Assalamualaikum,

Saya cuma hendak memperbetulkan sikit fakta saudara/i [EMAIL PROTECTED] 
Sebenarnya PP tidak pernah diperintah oleh MCA. Ianya diperintah oleh parti 
GERAKAN yg asalnya adalah parti pembangkang & kemudiannya menyertai BN apabila 
menang pd tahun 1969. Sekian..


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, March 18, 2008 3:17:16 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] MELAYU... CINA... INDIA.... DALAM 1 WADAH

Assalamualaikum. .
 
Sekarang ni, mana-mana bercertia tentang politik. Isu yang paling hangat 
diperkatakan ialah pemansuhan DEB oleh KM Pulau Pinang dan MB Selangor juga 
mengatakan bahawa DEB ini sudah tidak relevan.
 
Pembaca semua, di Malaysia ini bangsa yang paling ramai ialah [EMAIL 
PROTECTED], diikuti CINA, kemudian INDIA. Keistimewaan hak bangsa MELAYU dan 
KESULTANAN MELAYU tiada siapa boleh pertikaikan, di dalam perlembagaan negara 
juga telah termaktub. Lalu kenapa isu KEISTIMEWAAN ini diperbesarkan? Kenapa 
isu ini di panjangkan sehingga boleh mendatangkan kebencian antara kaum? 
Sehingga ada yang mengatakan bangsa MELAYU yang memilih BA adalah bangsa yang 
tidak tahu mengenang sejarah, bangsa yang tidak cintakan MELAYU itu sendiri.
 
Saya ingin bertanya kepada mereka yang berpendapat begini, jika benar anda 
cintakan bangsa MELAYU, adakah anda hanya akan mendiamka diri walau kehancuran 
itu dilakukan oleh bangsa MELAYU itu sendiri?. Adakah anda akan mengikut 
pepatah Melayu “BIAR MATI ANAK TETAPI JANGAN MATI ADAT”.  Sememangnya ADAT itu 
harus dijunjung tetapi sekiranya ANAK dibiarkan mati, siapakah yang akan 
meneruskan ADAT tersebut? 
 
Saya sendiri berbangsa [EMAIL PROTECTED], sememangnya saya amat menyanjung 
tinggi keturunan saya dan agama ini. Tetapi saya berpendapat, apa yang 
diperkatakan oleh KM Pulau Pinang dan MB Selangor itu ada benarnya. Tujuan asal 
DEB yang murni itu telah lama tersasar. DEB dilihat hanya memberi keuntungan 
kepada sesetengah pihak sehingga mengaut kemewahan yang melimpah ruah, 
sedangkan antara tujuan asal iaitu untuk membasmi kemiskinan masih berada di 
tahap yang rendah, malahan rasuah semakin kritikal, kronism semakin berleluasa. 
Kenapa apabila KM Pulau Pinang mengatakan bahawa beliau akan menjalankan tender 
terbuka ramai yang mengamuk? Kenapa apabila MB Selangor mengatakan bahawa DEB 
sudah ketinggalan dan harus dikaji, ramai yang memberontak? Cubalah buka minda 
anda.... bukankah tujuan KM PP itu mmg bagus. Tender terbuka, dilihat lebih 
luas, ini bermakna keadilan sama rata untuk semua bangsa. Yang saya hairankan, 
kenapa ada pandangan yang mengatakan bahwa idea
 tender terbuka ini akan menyebabkan bangsa MELAYU terpinggir? Sehingga ada 
yang mengatakan bahawa PKR dan PAS adalah alat DAP untuk menghancurkan bangsa 
MELAYU. Tidakkah kita terfikir, MB Selangor, MB Perak, MB Kedah dan MB Kelantan 
adalah berbangsa MELAYU@ ISLAM, dan saya percaya mereka juga tidak akan 
membiarkan bangsa MELAYU hilang dimuka bumi ini, dan ISLAM itu hancur.  
 
Sebelum PP jatuh di tangan DAP, siapakah yang memerintah PP berbelas tahun? 
Jawapannya MCA, dan bangsa apakah mereka itu? Tentunya CINA, dan terbela 
sangatkah nasib bangsa MELAYU disana? Adakah hanya kerana MCA itu di bawah BN, 
maka nasib orang MELAYU dijamin terbela 100%? Demonstrasi jalanan yang diketuai 
oleh Dato’ dalam BN, saya nak bertanya, jika anda pembela nasib orang MELAYU 
yang sebenarnya, kenapa di PULAU MUTIARA itu, 80% perniagaan dimonopoli oleh 
bangsa CINA? Kenapa bangsa MELAYU hanya dilihat diceruk kampung dan desa? 
 
Teman-teman sekelian, pada minggu yang lepas, di tempat saya telah diadakan 
jamuan untuk meraikan kejayaan BA. Ramai yang datang, saya turut hadir bersama 
keluarga. Sebelum ni, kita telah dengar byk cerita yang dimainkan oleh media 
bahawa dengan memilih BA, permusuhan kaum akan berlaku. Tetapi telahan tersebut 
salah. Saya melihat kaum MELAYU, CINA & INDIA masih aman di majlis tersebut. 
Malah ada yang duduk semeja berrbual dan makan bersama. Saya sendiri duduk 
semeja dgn seorang uncle berbangsa CINA. Rupa-rupanya dalang isu perkauman ini 
adalah orang MELAYU di dalam BN yang tidak boleh menerima kekalahan. Sebab itu 
apabila MCA kalah, KOH TSU KOON dengan rela mengundur diri dan terima kekalahan 
dengan hati terbuka tetapi orang MELAYU yang kalah di dalam BN, terus berkokok 
tanpa henti, sedangkan apa yang patut mereka lakukan seperti perbaiki kelemahan 
yang ada, pertingkatkan apa yang kurang, telah diabaikan. Malahan membangkitkan 
pula isu-isu yang tidak
 relevan.  Di waktu ini, rakyat bukan mahu melihat siapa yang lantang berkokok 
tetapi apa yang rakyat inginkan ialah pemimpin yang boleh bekerja, 
berintelektual, adil, amanah dan sanggup berkorban untuk rakyat. Ini tidak, 
asyik2 yang dilaungkan ialah KERAJAAN TELAH MEMBERI SUBSIDI yang banyak, asyik2 
isu pembangunan. Bolehkah perut kita kenyang dengan hanya melihat bangunan 
tinggi melangit? Dan bolehkah orang miskin makan sekiranya harga barang semakin 
meningkat? Sememangnya harga minyak di peringkat antarabangsa meningkat, tetapi 
bukankah Malaysia ini negara pengeluar minyak, lalu di mana hasil minyak 
tersebut sekiranya poket rakyat sentiasa tergugat.
 
Hari ini kita memilih BA sebagai pemimpin di beberapa buah negeri, tapi ini 
tidak bermakna BA boleh senang-lenang dan bermegah dengan kemenangan ini. Apa 
yang harus BA lakukan ialah buktikan bahawa pimpinan mereka adalah pimpinan 
yang disukai rakyat, jika tidak, BA juga akan menerima nasib yang sama seperti 
pilihanraya yang baru lepas ni. Untuk BN pula, kekalahan ini tidak bermakna 
mereka sudah tewas. Apa yang penting BN harus bangkit dan tunjukkan kematangan 
mereka dalam menghadapi kekalahan ini. Untuk media pula, TV1, TV2, TV3, radio, 
suratkhabar, sepatutnya individu-individu di dalam media harus bersikap lebih 
telus dan adil. Usah lah jadi seperti lalang, ditiup kiri, ke kirilah anda, di 
tiup kanan maka ke kanan lah anda. 
 
Auduhai teman-teman. .. biar di mana kita berada, Agama itu harus dijunjung. 
Agama tidak mengenal bangsa, MELAYU. CINA, INDIA, BUGIS dan bangsa apa sekali 
pun. Lalu, KETUANAN  MELAYU ini usah kita bicarakan lagi. ISLAM itu bersifat 
UNIVERSAL, diturunkan oleh ALLAH S.W.T untuk manusia di muka bumi ini. Yang 
harus kita pertahankan adalah AGAMA ISLAM itu sendiri kerana itulah yang akan 
di HISAB di mahkamah Allah nanti. 
 
 
 
 
 
 



Blog it to your Space with Live Writer! Windows Live Writer 
 


      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Kirim email ke