syukran jazilan.

--- In [email protected], mion mohidi wrote:
>
> alhamdulillah.....
> semoga Allah swt senentiasa mencucuri rahmat dan hidayah Nya...
> terhadap saudari..........
> kerana jalan jalan itu penuh dengan duri & ranjau.....
> 
> ----- Mesej Asal ----
> Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
> Dihantar: Isnin, 7 April , 2008 9:34:24
> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Epilog cintaku
> 
> Aku berumur 20 tahun. Seorang perempuan 'complicated' dan sentiasa
> sibuk seperti tebuan. Gaya dan penampilanku selalu dititik beratkan
> supaya org mengenaliku dengan caraku ini. Apabila penampilan 
menarik,
> tidak hairanlah sekiranya lelaki-lelaki di institusiku mula cuba
> bergaul dan merapati aku. Jauh sekali aku suka kalau kawan-kawanku
> mengenaliku dan aku menjadi sebutan ramai di bibir lelaki ketika
> itu.Baik lelaki itu pelajar atau pensyarah,bujang, berkahwin atau
> duda, muda atau tua . Bangganya ketika itu. Aku suka bergaul dengan
> mereka dan aku merupakan salah satu pelajar yang aktif di
> institusiku. Gayaku selalu menarik pelbagai kaum lelaki juga yang
> cuba berkawan atau mengajak aku bercinta (cinta monyet). Baik
> melayu,india, cina,punjabi, arab,pakistan dan sebagainya. Tidak 
perlu
> aku risau sendirian, kerana aku pergi kemana-mana, ada sahaja kawan-
> kawanku ini sebagai teman yang selalu memberi sokongan atau tempat
> melepaskan pelbagai perasaan seperti marah,sedih, kecewa,gembira dan
> sebagainya. Tapi ini semua 5 tahun yang dahulu.. Dalam masa 5 tahun
> itu, aku mula menunjukkan simptom-simptom yang kadang-kadang menjadi
> persoalan di kepalaku tanpa kusedari atau menjadi satu tanda virus
> pada pemikiran-pemikiran sahabatku yang mengenaliku ketika kami
> bersosial atau menghabiskan masa dengan bersuka ria seperti remaja
> zaman milennium ini. Aku menjadi pendiam, pemarah dan mempunyai
> perasaan yang benci menggunung seperti gunung berapi. Aku menjadi
> sebegini kerana terlal banyak persoalan yang berlegar-legar di dalam
> fikiranku. Seribu satu perkara tidak kena. Disebabkan ini, aku telah
> melangkah satu kaki ke hadapan atau kebelakang dengan berkawan 
dengan
> orang-orang yang aku anggap dahulu tidak ada 'standard' atau tidak
> layak berkawan dengan aku. Semenjak itu aku mula mencari-cari 
jawapan
> dalam fikiranku dengan bergaul dengan pelbagai masyarakat tanpa aku
> rasa takut atau ragu-ragu ketika itu dan aku selalu pulang kerumah
> lewat atau memberi pelbagai alasan dalam pencarian yang aku 
nantikan.
> Dalam mencari jawapan atau longgarkan simpulan tali yang kerusut di
> celah-celah otakku,disinilah bermula masalahku dengan keluarga yang
> aku cinta. Mereka melihatku seperti seorang manusia yang telah
> dicemari dengan pelbagai virus sehinggakan mereka tidak mengenali 
aku
> siapa kerana perwatakan aku.Perwatakan yang cuba menegakkan benang
> yang basah atau sebaliknya kerana aku menolak segala nasihat atau
> ceramah dari mana-mana manusia. Aku dengan duniaku.Aku dengan 
diriku.
> Dan aku ..siapa aku????? Aku menjadi pendiam dan cuba elak dari
> manusia atau berpura-pura mempunyai teman rapat sedangkan dalam hati
> berkata, aku benci orang yang suka merapati diriku. Aku mula hanyut
> dalam duniaku tanpa kusedari. Aku berkata pada diriku, aku berkayuh
> tapi masih bocor dan masih hanyut dalam kayuhan aku. Aku termenung
> dan bertanya kembali, dimana silapku,desis hatiku. Aku semakin
> bertanya pada diri, otak aku berhenti berfikir,Aku cuba berfikir 
tapi
> otakku seperti paip yang dibuka tapi tiada air. Lantas aku 
perhatikan
> jari-jemariku. Aku melihat corak atau jalur dijari-jariku. Dari
> sehari ke sehari, aku cuba menyelesaikan masalahku tapi
> tiada 'output'. Kalau dalam mesyuarat sesuatu organisasi atau apa-
> apa 'event', aku akan menjadi orang pertama dalam memberi pelbagai
> cadangan dan pendapat atau kritik. Tetapi, aku menjadi sebaliknya.
> Aku menjadi bisu dan hanya senyuman sahaja dapatku berikan. Aku
> menjadi gusar dan gelisah dengan diriku. Ibuku sentiasa mendengar
> luahanku tapi cara pemikiran atau cara penyelesaiannya bukan itu 
yang
> ku dengar. 'Complicated' . "Hello . Apa khabar sayang? Kenapa dah 
tak
> call? Are you okay?Are you avoiding me?", telefon bimbit yang 
kujawab
> membuatkan kepala aku runsing sedangkan aku sentiasa gembira apabila
> mendengar suara kekasihku. Penyejuk atau menolongku dalam
> menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Timbullah satu perasaan dari
> hati secara tiba-tiba dan aku berkata kepadanya... "Assalamualaikum.
> I am fine. Sayang, i nak break. Boleh tak? I am so sorry,i just want
> to be alone.", aku mengatakannya dengan nada suara yang sedih ,sebak
> dan semua perasaan jadi seperti orang gila. "Betullah apa orang 
kata,
> you ni playgirlkan. I doubt it. Mesti ada orang lain. And 
you...",aku
> terus letak telefon. Aku menjadi bingung dan tiada perasaan atau 
rasa
> apa-apa ketika itu. Aku seperti berangan tapi kosong.
> Airmata... "Boleh awak berjumpa dengan saya di bilik?",kata
> pensyarahku ketika aku hendak pulang ke asrama. Di bilik En Lutfi
> (Bukan nama sebenar), dia menyuruhku duduk di kerusi berhadapan
> dengan mejanya. Dia melihat wajahku dengan berwajahkan muka yang
> serius. Aku menjadi kaget. "Awak ada masalahke?Saja saya nak tahu
> dari awak sebab muka awak atau dalam kelas you are not last time as 
i
> know you before. Suka menyendiri. Kenapa?". Aku melihat mejanya dan
> aku melihat mukanya dan aku mula terasa malas nak layan. Aku tak 
suka
> dikaunsel atau seumpamanya. Kemudian, dia melihat pada pokok 
hijaunya
> yang makin lama makin layu. Dia seperti mencari helah atau idea 
dalam
> bicara denganku lebih lagi.
> 
> "Awak perempuan. Awak ada keunikan tersendiri. tapi sayang sekiranya
> saya katakan awak tidak menggunakannya atau awak tidak nampak.Awak
> mencari sesuatu ke? Awak 'fail' lagi sekali dalam paper saya tapi
> saya luluskan juga."
> 
> Aku amati mukanya. Entah kenapa aku rasa nak nangis. Aku jarang
> sekali menangis. Aku cuba mengawalnya dan meletakkan ego yang tinggi
> dalam hati ini. Tiba-tiba airmataku keluar juga dan aku menangis
> teresak-esak di dalam pejabatnya. Dan dalam tangisan tu, aku seperti
> menyuarakan segala masalahku dalam tangisan dan aku menangis dan
> menangis bila hati rasa susah nak diceritakan dan buntu.
> 
> Aku terus berlalu seperti biasa. Aku paling benci menangis dihadapan
> orang. Aku akan 'stay away' dan aku akan pergi begitu sahaja. Dalam
> perjalananku untuk pulang ke asrama, aku singgah sebentar di masjid.
> Which is , aku jarang atau kurang sangat pergi ke masjid. tapi, aku
> hanya pergi dan duduk di bahagian muslimah dalam masjid, dan aku
> termenung. Apabila azan berkumandang, aku menangis lagi dan kali ini
> aku sujud dan aku pukul-pukul lantai dan menyalahi diri aku ,Allah
> atau sesiapa sahaja ketika aku bersedih dan dalam kesedihan itu aku
> bertanya dan bertanya dan marah kepada Allah swt.
> 
> Ustazku,Sesatku. ..
> 
> Seorang imam yang ku hormat, kerana namaku seperti golongan ahlul
> bayt, dia mengambilku atau melayanku seperti seorang anak. Dia
> dirikannya sebagai ayahanda dan aku adalah anakanda. Seorang lelaki
> yang mempunyai banyak anak angkat,peramah, lemah lembut dan nampak
> seperti seorang yang hebat, tapi sebenarnya ada juga kekurangan di
> dirinya. Aku tak boleh nak terima atau percaya. Seorang ustaz atau
> imam mempunyai masalah pada hati mereka. Kaunselar yang bagus bagi
> pelajar-pelajar tetapi dia juga perlukan khidmat yang sama pada
> hatinya.
> 
> Aku membuat taktik seperti dahulu untuk mengetahui sikap seorang
> lelaki. Dalam perbualan kami setiap hari, aku dapat melahirkan 
dengan
> sebuah kesimpulan. dan kesimpulan itu membuatkan aku tidak percaya
> pada ustaz atau imam. Baru aku tahu kenapa dia selalu merapati 
dengan
> aku dan seumpamanya. Rupa-rupanya, dia cuba untuk mentarbiyyahkan 
ku.
> Dan baru aku mengerti kenapa dia hadiahkan tudung labuh atau 
beberapa
> analogi untuk aku berfikir dan analisa, rupa-rupanya dia melihat
> kekurangan atau jawapan yang aku perlukan tapi aku tidak ketemui.
> 
> Aku mula berjinak-jinak dgn apa yang ayahanda ku sampaikan.Cuma aku
> tidak tunjuk perubahan pada diri aku sebab aku tidak suka orang
> melihatku pelik. Sememangnya aku tidak suka menjadi muslimah. Kerana
> ramai muslimah, seperti talam dua muka. itu adalah anggapanku ketika
> itu.
> 
> Namun, dalam pencarian hidayah yang aku inginkan, pada masa yang
> sama, teman serumah dengan aku telah melihat perkara ini sejak awak
> lagi. orang pertama yang rapat denganku dan cuba tarbiyyahkanku
> sejak menjejak kaki di institusi tu adalah wati(bukan nama sebenar).
> Aku tahu dia terluka atau sakit hati bila aku mengeluarkan kata-kata
> yang aku tidak suka. Tapi dalam tidak suka itu, dia sentiasa
> menegurku dengan senyuman, dan aku sendiri tahu senyuman itu 
hanyalah
> buatan semata-mata. Dia mengetahui aku mencari sesuatu apabila aku
> bertanyakan penampilan dia mencuri mataku. Aku walaupun benci pada
> muslimah tapi aku hormat dalam melihat tingkahlaku atau pakaian yang
> aku bila aku melihatnya aku merasa tenang.
> 
> Aku terdiam atau airmata sentiasa mengalir pada setiap malam.
> Bagaikan pungguk rindukan bulan. Apa yang dirindu.Aku tidak 
mengerti.
> Aku buntu. Wati sentiasa datang ke bilikku dan sentiasa membuat aku
> tersenyum dan gelak. Pada malam tu, aku menceritakan semua 
masalahku,
> seperti seorang adik ceritakan masalahnya pada seorang kakak. Aku
> sentiasa anggapkan adik-adik angkat ku itu seperti seorang kakak.
> Bukan aku perasan tapi aku cuba menggantikan perasaan kasih syg yang
> kuharapkan dari kakak-kakakku dengan menganggap adik-adikku adalah
> seperti kakakku. daripada itu kami mesra dan pelbagai cerita aku
> dapat berkongsi.
> 
> Bila aku menceritakan masalahku, wati faham. Dia membimbingku
> perlahan-lahan dengan menceritakan pergaulan perempuan dengan 
lelaki.
> Seperti, telefon,mata ke mata, suara, pakaian dan semuanya yang 
perlu
> dia sampaikan kepadaku. dan Alhamdulillah aku menerimanya cuma aku
> merangkak. Perlunya ada tukul untuk diketuk pada paku. Susah...
> 
> Aku Cinta Padamu..
> 
> Aku dari dulu atau aku rasa was-was pada ustaz,aku akan uji dengan
> psikologi dan melihat perasaan mereka, kejujuran atau keikhlasan 
atau
> adakah mereka memahami dalam menjadi seperti seorang ustaz yang
> telahpun belajar selok belok haram dan halal seperti yang termaktub
> dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ataupun gelaran itu hanya seperti
> gelaran kosong semata-mata.
> 
> Aku semakin berubah dalam masa 5 tahun itu, aku berubah dan
> alhamdulillah orang melihatku seperti seorang muslimah.Cuma perlu
> digilapkan lagi agar sentiasa istiqamah dalam mengharungi pelbagai
> ujian dan dugaan. Aku juga bersyukur apabila lelaki atau perempuan
> yang membenciku kerana sifat sosialku, mula memanggilku dengan nama
> seperti huurun Ain, Aisyah dan sebagainya.Dimana, aku tidak perlukan
> pujian itu, kerana aku perlukan cintaku.
> 
> Pelbagai buku aku beli dalam menjadi muslimah sejati. Pernah juga 
aku
> mengharapkan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar mengerti 
sistem
> islam dan memahami konsep Islam agar dia boleh membimbingku serta
> bersama-sama dalam membentuk seperti apa yang hatiku kehendaki. 
Cuma,
> dalam mencapai impianku, aku perlu cintakan diriku terhadap apa yang
> aku belajar dalam tarbiyyahku. Perlahan-lahan aku berkayuh dalam
> mengejar atau cuba mencari lagi jawapan yang aku inginkan.
> 
> Tapi sayang, tidak sesiapa memahamiku dalam mencari cintaku dalam
> perjalananku. Cintaku dalam mengubahkan diriku terhadap kekasihKU.
> Bila aku tahu atau yakin dan hati aku rasa tenang, rasa satu badan
> ringan dan semakin lama semakin kusutan di otakku teurai satu
> persatu. Baru aku tahu, aku cinta padaNya.
> 
> Kini..
> 
> Aku tunduk dan terdiam. Pipiku basah lagi dengan linangan airmata.
> Cuma kali ini, aku tersenyum. Baru aku sedar siapa diri aku ini. 
Baru
> aku tahu kenapa aku jadi macam orang gila dan kenapa aku jadi jahat
> dahulu dan kemudian mendapat hidayah dalam pelbagai rintangan.
> Seperti menyelesaikan teka teki. Cuma teka teki itu makan masa
> beberapa minggu,bulan ataupun tahun. Aku melihat perubahan diriku
> ini. Alhamdulillah. .
> 
> Bila aku melihat ada orang seperti hidupku atau seperti zaman
> jahiliyyah, aku secara tiba-tiba terasa tahu perkara itu salah dan
> aku ingin membantunya. Aku pernah melalui jalan gelap itu, aku tak
> nak kawan-kawan aku mengikuti jalan panjang dan gelap itu. Aku nak
> bantu dengan menunjukkan jalan yang senang dan selamat dan 
ada 'short
> cut'.
> 
> Tapi sayang seribu kali sayang, niatku selalu disalahertikan atau
> sejarah masa silamku menjadi punca bagi mereka tidak memahami niatku
> ini. Ikhlas tak boleh dikata kerana ianya dari hati dan Allah sahaja
> yang tahu. Cuma aku tak tahu kenapa,aku tidak endah pada perkataan
> ikhlas itu, aku tetap ikhlas dan ikhlas kerana Allah untuk membantu
> mereka. Aku tidak mahu mereka hanyut seperti aku,kayuh dan kayuh 
tapi
> hanyut juga. Aku bukan nak buat apa-apa..aku hanya ingin berkongsi.
> Salahkah aku?
> 
> Tarbiyyah..daurah. ....
> 
> Kini, aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Fikiranku asyik 
berfikir
> tetapi aku sorang-sorang dalam bersemangat sehinggakan aku pernah
> tersenyum kerana geli hati bila aku cuba menyusun strategi aku
> sendiri. Hanya bilik ini dan aku dan suasana ini yang memahami aku
> atau kalau mereka ini orang, mereka mesti tahu bagaimana caraku
> berfikir. Entah kenapa, hati ini jadi tidak keruan. Aku perlu
> disirami.Tetapi tiada siapa ingin menyiramiku dengan air jernih yang
> penuh dengan organisma-organisma kecil yang berisikan dakwah atau
> mengajarku dengan ikhlas.aku bergerak sendirian dan hanya harap pada
> daurah.Setiap aku balik dari daurah,aku akan demam beberapa minggu.
> Kerana aku terlalu memikirkan sangat atau aku cuba memahami tetapi
> syg,pemikiranku tidaklah setaraf lagi dengan apa yang si pengucap
> harapkan. Kerana aku bergerak sendiri.
> 
> Apabila disoal, aku diperli kerana tidak tahu dan teman-teman
> seperjuanganku tersenyum sinis,gelak dan sebagainya,aku mula 
berfikir
> dan murung serta sedih kerana aku bersemangat cuma aku seperti tayar
> yang kembung tapi bila kena batu tajam, angin semangatku itu pancit.
> 
> Aku merenung pada orang sekelilingku, baik ustaz,isteri ustaz,anak-
> anak, ikhwah dan akhawat, ternyata aku jauh. Aku merenung siling 
yang
> kosong .Mataku mula menjadi seperti projektor. Dimana ianya
> diprojekkan dari pemikiranku. Pelbagai slide fikiranku lontarkan 
pada
> siling kosong itu.
> 
> Aku cuba letakkan diri aku dalam kelompok. Aku menilai diri.
> Letak 'grade'. Aku mula mendengar masalah orang, tup tap tup tap aku
> jatuh hati. Tapi aku tidak sengaja. Aku mengerti perasaan ini tiba
> kerana aku kasihankan padanya. Perasaan ini selalunya hadir secara
> otomatik bila ada perasaan simpati seperti yang tertera di dalam 
buku
> psikologi. oh..baru ku tahu.Idea memang senang, cakap mungkin 
senang,
> tetapi cara untuk interpretasikan atau menjadikannya sebuah realiti
> hanya Allah sahaja yang tahu.
> 
> Aku mengeluh dan tertekan dan airmata mengalir pilu. Insan seperti
> aku ini tidak berteman, belum masanya lagi,kerana aku tahu aku perlu
> mencari segala jawapan bagi persoalan yang kuutarakan di dalam
> fikiran ini.Pernafasan ku pernah terhenti. Kalau aku menutup mata 
dan
> Allah mengambilnya sekelip mata, sudah bersediakah aku dalam 
menjawab
> pertanyaanNya.
> 
> Aku takut menjadi seorang muslim yang mengambil atau pelajari
> Ilmuanya kemudian tinggalkan begitu sahaja. Habis madu sepah 
dibuang.
> Aku menggunakan ungkapan ini kerana aku anggapkan ilmu Allah itu
> untuk kepentingan diri aku. tidak ada reaksi selepas aku 
memahaminya.
> Biarkan begitu sahaja seperti penting diri sendiri. Manisan yang
> kurasa, perlu ku recycle dengan kawan-kawanku yang ketinggalam dan
> bukannya dibuang.
> 
> Nukilan dari,
> 
> Sharifah Natasha Syed Abdul Jalil.
> 
> Notts
> 
> 
> 
> 
> 
>       
_____________________________________________________________________
> Live Chat NOW!
> http://asia.yahoo.com/meetic/
>


Kirim email ke