab itulah, menurut ahli Umno itu, apa jua kenyataan yang positif yang 
dibuat oleh Lee Kuan Yew "dilihat sebagai 'meragukan' dan menimbulkan 
tanda tanya (adanya) 'udang disebalik batu' di kalangan penganalisa 
politik".

Jumaat lalu, Bernama melaporkan Lee Kuan Yew berkata pihaknya sedia 
bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Malaysia bagi membolehkan kedua-dua 
negara maju bersama.

Laporan Berita Harian Singapura lebih jelas lagi dari apa yang dilaporkan 
oleh Bernama. Berikut ialah petikan laporan akhbar itu: 
Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew berkata Singapura akan meraih manfaat 
dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) namun pada jangka panjang 
Malaysia akan meraih manfaat lebih besar.

Oleh itu, Malaysia perlu merubah pemikirannya - daripada pandangan 
berasaskan persaingan dan kebencian terhadap Singapura kepada kerjasama 
dan sedia menerima negara ini.

Apatah lagi, Malaysia mempunyai bakat dan sumber tenaga lebih luas 
berbanding Singapura.

Encik Lee berkata, Singapura akan melakukan apa yang terdaya dan patut 
dilakukan untuk memastikan IDR berjaya.

'Soal siapa yang akan dapat lebih manfaat (daripada projek IDR), sejarah 
akan menentukannya,' kata Encik Lee semasa ditemui media di Istana 
semalam.

Kenyataan beliau adalah sebagai mengulas lebih lanjut komen yang dibuatnya 
dalam satu sidang Institut Pengajian Dasar, tengah hari semalam, tentang 
adakah Singapura memerlukan kawasan pedalaman, seperti Malaysia, untuk 
berkembang sebagai sebuah kota jagat.

Kenyataan itu amat jelas bagai memujuk rakyat Malaysia supaya mengundi 
Barisan Nasional. Maklumlah, parti itu dikuasai oleh sahabat Lee sendiri, 
Abdullah.

Lebih dari itu, Malaysia kononnya akan "meraih manfaat lebih besar".

Tidak hairanlah kalau Mahfuz menyeru rakyat supaya bangkit beramai-ramai 
menentang Barisan Nasional yang dipimpin Abdullah yang semakin dituduh 
menjadi khadam suruhan Singapura dan agen-agennya di negara ini.

Tindakan itu wajib dilakukan rakyat negara ini, kata beliau lagi, bukan 
sahaja kerana apa yang didakwa sebagai penyerahan wilayah Malaysia kepada 
Singapura.

Malah, pengambilalihan syarikat-syarikat Singapura ke 
atassyarikat-syarikat strategik negara ini telahpun sampai ke peringkat 
yang parah dan akan memusnahkan negara ini - antaranya termasuk 
pengambilalihan Pantai oleh Parkway; pembelian sebahagian kepentingan 
AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia 
Bhd (TM) dan Malaysian Plantations Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan 
saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan 
Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

Agaknya sebab itulah beberapa anak muda yang ditemui ketika menanti 
pembebasan beberapa pemimpin dan aktivis yang ditangkap di hadapan penjara 
Pudu baru-baru ini mendakwa, "kalau undi Barisan Nasional, Singapura akan 
perintah Malaysia"! 

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.
 

Kirim email ke