Saya rasa tak payah pi sampai parsi,rom atau arab saya rasa negara 
kita akan ditukar seperti CIMB iaitu cina-indon-melayu-burma kan cantik

        -----Original Message-----
        From:   [email protected] [SMTP:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of 
isa.sulaiman
        Sent:   Monday, February 11, 2008 2:28 PM
        To:     Ikhwanul Muslimun
        Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Undi BN, Singapura yang 
memerintah?


        sejarah pasti berulang,dulu tergadai tanah pasal raja takut hilang 
kuasa ,sekarang ini tergadai maruah dan negara kerna 
        pemimpin takut hilang kuasa juga.......akhirnya mereka di telan tanah  
yang tinggal 
        untuk anak melayu ini mungkin sekangkang kera tanah di hujung kuala 
atau tanjung sebelum dicampal ke laut oleh 
        perampas "terhormat negara" 
        
        anak bangsa ku dimana nak pergi...inilah tanah melayu buat org melayu 
dah jadi malaysia pun, 
        di tukar nama negara kepada malaysia sebenarnya satu penyingkiran atau 
penjajahan atau penaklukan 
        atau menghilangkan kekuasaan melayu di nusa atau dunia..........kita 
telah pinggirkan 
        mengapa tidak ditukar nama  tanah besar China??Tanah India???Tanah 
Arab??? 
        Tanah Parsi ??Tanah Rom?? dan dua tanah lagi itu.....?? 
        
        suatu masa anak melayu akan tanya tanah melayu dimana yea?? 
        seperti kita mencari jejak Ulama Melayu kini...tercari-cari walhal 
ianya didepan mata 
        
        walaupun kupercayai ada kebaikanNya  tapi anak melayu kini tiada lagi 
TanahNya. 
        
        
        
        
        
        
        Kadet Pencen 
        Sent by: [email protected] 

        07/02/2008 08:06 AM 
        Please respond to
        [email protected]

        To
        "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> 
        cc
        Subject
        Help Palestine [hidayahnet] Undi BN, Singapura yang memerintah? 

                        




        (SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!) 

        http://www.marhaen.org/v1/mar_a_banner_takmau.html
        
        Undi BN, Singapura yang memerintah?  
<http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/undi-bn-singapura-yang-memerintah.html>
 
        Abdul Halim Mohd Rashid 
        Sun | Feb 03, 08 | 7:20:50 pm MYT 
        Sejak pentadbiran negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Badawi, seorang blogger Umno yang memperkenalkan dirinya sebagai The 
"thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress) melihat negara ini 
"bermain dan menari kepada rentak dan irama Singapura dalam serba serbi". 
        
        Ia bermula dengan isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli 
saham penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd dan sekaligus menguasai 
Alliance Bank Bhd, kata beliau. 
        
        Keadaan itu berlaku ketika Singapura sendiri amat liat untuk melepaskan 
asset negara itu, termasuk syarikat-syarikat dalam negara itu, dari dibeli oleh 
kepentingan Malaysia. 
        
        Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merayu agar 
kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak 
syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu. 
        
        Najib berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang 
adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara. 
        
        Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini 
beberapa tahun kebelakangan ini, kata Najib, aliran kemasukan pelaburan dari 
Singapura ternyata besar. 
        
        ''Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat 
Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding 
pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia," kata Timbalan 
Perdana Menteri. 
        
        Lebih mendukacitakan, Khazanah Holdings seolah-olah menjadi extension 
atau tangan kepada Temasek Holdings. 
        
        "Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan negara, Khazanah Holdings Bhd 
persis dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd, syarikat pelaburan Singapura. 
Terma baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula digunakan dalam 
'cakap cakap pasaran'. Temasek Holdings juga mula membeli kepentingan dalam 
syarikat syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom Malaysia," kata ahli Umno 
itu dalam postingnya yang bertajuk "Kerjasama dengan Singapura dan mengadai 
kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan ketenteraan?". 
        
        Perkara itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Ketua Penerangan PAS, 
Haji Mahfuz Omar. Sikap Khazanah Nasional kebelakangan ini amat menimbulkan 
kecurigaan, kata beliau. 
        
        "Pintunya yang terbuka luas untuk membolehkan perluasan cengkaman dan 
penguasaan syarikat-syarikat Singapura dalam projek-projek dan 
syarikat-syarikat strategik di negara ini menimbulkan tanda tanya adakah sayap 
perniagaan kerajaan yang sangat penting itu berkhidmat kepada negara ini atau 
sebenarnya kepada kerakusan cita-cita strategi Singapura ke atas negara ini," 
katanya lagi dalam satu kenyataan pada bulan November 2006.. 
        
        Lebih buruk lagi, katanya, Khazanah Nasional juga berusaha untuk 
membawa pemikiran yang sangat bahaya kepada rakyat negara ini apabila ia 
menyeru rakyat Johor supaya jangan berfikiran sempit bila berurusan dengan 
Singapura. 
        
        Mahfuz mmbangkitkan kenyataan Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional di 
dalam Pejabat Pengarah Urusan, Ahmad Shahizam Mohd Shariff yang menyatakan 
rakyat Johor hari ini mesti bersikap realistik dalam penilaian mereka terhadap 
rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau sebelum ini dikenali sebagai 
Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER). 
        
        Ternyata bukan pembangkang sahaja yang begitu curiga dengan Khazanah 
Holdings yang semakin didakwa lebih mengutamakan kepentingan Singapura dari 
kepentingan negara. 
        
        Malah, The "thirteen million plus Ringgit" guy yang selalu 
mempertegaskan kesetiaanya kepada Umno melihat pembelian saham Pantai Holdings 
yang melibatkan pelaburan Khazanah Holdings sebagai satu skandal. Kemungkinan 
amat ramai ahli Umno yang lain yang mempunyai tanggapan yang sama seperti 
beliau amat sukar ditolak. 
        
        Dalam kenyataan yang sama pada bulan November 2006 itu, Mahfuz mengecam 
Khazanah Nasional telah membelanjakan begitu banyak wang negara untuk 
mengambilalih Pantai Holdings Bhd dari Parkway Holdings Ltd dalam satu 
urusniaga yang amat berat sebelah dan hanya menguntungkan syarikat Singapura. 
        
        "Lebih menyakitan hati rakyat negara ini ialah apabila Khazanah 
Nasional menguasai semula Pantai Holdings Bhd melalui Pantai Irama Sd Bhd 
dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba 49 peratus saham Pantai Irama 
diserahkan pula kepada Parkway yang kemudiannya akan menguruskan 
hospital-hospital di bawah Pantai Holdings," katanya. 
        
        Melalui Pantai Irama, katanya, Khazanah membeli saham Pantai daripada 
Parkway dengan cara membeli 6.6 peratus pegangan atau 30.92 juta saham dengan 
harga yang tidak dinyatakan dan kemudian membeli keseluruhan 26 peratus 
pegangan yang dimiliki Parkway dengan harga RM2.65 sen sesaham, harga yang 
dianggap terlalu tinggi, dan selepas itu Pantai Irama akan membuat tawaran awam 
pula yang akan meletakkan Pantai pada nilai RM1.25 bilion. 
        
        "Rakyat terus tidak puas hati dengan Pantai Holdings yang sebelum itu 
menolak tawaran dari dua konsortium pelabur tempatan untuk mengambilalih dua 
anak syarikatnya, Pantai Medivest Sdn Bhd dan Fomema Sdn Bhd, kedua-duanya 
memegang konsesi dari kerajaan," kata Mahfuz. 
        
        Fomema memegang konsesi 15 tahun untuk menjalankan pemeriksaan kepada 
semua pekerja asing yang hendak masuk berkerja di dalam negara ini. Konsesi 
hanya akan berakhir pada September 2012. Pantai Medivest pula memegang konsesi 
15 tahun dari Oktober 1996 untuk membekalkan perkhidmatan sokongan kepada 
hospital-hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.Medivest dan Fomema 
adalah punca pendapatan utama Pantai, iaitu kira-kira separuh jualan kumpulan 
Pantai Holdings dan lebih 40 peratus keuntungan dari operasi kumpulan itu. 
        
        Selepas isu Pantai Holdings, timbul pula pembatalan jambatan bengkok ke 
Singapura. Menurut The "thirteen million plus Ringgit" guy, pembatalan jambatan 
tersebut yang dirancang untuk menggantikan Tambak Johor berlaku kerana Abdullah 
membuat keputusan 'flip-flop' apabila timbul soal "penjualan pasir disamping 
permintaan untuk pengunaan ruang udara" yang dibangkitkan Singapura dalam siri 
rundingan berkenaan projek itu. 
        
        Walaupun perkara itu dibantah keras oleh Johor dan Tentera Udara Diraja 
Malaysia dan menerima pelbagai reaksi negatif, "PM 'Flip-Flop' Abdullah masih 
berdegil mempertahankan keputusan yang ramai percaya dibuat secara terburu buru 
dan cuai itu," kata beliau. 
        
        Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke 
atas Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri dikatakan semakin 
mengancam keselamatan negara dengan pelancaraan dan perlaksanaan projek 
pembangunan mega Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada November 2006. 
        
        Blogger ahli Umno itu melihat WPI lebih "menguntungkan Singapura 
berbanding diri sendiri, kerana membeli peluang industri sokongan bernilai 
rendah republik itu dipindah dan segala sumber negara pulau-bandaraya itu 
ditumpu sepenuhnya kepada industri nilai tinggi seperti ICT, bio-teknologi, 
perkhidmatan kewangan dan pasaran modal". 
        
        Lebih buruk lagi, beliau juga menyatakan bahawa "WPI juga akan 
melaksanakan pembangunan di mana kepentingan Melayu sebenarnya akan terabai". 
        
        Apa yang sentiasa didakwa sebagai penjajahan secara halus Singapura ke 
atas Malaysia di zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri seolah-olah 
disempurnakan Mei tahun lepas di Langkawi, apabila "PM 'Flip-Flop' Abdullah 
telah menjemput Singapura terlibat secara pro-aktif dalam perancangan 
pembangunan WPI, semasa berunding dengan PM Singapura Brig Gen (NS) Lee Hsien 
Loong". 
        
        Mahfuz membangkitkan tuduhan ramai pihak yang medakwa Abdullah 
mengkhianati negara ini apabila WPI kini dipanggil perluasan de facto Singapura 
secara rasmi (official de facto extension of Singapore) di dalam wilayah 
Malaysia. 
        
        Beliau juga mengecam Abdullah yang memekakkan telinga ketika ketika 
begitu ramai rakyat Johor membantah dengan mesej bahawa mereka "tak setuju 
pelan khianat SJER adakan Free Acces Zone, kuasa autonomi, utamakan port 
(pelabuhan) dan airport (lapangan terbang) Singapura dan jadi bandar satelit 
tempat enjoy rakyat Singapura. Johor negeri berdaulat!" 
        
        Apa yang sentiasa didakwa sebagai pengkhianatan kerajaan Abdullah ke 
atas negara ini semata-mata untuk menyerah diri kepada apa yang didakwa sebagai 
penjajahan secara halus Singapura lebih ketara lagi apa laman web Pertubuhan 
Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) melaporkan bahawa Menteri 
Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan 
bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya. 
        
        Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI. 
        
        Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris 
mengenai Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan 
Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta 
IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak 
Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan 
Negara. 
        
        Akibatnya, kata The "thirteen million plus Ringgit" guy, 
pegawai-pegawai Singapura kini menjadi sebahagian dari task force khas yang 
diwujudkan untuk merangka program pembangunan WPI, termasuk hub pengangkutan, 
soal imigresyen, pelancongan dan soal alam sekitar. 
        
        "Singapura mempunyai kepetingan khusus dan strategik dalam apa (jua) 
keputusan dan perancangan task force ini. Kini Singapura diberikan 'kuasa' 
untuk menentukan isu-isu yang melibatkan mereka dalam negara kita sedangkan isu 
seperti pengeksportan-pembelian semula air Johor-Singapura dan hub logistik 
PTP-Senai-Pasir Gudang masih tertangguh dan belum selesai," kata beliau. 
        
        Sebab itulah, menurut ahli Umno itu, apa jua kenyataan yang positif 
yang dibuat oleh Lee Kuan Yew "dilihat sebagai 'meragukan' dan menimbulkan 
tanda tanya (adanya) 'udang disebalik batu' di kalangan penganalisa politik". 
        
        Jumaat lalu, Bernama melaporkan Lee Kuan Yew berkata pihaknya sedia 
bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Malaysia bagi membolehkan kedua-dua negara 
maju bersama. 
        
        Laporan Berita Harian Singapura lebih jelas lagi dari apa yang 
dilaporkan oleh Bernama. Berikut ialah petikan laporan akhbar itu: 
        Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew berkata Singapura akan meraih manfaat 
dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) namun pada jangka panjang 
Malaysia akan meraih manfaat lebih besar. 
        
        Oleh itu, Malaysia perlu merubah pemikirannya - daripada pandangan 
berasaskan persaingan dan kebencian terhadap Singapura kepada kerjasama dan 
sedia menerima negara ini. 
        
        Apatah lagi, Malaysia mempunyai bakat dan sumber tenaga lebih luas 
berbanding Singapura. 
        
        Encik Lee berkata, Singapura akan melakukan apa yang terdaya dan patut 
dilakukan untuk memastikan IDR berjaya. 
        
        'Soal siapa yang akan dapat lebih manfaat (daripada projek IDR), 
sejarah akan menentukannya,' kata Encik Lee semasa ditemui media di Istana 
semalam. 
        
        Kenyataan beliau adalah sebagai mengulas lebih lanjut komen yang 
dibuatnya dalam satu sidang Institut Pengajian Dasar, tengah hari semalam, 
tentang adakah Singapura memerlukan kawasan pedalaman, seperti Malaysia, untuk 
berkembang sebagai sebuah kota jagat. 
        
        Kenyataan itu amat jelas bagai memujuk rakyat Malaysia supaya mengundi 
Barisan Nasional. Maklumlah, parti itu dikuasai oleh sahabat Lee sendiri, 
Abdullah. 
        
        Lebih dari itu, Malaysia kononnya akan "meraih manfaat lebih besar". 
        
        Tidak hairanlah kalau Mahfuz menyeru rakyat supaya bangkit 
beramai-ramai menentang Barisan Nasional yang dipimpin Abdullah yang semakin 
dituduh menjadi khadam suruhan Singapura dan agen-agennya di negara ini. 
        
        Tindakan itu wajib dilakukan rakyat negara ini, kata beliau lagi, bukan 
sahaja kerana apa yang didakwa sebagai penyerahan wilayah Malaysia kepada 
Singapura. 
        
        Malah, pengambilalihan syarikat-syarikat Singapura ke 
atassyarikat-syarikat strategik negara ini telahpun sampai ke peringkat yang 
parah dan akan memusnahkan negara ini - antaranya termasuk pengambilalihan 
Pantai oleh Parkway; pembelian sebahagian kepentingan AirAsia, Proton Holdings 
Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian 
Plantations Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan 
tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui 
Hutchison Ports Holdings. 
        
        Agaknya sebab itulah beberapa anak muda yang ditemui ketika menanti 
pembebasan beberapa pemimpin dan aktivis yang ditangkap di hadapan penjara Pudu 
baru-baru ini mendakwa, "kalau undi Barisan Nasional, Singapura akan perintah 
Malaysia"!    


        (BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
        
        
        HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
        Lawati laman 10November <http://10nov.himpunan.info/>  di 
http://10nov.himpunan.info/
        Lawati laman Bersih <http://bersih.org/>  di http://bersih.org/ 

          
          _____  
        
        Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try 
it now. 
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ>
  




         

Kirim email ke