http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12867&Itemid=28
Masjid Kristal lambang kejatuhan BN di Terengganu
Awang Harun
Sat | Mar 01, 08 | 3:38:02 pm MYT KUALA
TERENGGANU, 1 Mac (Hrkh) - Kemewahan serta pembaziran yang dilakukan oleh
pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu hari ini merupakan
lambang kejatuhan.
-->
Pembinaan Masjid Kristal, pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) serta
penganjuran Piala Monsun bernilai ratusan juta itu sebenarnya lambang bagi
kejatuhan kerajaan Barisan Nasional di Terengganu.
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata pembinaan replika-replika di
Taman Tamadun Islam (TTI) yang menelan belanja ratusan juta itu lambang
kejatuhan kerajaan BN.
"Taj Mahal antara benda ajaib di dunia lambang kejatuhan kerajaan Monghul di
India dan Masjid Kristal juga lambang kejatuhan kerajaan BN di Terengganu,"
ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena PRU Ke-12, di
Pengadang Baru, semalam.
Katanya, kemewahan, pembaziran melampau yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN
Terengganu wajar dihentikan segera oleh rakyat di negeri ini.
Justeru, beliau yang juga calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu menggesa
agar rakyat sendiri yang menghentikan pembaziran tersebut.
Katanya, rakyat mempunyai kuasa dan rakyat menjadi 'hakim' yang akan
digunakan pada 8 Mac 2008 ini.
Menurutnya, pembangunan serta kemajuan negeri perlu tetapi pembangunan yang
membazir dan tidak memberi faedah kepada rakyat perlu ditolak.
Pada majlis tersebut turut berucap Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali serta calon-calon PAS yang
bertanding di Dewan Undanagn Negeri (Dun) Kuala Terengganu. - mns
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.