http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12736&Itemid=28

                   SPR cuba banyakkan 'menang tanpa bertanding' di pihak BN?

                                             Tarmizi Mohd Jam      
         Mon | Feb 25, 08 |  8:07:00 pm MYT                               
APABILA Pengawai Pengurus Pilihan raya bagi Parlimen Titiwangsa enggan 
memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah 
terdapat "sesuatu isu" tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu. 
--> 
Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas 
tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau 
membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan. 
Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon 
BN, Dato' Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi 
mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas 
pencalonannya. 
Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan 
menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena. 
Maknanya, borang itu tiada duti stem yang boleh membawa kepada kertas 
pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 
Februari 2008). 
Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang 
deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga 
ditangani penuh prajudis. 
 PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN 
dijelaskan melalui sekeping cek. 
Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai 
sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan 
tersebut. 
 Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek 
tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu. 
Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek 
tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek. 
Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka 
barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka 
tiada penghantaran produk dilakukan. 
Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit 
tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar 
sekelip mata. 
 Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit 
itu dibayar menggunakan bank draf. 
 Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang 
sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut. 
Di manakah nilainya sebuah "bantahan" jika si pembantah tidak dapat mempastikan 
hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang 
sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah. 
 Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang 
semudah itu? 
Inilah satu lagi "ketololan" Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan 
orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan 
bebas yang tidak bebas ini! 
 Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN 
tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. 
Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas 
pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini 
katanya, kehendak perundangan! 
Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak 
"gila" maka Dr. Lo' Lo' Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut 
diistihar menang tanpa bertanding. 
Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak 
mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan 
pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu. 
Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan 
duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 
yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu. 
 Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula 
mengeluarkannya? Lakukah surat itu? 
Ini persoalan baru di sebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih 
banyak "nyawa calon" dari BN jika ia terus dilaksanakan. 
BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab 
itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan. 
Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan 
perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat! 
Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka 
pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN 
yang tidak berdutisetem. 
Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" 
oleh Mahfuz Omar... Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi 
di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu. 
Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu 
yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan 
BN. 
 Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik 
mengisi kepentingan tuannya dari BN!    
              
    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
-->           ');    document.write('Tutup tetingkap');    document.write('
');    //-->    Tutup tetingkap
       

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke