WADAH ATAU APA KEJADAHNYA.....TIDAK MUNGKIN ADA SATU WADAH
yang aku nampak Melayu kehilangan dari segala segi tapi CINA atau India
bertambah dan terus memilliki apa yg kita lepaskan ..atau
hilang....agaknya melayu telah jadi sepet matanya
itu sebab tak nampak sandiwara di negara ini...
"...Cina bangun pagi
Melayu bangun Tengahari
India mengitung hari..."
Umat Melayu dan Umat Islam Sekalian,
".....antara kamu berbalah-balah yang rugi adalah kamu yang untung
adalah mereka...."
Mereka yg mengaku membela bangsa melayu serta Islam adalah pencabul kepada
bangsa dan agamanya
dan mereka yg mengaku harapan kepada bangsa melayu serta islam adah
perogol kepada bangsa dan agamanya
kesimpulan nya "kedua-dua pihak tidak boleh di harap.....mereka menjadi
alat kepada pengodam-
pengodam bangsa serta islam....terimalah hakikat ini.
carilah.................................
Kita perlukan pemimpin yg baru seperti mana Panglima Salahhudin al
ayubi(maaf ejaan mungkin salah)
untuk bangkit dan membersihkan bumi tanah jawi ini sepertimana kata
suzana dalam buku beliau
giliran melayu mengambil amanah ini
atau kata muhammad atta dalam buku Pemuda bani tamim.....keluaran 1999
golongan ini telah menyediakan tapak kepada perintis utk golongan ini
membawa sirih pulang ke gagang..
atau kata ulamak 12 kemerdekaan cara ini akan kekal utk tempoh 50tahun
adakah anda menanti atau berserta atau melihat atau berdiam diri atau
berusaha .......
anda boleh pilih golongan mana yang mahu........
untuk apa kalian ujud di alam ini.....??..kalian ada tugas atau sahaja
seronok di alam ini
tanyalah hati-hati kalian apa yang perlu anda lakukan.....dunia ini hanya
sementara usia mungkin 63tahun
apa yg telah kamu lakukan???
sambil lewa?sungguh-sungguh?ikut-ikut? atau dimana anda.................
tidakah kalian tidak terasa di hati akan kasihnya muhammad pada
umatnya.....,??
dimanakah umat Muhammad yg di kasihi Muhammad.??
percayalah....carilah...ketemulah...berusahalah....letakanlah pd tempat
sewajarnya hati-hati kalian.......
....
samsuddin samsuddin
Sent by: [email protected]
03/04/2008 10:17 AM
Please respond to
[email protected]
To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc
Subject
RE: Help Palestine [hidayahnet] MELAYU... CINA... INDIA.... DALAM 1 WADAH
memang betul apa yang saudara katakan.
adakah melayu terbela di bawah BN....
semua angkara mereka yg tamak haloba bagai nak hidup lama hilang adat &
agama.... semua mereka punya.
tapi cuma satu pandangan saya jika inginkan barisan BA yang berlambangkan
roket itu perlu nampak lebih telus tanpa mempertikaikan adat, budaya &
agama islam, visi & misi serta agenda perjuangan mereka perlu lebih
respect pada bangsa melayu dan agama islam itu sendiri.Bukan mengikisNya
seperti Malaysia Malaysian dan kelantangan lim kit siang malam di parlimen
yg mempertikaikan "apa semua utk melayu kaaa?" hak2 melayu sering di
pertikaikan oleh geng2 yg seangkatan dengan dap! dap & pap adalah pengasas
yg sama kalau kita tgk bangsa& agama kita di bawah pimpinan pap di
singapore (temasik)adakah terbela atau di hina? jagan lupa & leka dengan
gula2 yg diberi mereka..... sila pandang2 dan jeling2 sejarah kita,,,,,
Wallah hu Alam.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Hi ALL MALAYSIAN,
Tolong jangan marginised / categorized as melayu ke / cina ke atau india..
We are MALAYSIAN. HIDUP MALAYSIAN!
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Terima kasih atas correction tersebut dan saya tahu fakta tu. Ramai yg
kata org Melayu tidak tahu menghargai Melayu tetapi bangsa apakah MCA?
Bezanya cuma, dulu MCA-BN dan sekarang DAP-BA, masih CINA.
Dan sekarang ni ada pula yg kata, sejak DAP di Penang, rakyat tidak
dibenarkan pakai tudung, azan x boleh dilaungkan dan banyak lagi. Saya
menyeru pada rakan2 yg menyebarkan berita begini, cukuplah, hentikan
menyebar berita buruk begini. Abg saya imam dan kadi di Penang mengesahkah
berita ini adalah palsu. Malahan jika sebelum ini pembesar suara di masjid
rosak dan laungan azan tidak didengari tapi skrg pembesar suara dah
ditukar pada yang baru. Kegiatan Agama tidak terganggu.
Sepatutnya isu perkauman dan Agama ini usah di permainkan. Yang saya sedih
tu, yg buat cerita ni adalah bangsa [EMAIL PROTECTED] Mana perginya rasa cinta
sesama kaum dan Agama. Mahukah kita melihat Malaysia yg kita cintai ini
hancur kerana kebiadaban dan kesilapan kita sendiri.
To: [email protected]
From:
Date: Sun, 23 Mar 2008 20:35:05 -0700
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] MELAYU... CINA... INDIA.... DALAM
1 WADAH
Assalamualaikum,
Saya cuma hendak memperbetulkan sikit fakta saudara/i [EMAIL PROTECTED]
Sebenarnya PP tidak pernah diperintah oleh MCA. Ianya diperintah oleh
parti GERAKAN yg asalnya adalah parti pembangkang & kemudiannya menyertai
BN apabila menang pd tahun 1969. Sekian..
----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, March 18, 2008 3:17:16 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] MELAYU... CINA... INDIA.... DALAM 1
WADAH
Assalamualaikum. .
Sekarang ni, mana-mana bercertia tentang politik. Isu yang paling hangat
diperkatakan ialah pemansuhan DEB oleh KM Pulau Pinang dan MB Selangor
juga mengatakan bahawa DEB ini sudah tidak relevan.
Pembaca semua, di Malaysia ini bangsa yang paling ramai ialah
[EMAIL PROTECTED], diikuti CINA, kemudian INDIA. Keistimewaan hak bangsa MELAYU
dan KESULTANAN MELAYU tiada siapa boleh pertikaikan, di dalam perlembagaan
negara juga telah termaktub. Lalu kenapa isu KEISTIMEWAAN ini
diperbesarkan? Kenapa isu ini di panjangkan sehingga boleh mendatangkan
kebencian antara kaum? Sehingga ada yang mengatakan bangsa MELAYU yang
memilih BA adalah bangsa yang tidak tahu mengenang sejarah, bangsa yang
tidak cintakan MELAYU itu sendiri.
Saya ingin bertanya kepada mereka yang berpendapat begini, jika benar anda
cintakan bangsa MELAYU, adakah anda hanya akan mendiamka diri walau
kehancuran itu dilakukan oleh bangsa MELAYU itu sendiri?. Adakah anda akan
mengikut pepatah Melayu ?BIAR MATI ANAK TETAPI JANGAN MATI ADAT?.
Sememangnya ADAT itu harus dijunjung tetapi sekiranya ANAK dibiarkan mati,
siapakah yang akan meneruskan ADAT tersebut?
Saya sendiri berbangsa [EMAIL PROTECTED], sememangnya saya amat menyanjung
tinggi keturunan saya dan agama ini. Tetapi saya berpendapat, apa yang
diperkatakan oleh KM Pulau Pinang dan MB Selangor itu ada benarnya. Tujuan
asal DEB yang murni itu telah lama tersasar. DEB dilihat hanya memberi
keuntungan kepada sesetengah pihak sehingga mengaut kemewahan yang
melimpah ruah, sedangkan antara tujuan asal iaitu untuk membasmi
kemiskinan masih berada di tahap yang rendah, malahan rasuah semakin
kritikal, kronism semakin berleluasa. Kenapa apabila KM Pulau Pinang
mengatakan bahawa beliau akan menjalankan tender terbuka ramai yang
mengamuk? Kenapa apabila MB Selangor mengatakan bahawa DEB sudah
ketinggalan dan harus dikaji, ramai yang memberontak? Cubalah buka minda
anda.... bukankah tujuan KM PP itu mmg bagus. Tender terbuka, dilihat
lebih luas, ini bermakna keadilan sama rata untuk semua bangsa. Yang saya
hairankan, kenapa ada pandangan yang mengatakan bahwa idea tender terbuka
ini akan menyebabkan bangsa MELAYU terpinggir? Sehingga ada yang
mengatakan bahawa PKR dan PAS adalah alat DAP untuk menghancurkan bangsa
MELAYU. Tidakkah kita terfikir, MB Selangor, MB Perak, MB Kedah dan MB
Kelantan adalah berbangsa MELAYU@ ISLAM, dan saya percaya mereka juga
tidak akan membiarkan bangsa MELAYU hilang dimuka bumi ini, dan ISLAM itu
hancur.
Sebelum PP jatuh di tangan DAP, siapakah yang memerintah PP berbelas
tahun? Jawapannya MCA, dan bangsa apakah mereka itu? Tentunya CINA, dan
terbela sangatkah nasib bangsa MELAYU disana? Adakah hanya kerana MCA itu
di bawah BN, maka nasib orang MELAYU dijamin terbela 100%? Demonstrasi
jalanan yang diketuai oleh Dato? dalam BN, saya nak bertanya, jika anda
pembela nasib orang MELAYU yang sebenarnya, kenapa di PULAU MUTIARA itu,
80% perniagaan dimonopoli oleh bangsa CINA? Kenapa bangsa MELAYU hanya
dilihat diceruk kampung dan desa?
Teman-teman sekelian, pada minggu yang lepas, di tempat saya telah
diadakan jamuan untuk meraikan kejayaan BA. Ramai yang datang, saya turut
hadir bersama keluarga. Sebelum ni, kita telah dengar byk cerita yang
dimainkan oleh media bahawa dengan memilih BA, permusuhan kaum akan
berlaku. Tetapi telahan tersebut salah. Saya melihat kaum MELAYU, CINA &
INDIA masih aman di majlis tersebut. Malah ada yang duduk semeja berrbual
dan makan bersama. Saya sendiri duduk semeja dgn seorang uncle berbangsa
CINA. Rupa-rupanya dalang isu perkauman ini adalah orang MELAYU di dalam
BN yang tidak boleh menerima kekalahan. Sebab itu apabila MCA kalah, KOH
TSU KOON dengan rela mengundur diri dan terima kekalahan dengan hati
terbuka tetapi orang MELAYU yang kalah di dalam BN, terus berkokok tanpa
henti, sedangkan apa yang patut mereka lakukan seperti perbaiki kelemahan
yang ada, pertingkatkan apa yang kurang, telah diabaikan. Malahan
membangkitkan pula isu-isu yang tidak relevan. Di waktu ini, rakyat bukan
mahu melihat siapa yang lantang berkokok tetapi apa yang rakyat inginkan
ialah pemimpin yang boleh bekerja, berintelektual, adil, amanah dan
sanggup berkorban untuk rakyat. Ini tidak, asyik2 yang dilaungkan ialah
KERAJAAN TELAH MEMBERI SUBSIDI yang banyak, asyik2 isu pembangunan.
Bolehkah perut kita kenyang dengan hanya melihat bangunan tinggi melangit?
Dan bolehkah orang miskin makan sekiranya harga barang semakin meningkat?
Sememangnya harga minyak di peringkat antarabangsa meningkat, tetapi
bukankah Malaysia ini negara pengeluar minyak, lalu di mana hasil minyak
tersebut sekiranya poket rakyat sentiasa tergugat.
Hari ini kita memilih BA sebagai pemimpin di beberapa buah negeri, tapi
ini tidak bermakna BA boleh senang-lenang dan bermegah dengan kemenangan
ini. Apa yang harus BA lakukan ialah buktikan bahawa pimpinan mereka
adalah pimpinan yang disukai rakyat, jika tidak, BA juga akan menerima
nasib yang sama seperti pilihanraya yang baru lepas ni. Untuk BN pula,
kekalahan ini tidak bermakna mereka sudah tewas. Apa yang penting BN harus
bangkit dan tunjukkan kematangan mereka dalam menghadapi kekalahan ini.
Untuk media pula, TV1, TV2, TV3, radio, suratkhabar, sepatutnya
individu-individu di dalam media harus bersikap lebih telus dan adil. Usah
lah jadi seperti lalang, ditiup kiri, ke kirilah anda, di tiup kanan maka
ke kanan lah anda.
Auduhai teman-teman. .. biar di mana kita berada, Agama itu harus
dijunjung. Agama tidak mengenal bangsa, MELAYU. CINA, INDIA, BUGIS dan
bangsa apa sekali pun. Lalu, KETUANAN MELAYU ini usah kita bicarakan
lagi. ISLAM itu bersifat UNIVERSAL, diturunkan oleh ALLAH S.W.T untuk
manusia di muka bumi ini. Yang harus kita pertahankan adalah AGAMA ISLAM
itu sendiri kerana itulah yang akan di HISAB di mahkamah Allah nanti.
Blog it to your Space with Live Writer! Windows Live Writer
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Get your free suite of Windows Live services! Windows Live
Special deal for Yahoo! users friends - No Cost. Get a month of
Blockbuster Total Access now
Special deal for Yahoo! users friends - No Cost. Get a month of
Blockbuster Total Access now