memang betul apa yang saudara katakan.
   
  adakah melayu terbela di bawah BN....
   
  semua angkara mereka yg tamak haloba bagai nak hidup lama hilang adat & 
agama.... semua mereka punya.
   
  tapi cuma satu pandangan saya jika inginkan barisan BA yang berlambangkan 
roket itu perlu nampak lebih telus tanpa mempertikaikan adat, budaya & agama 
islam, visi & misi serta agenda perjuangan mereka perlu lebih respect pada 
bangsa melayu dan agama islam itu sendiri.Bukan mengikisNya seperti Malaysia 
Malaysian dan kelantangan lim kit siang malam di parlimen yg mempertikaikan 
"apa semua utk melayu kaaa?" hak2 melayu sering di pertikaikan oleh geng2 yg 
seangkatan dengan dap! dap & pap adalah pengasas yg sama kalau kita tgk bangsa& 
agama kita di bawah pimpinan pap di singapore (temasik)adakah terbela atau di 
hina? jagan lupa & leka dengan gula2 yg diberi mereka..... sila pandang2 dan 
jeling2 sejarah kita,,,,,
   
  Wallah hu Alam.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
             Hi ALL MALAYSIAN,
   
  Tolong jangan marginised / categorized as melayu ke / cina ke atau india.. We 
are MALAYSIAN. HIDUP MALAYSIAN! 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
      Terima kasih atas correction tersebut dan saya tahu fakta tu. Ramai yg 
kata org Melayu tidak tahu menghargai Melayu tetapi bangsa apakah MCA? Bezanya 
cuma, dulu MCA-BN dan sekarang DAP-BA, masih CINA.
 
Dan sekarang ni ada pula yg kata, sejak DAP di Penang, rakyat tidak dibenarkan 
pakai tudung, azan x boleh dilaungkan dan banyak lagi. Saya menyeru pada rakan2 
yg menyebarkan berita begini, cukuplah, hentikan menyebar berita buruk begini. 
Abg saya imam dan kadi di Penang mengesahkah berita ini adalah palsu. Malahan 
jika sebelum ini pembesar suara di masjid rosak dan laungan azan tidak 
didengari tapi skrg pembesar suara dah ditukar pada yang baru. Kegiatan Agama 
tidak terganggu.
 
Sepatutnya isu perkauman dan Agama ini usah di permainkan. Yang saya sedih tu, 
yg buat cerita ni adalah bangsa [EMAIL PROTECTED] Mana perginya rasa cinta 
sesama kaum dan Agama. Mahukah kita melihat Malaysia yg kita cintai ini hancur 
kerana kebiadaban dan kesilapan kita sendiri.  


    
---------------------------------
  To: [email protected]
From: 
Date: Sun, 23 Mar 2008 20:35:05 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] MELAYU... CINA... INDIA.... DALAM 1 
WADAH

          Assalamualaikum,
   
  Saya cuma hendak memperbetulkan sikit fakta saudara/i [EMAIL PROTECTED] 
Sebenarnya PP tidak pernah diperintah oleh MCA. Ianya diperintah oleh parti 
GERAKAN yg asalnya adalah parti pembangkang & kemudiannya menyertai BN apabila 
menang pd tahun 1969. Sekian..


  ----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, March 18, 2008 3:17:16 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] MELAYU... CINA... INDIA.... DALAM 1 WADAH

      Assalamualaikum. .
   
  Sekarang ni, mana-mana bercertia tentang politik. Isu yang paling hangat 
diperkatakan ialah pemansuhan DEB oleh KM Pulau Pinang dan MB Selangor juga 
mengatakan bahawa DEB ini sudah tidak relevan.
   
  Pembaca semua, di Malaysia ini bangsa yang paling ramai ialah [EMAIL 
PROTECTED], diikuti CINA, kemudian INDIA. Keistimewaan hak bangsa MELAYU dan 
KESULTANAN MELAYU tiada siapa boleh pertikaikan, di dalam perlembagaan negara 
juga telah termaktub. Lalu kenapa isu KEISTIMEWAAN ini diperbesarkan? Kenapa 
isu ini di panjangkan sehingga boleh mendatangkan kebencian antara kaum? 
Sehingga ada yang mengatakan bangsa MELAYU yang memilih BA adalah bangsa yang 
tidak tahu mengenang sejarah, bangsa yang tidak cintakan MELAYU itu sendiri.
   
  Saya ingin bertanya kepada mereka yang berpendapat begini, jika benar anda 
cintakan bangsa MELAYU, adakah anda hanya akan mendiamka diri walau kehancuran 
itu dilakukan oleh bangsa MELAYU itu sendiri?. Adakah anda akan mengikut 
pepatah Melayu “BIAR MATI ANAK TETAPI JANGAN MATI ADAT”.  Sememangnya ADAT itu 
harus dijunjung tetapi sekiranya ANAK dibiarkan mati, siapakah yang akan 
meneruskan ADAT tersebut? 
   
  Saya sendiri berbangsa [EMAIL PROTECTED], sememangnya saya amat menyanjung 
tinggi keturunan saya dan agama ini. Tetapi saya berpendapat, apa yang 
diperkatakan oleh KM Pulau Pinang dan MB Selangor itu ada benarnya. Tujuan asal 
DEB yang murni itu telah lama tersasar. DEB dilihat hanya memberi keuntungan 
kepada sesetengah pihak sehingga mengaut kemewahan yang melimpah ruah, 
sedangkan antara tujuan asal iaitu untuk membasmi kemiskinan masih berada di 
tahap yang rendah, malahan rasuah semakin kritikal, kronism semakin berleluasa. 
Kenapa apabila KM Pulau Pinang mengatakan bahawa beliau akan menjalankan tender 
terbuka ramai yang mengamuk? Kenapa apabila MB Selangor mengatakan bahawa DEB 
sudah ketinggalan dan harus dikaji, ramai yang memberontak? Cubalah buka minda 
anda.... bukankah tujuan KM PP itu mmg bagus. Tender terbuka, dilihat lebih 
luas, ini bermakna keadilan sama rata untuk semua bangsa. Yang saya hairankan, 
kenapa ada pandangan yang mengatakan bahwa idea tender terbuka ini
 akan menyebabkan bangsa MELAYU terpinggir? Sehingga ada yang mengatakan bahawa 
PKR dan PAS adalah alat DAP untuk menghancurkan bangsa MELAYU. Tidakkah kita 
terfikir, MB Selangor, MB Perak, MB Kedah dan MB Kelantan adalah berbangsa 
MELAYU@ ISLAM, dan saya percaya mereka juga tidak akan membiarkan bangsa MELAYU 
hilang dimuka bumi ini, dan ISLAM itu hancur.  
   
  Sebelum PP jatuh di tangan DAP, siapakah yang memerintah PP berbelas tahun? 
Jawapannya MCA, dan bangsa apakah mereka itu? Tentunya CINA, dan terbela 
sangatkah nasib bangsa MELAYU disana? Adakah hanya kerana MCA itu di bawah BN, 
maka nasib orang MELAYU dijamin terbela 100%? Demonstrasi jalanan yang diketuai 
oleh Dato’ dalam BN, saya nak bertanya, jika anda pembela nasib orang MELAYU 
yang sebenarnya, kenapa di PULAU MUTIARA itu, 80% perniagaan dimonopoli oleh 
bangsa CINA? Kenapa bangsa MELAYU hanya dilihat diceruk kampung dan desa? 
   
  Teman-teman sekelian, pada minggu yang lepas, di tempat saya telah diadakan 
jamuan untuk meraikan kejayaan BA. Ramai yang datang, saya turut hadir bersama 
keluarga. Sebelum ni, kita telah dengar byk cerita yang dimainkan oleh media 
bahawa dengan memilih BA, permusuhan kaum akan berlaku. Tetapi telahan tersebut 
salah. Saya melihat kaum MELAYU, CINA & INDIA masih aman di majlis tersebut. 
Malah ada yang duduk semeja berrbual dan makan bersama. Saya sendiri duduk 
semeja dgn seorang uncle berbangsa CINA. Rupa-rupanya dalang isu perkauman ini 
adalah orang MELAYU di dalam BN yang tidak boleh menerima kekalahan. Sebab itu 
apabila MCA kalah, KOH TSU KOON dengan rela mengundur diri dan terima kekalahan 
dengan hati terbuka tetapi orang MELAYU yang kalah di dalam BN, terus berkokok 
tanpa henti, sedangkan apa yang patut mereka lakukan seperti perbaiki kelemahan 
yang ada, pertingkatkan apa yang kurang, telah diabaikan. Malahan membangkitkan 
pula isu-isu yang tidak relevan.  Di waktu
 ini, rakyat bukan mahu melihat siapa yang lantang berkokok tetapi apa yang 
rakyat inginkan ialah pemimpin yang boleh bekerja, berintelektual, adil, amanah 
dan sanggup berkorban untuk rakyat. Ini tidak, asyik2 yang dilaungkan ialah 
KERAJAAN TELAH MEMBERI SUBSIDI yang banyak, asyik2 isu pembangunan. Bolehkah 
perut kita kenyang dengan hanya melihat bangunan tinggi melangit? Dan bolehkah 
orang miskin makan sekiranya harga barang semakin meningkat? Sememangnya harga 
minyak di peringkat antarabangsa meningkat, tetapi bukankah Malaysia ini negara 
pengeluar minyak, lalu di mana hasil minyak tersebut sekiranya poket rakyat 
sentiasa tergugat.
   
  Hari ini kita memilih BA sebagai pemimpin di beberapa buah negeri, tapi ini 
tidak bermakna BA boleh senang-lenang dan bermegah dengan kemenangan ini. Apa 
yang harus BA lakukan ialah buktikan bahawa pimpinan mereka adalah pimpinan 
yang disukai rakyat, jika tidak, BA juga akan menerima nasib yang sama seperti 
pilihanraya yang baru lepas ni. Untuk BN pula, kekalahan ini tidak bermakna 
mereka sudah tewas. Apa yang penting BN harus bangkit dan tunjukkan kematangan 
mereka dalam menghadapi kekalahan ini. Untuk media pula, TV1, TV2, TV3, radio, 
suratkhabar, sepatutnya individu-individu di dalam media harus bersikap lebih 
telus dan adil. Usah lah jadi seperti lalang, ditiup kiri, ke kirilah anda, di 
tiup kanan maka ke kanan lah anda. 
   
  Auduhai teman-teman. .. biar di mana kita berada, Agama itu harus dijunjung. 
Agama tidak mengenal bangsa, MELAYU. CINA, INDIA, BUGIS dan bangsa apa sekali 
pun. Lalu, KETUANAN  MELAYU ini usah kita bicarakan lagi. ISLAM itu bersifat 
UNIVERSAL, diturunkan oleh ALLAH S.W.T untuk manusia di muka bumi ini. Yang 
harus kita pertahankan adalah AGAMA ISLAM itu sendiri kerana itulah yang akan 
di HISAB di mahkamah Allah nanti. 
   
   
   
   
   
   

Blog it to your Space with Live Writer! Windows Live Writer 

  



  
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 






  
---------------------------------
  Get your free suite of Windows Live services! Windows Live   



    
---------------------------------
  Special deal for Yahoo! users friends - No Cost. Get a month of Blockbuster 
Total Access now  

                           

       
---------------------------------
Special deal for Yahoo! users & friends - No Cost. Get a month of Blockbuster 
Total Access now

Kirim email ke