a'SKUM,
wAHAI Sh.Nastasha....dalam kehidupan mmg byk dugaan dan cabaran hidup yang 
perlu kita
melaluinya... Yang penting cara mana kita nak mengatasinya..... Yang baik kita 
tambahkan kebaikannya...yang salah kita memperbaikikan nya.... What i can say 
to u.... Saya doakan semoga
u berjaya dan segala amalan kebaikan sh. diberkhati dan dirahmati Allah swt. 
Insyaallah.
Oh ya sh. we are in the same place where we come from Hydramaut.... U take care 
k...N' smile always... ... Al khadri



To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Mon, 7 Apr 2008 01:34:24 +0000Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] Epilog cintaku




Aku berumur 20 tahun. Seorang perempuan 'complicated' dan sentiasa sibuk 
seperti tebuan. Gaya dan penampilanku selalu dititik beratkan supaya org 
mengenaliku dengan caraku ini. Apabila penampilan menarik, tidak hairanlah 
sekiranya lelaki-lelaki di institusiku mula cuba bergaul dan merapati aku. Jauh 
sekali aku suka kalau kawan-kawanku mengenaliku dan aku menjadi sebutan ramai 
di bibir lelaki ketika itu.Baik lelaki itu pelajar atau 
pensyarah,bujang,berkahwin atau duda, muda atau tua . Bangganya ketika itu. Aku 
suka bergaul dengan mereka dan aku merupakan salah satu pelajar yang aktif di 
institusiku. Gayaku selalu menarik pelbagai kaum lelaki juga yang cuba berkawan 
atau mengajak aku bercinta (cinta monyet). Baik melayu,india,cina,punjabi, 
arab,pakistan dan sebagainya. Tidak perlu aku risau sendirian, kerana aku pergi 
kemana-mana, ada sahaja kawan-kawanku ini sebagai teman yang selalu memberi 
sokongan atau tempat melepaskan pelbagai perasaan seperti 
marah,sedih,kecewa,gembira dan sebagainya. Tapi ini semua 5 tahun yang dahulu.. 
Dalam masa 5 tahun itu, aku mula menunjukkan simptom-simptom yang kadang-kadang 
menjadi persoalan di kepalaku tanpa kusedari atau menjadi satu tanda virus pada 
pemikiran-pemikiran sahabatku yang mengenaliku ketika kami bersosial atau 
menghabiskan masa dengan bersuka ria seperti remaja zaman milennium ini. Aku 
menjadi pendiam, pemarah dan mempunyai perasaan yang benci menggunung seperti 
gunung berapi. Aku menjadi sebegini kerana terlal banyak persoalan yang 
berlegar-legar di dalam fikiranku. Seribu satu perkara tidak kena. Disebabkan 
ini, aku telah melangkah satu kaki ke hadapan atau kebelakang dengan berkawan 
dengan orang-orang yang aku anggap dahulu tidak ada 'standard' atau tidak layak 
berkawan dengan aku. Semenjak itu aku mula mencari-cari jawapan dalam fikiranku 
dengan bergaul dengan pelbagai masyarakat tanpa aku rasa takut atau ragu-ragu 
ketika itu dan aku selalu pulang kerumah lewat atau memberi pelbagai alasan 
dalam pencarian yang aku nantikan. Dalam mencari jawapan atau longgarkan 
simpulan tali yang kerusut di celah-celah otakku,disinilah bermula masalahku 
dengan keluarga yang aku cinta. Mereka melihatku seperti seorang manusia yang 
telah dicemari dengan pelbagai virus sehinggakan mereka tidak mengenali aku 
siapa kerana perwatakan aku.Perwatakan yang cuba menegakkan benang yang basah 
atau sebaliknya kerana aku menolak segala nasihat atau ceramah dari mana-mana 
manusia. Aku dengan duniaku.Aku dengan diriku. Dan aku ..siapa aku????? Aku 
menjadi pendiam dan cuba elak dari manusia atau berpura-pura mempunyai teman 
rapat sedangkan dalam hati berkata, aku benci orang yang suka merapati diriku. 
Aku mula hanyut dalam duniaku tanpa kusedari. Aku berkata pada diriku, aku 
berkayuh tapi masih bocor dan masih hanyut dalam kayuhan aku. Aku termenung dan 
bertanya kembali, dimana silapku,desis hatiku. Aku semakin bertanya pada diri, 
otak aku berhenti berfikir,Aku cuba berfikir tapi otakku seperti paip yang 
dibuka tapi tiada air. Lantas aku perhatikan jari-jemariku. Aku melihat corak 
atau jalur dijari-jariku. Dari sehari ke sehari, aku cuba menyelesaikan 
masalahku tapi tiada 'output'. Kalau dalam mesyuarat sesuatu organisasi atau 
apa-apa 'event', aku akan menjadi orang pertama dalam memberi pelbagai cadangan 
dan pendapat atau kritik. Tetapi, aku menjadi sebaliknya. Aku menjadi bisu dan 
hanya senyuman sahaja dapatku berikan. Aku menjadi gusar dan gelisah dengan 
diriku. Ibuku sentiasa mendengar luahanku tapi cara pemikiran atau cara 
penyelesaiannya bukan itu yang ku dengar. 'Complicated'. "Hello . Apa khabar 
sayang? Kenapa dah tak call? Are you okay?Are you avoiding me?", telefon bimbit 
yang kujawab membuatkan kepala aku runsing sedangkan aku sentiasa gembira 
apabila mendengar suara kekasihku. Penyejuk atau menolongku dalam menyelesaikan 
masalah yang aku hadapi. Timbullah satu perasaan dari hati secara tiba-tiba dan 
aku berkata kepadanya... "Assalamualaikum. I am fine. Sayang, i nak break. 
Boleh tak? I am so sorry,i just want to be alone.", aku mengatakannya dengan 
nada suara yang sedih ,sebak dan semua perasaan jadi seperti orang gila. 
"Betullah apa orang kata, you ni playgirlkan. I doubt it. Mesti ada orang lain. 
And you...",aku terus letak telefon. Aku menjadi bingung dan tiada perasaan 
atau rasa apa-apa ketika itu. Aku seperti berangan tapi kosong. Airmata... 
"Boleh awak berjumpa dengan saya di bilik?",kata pensyarahku ketika aku hendak 
pulang ke asrama. Di bilik En Lutfi(Bukan nama sebenar), dia menyuruhku duduk 
di kerusi berhadapan dengan mejanya. Dia melihat wajahku dengan berwajahkan 
muka yang serius. Aku menjadi kaget. "Awak ada masalahke?Saja saya nak tahu 
dari awak sebab muka awak atau dalam kelas you are not last time as i know you 
before. Suka menyendiri. Kenapa?". Aku melihat mejanya dan aku melihat mukanya 
dan aku mula terasa malas nak layan. Aku tak suka dikaunsel atau seumpamanya. 
Kemudian, dia melihat pada pokok hijaunya yang makin lama makin layu. Dia 
seperti mencari helah atau idea dalam bicara denganku lebih lagi. "Awak 
perempuan. Awak ada keunikan tersendiri. tapi sayang sekiranya saya katakan 
awak tidak menggunakannya atau awak tidak nampak.Awak mencari sesuatu ke? Awak 
'fail' lagi sekali dalam paper saya tapi saya luluskan juga."Aku amati mukanya. 
Entah kenapa aku rasa nak nangis. Aku jarang sekali menangis. Aku cuba 
mengawalnya dan meletakkan ego yang tinggi dalam hati ini. Tiba-tiba airmataku 
keluar juga dan aku menangis teresak-esak di dalam pejabatnya. Dan dalam 
tangisan tu, aku seperti menyuarakan segala masalahku dalam tangisan dan aku 
menangis dan menangis bila hati rasa susah nak diceritakan dan buntu. Aku terus 
berlalu seperti biasa. Aku paling benci menangis dihadapan orang. Aku akan 
'stay away' dan aku akan pergi begitu sahaja. Dalam perjalananku untuk pulang 
ke asrama, aku singgah sebentar di masjid. Which is , aku jarang atau kurang 
sangat pergi ke masjid. tapi, aku hanya pergi dan duduk di bahagian muslimah 
dalam masjid, dan aku termenung. Apabila azan berkumandang, aku menangis lagi 
dan kali ini aku sujud dan aku pukul-pukul lantai dan menyalahi diri aku ,Allah 
atau sesiapa sahaja ketika aku bersedih dan dalam kesedihan itu aku bertanya 
dan bertanya dan marah kepada Allah swt.Ustazku,Sesatku...Seorang imam yang ku 
hormat, kerana namaku seperti golongan ahlul bayt, dia mengambilku atau 
melayanku seperti seorang anak. Dia dirikannya sebagai ayahanda dan aku adalah 
anakanda. Seorang lelaki yang mempunyai banyak anak angkat,peramah, lemah 
lembut dan nampak seperti seorang yang hebat, tapi sebenarnya ada juga 
kekurangan di dirinya. Aku tak boleh nak terima atau percaya. Seorang ustaz 
atau imam mempunyai masalah pada hati mereka. Kaunselar yang bagus bagi 
pelajar-pelajar tetapi dia juga perlukan khidmat yang sama pada hatinya.Aku 
membuat taktik seperti dahulu untuk mengetahui sikap seorang lelaki. Dalam 
perbualan kami setiap hari, aku dapat melahirkan dengan sebuah kesimpulan. dan 
kesimpulan itu membuatkan aku tidak percaya pada ustaz atau imam. Baru aku tahu 
kenapa dia selalu merapati dengan aku dan seumpamanya. Rupa-rupanya, dia cuba 
untuk mentarbiyyahkan ku. Dan baru aku mengerti kenapa dia hadiahkan tudung 
labuh atau beberapa analogi untuk aku berfikir dan analisa, rupa-rupanya dia 
melihat kekurangan atau jawapan yang aku perlukan tapi aku tidak ketemui. Aku 
mula berjinak-jinak dgn apa yang ayahanda ku sampaikan.Cuma aku tidak tunjuk 
perubahan pada diri aku sebab aku tidak suka orang melihatku pelik. Sememangnya 
aku tidak suka menjadi muslimah. Kerana ramai muslimah, seperti talam dua muka. 
itu adalah anggapanku ketika itu.Namun, dalam pencarian hidayah yang aku 
inginkan, pada masa yang sama, teman serumah dengan aku telah melihat perkara 
ini sejak awak lagi. orang pertama yang rapat denganku dan cuba tarbiyyahkanku 
sejak menjejak kaki di institusi tu adalah wati(bukan nama sebenar). Aku tahu 
dia terluka atau sakit hati bila aku mengeluarkan kata-kata yang aku tidak 
suka. Tapi dalam tidak suka itu, dia sentiasa menegurku dengan senyuman, dan 
aku sendiri tahu senyuman itu hanyalah buatan semata-mata. Dia mengetahui aku 
mencari sesuatu apabila aku bertanyakan penampilan dia mencuri mataku. Aku 
walaupun benci pada muslimah tapi aku hormat dalam melihat tingkahlaku atau 
pakaian yang aku bila aku melihatnya aku merasa tenang. Aku terdiam atau 
airmata sentiasa mengalir pada setiap malam. Bagaikan pungguk rindukan bulan. 
Apa yang dirindu.Aku tidak mengerti. Aku buntu. Wati sentiasa datang ke bilikku 
dan sentiasa membuat aku tersenyum dan gelak. Pada malam tu, aku menceritakan 
semua masalahku, seperti seorang adik ceritakan masalahnya pada seorang kakak. 
Aku sentiasa anggapkan adik-adik angkat ku itu seperti seorang kakak. Bukan aku 
perasan tapi aku cuba menggantikan perasaan kasih syg yang kuharapkan dari 
kakak-kakakku dengan menganggap adik-adikku adalah seperti kakakku. daripada 
itu kami mesra dan pelbagai cerita aku dapat berkongsi.Bila aku menceritakan 
masalahku, wati faham. Dia membimbingku perlahan-lahan dengan menceritakan 
pergaulan perempuan dengan lelaki. Seperti, telefon,mata ke mata, suara, 
pakaian dan semuanya yang perlu dia sampaikan kepadaku. dan Alhamdulillah aku 
menerimanya cuma aku merangkak. Perlunya ada tukul untuk diketuk pada paku. 
Susah...Aku Cinta Padamu..Aku dari dulu atau aku rasa was-was pada ustaz,aku 
akan uji dengan psikologi dan melihat perasaan mereka, kejujuran atau 
keikhlasan atau adakah mereka memahami dalam menjadi seperti seorang ustaz yang 
telahpun belajar selok belok haram dan halal seperti yang termaktub dalam 
Al-Quran dan As-Sunnah. Ataupun gelaran itu hanya seperti gelaran kosong 
semata-mata.Aku semakin berubah dalam masa 5 tahun itu, aku berubah dan 
alhamdulillah orang melihatku seperti seorang muslimah.Cuma perlu digilapkan 
lagi agar sentiasa istiqamah dalam mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Aku 
juga bersyukur apabila lelaki atau perempuan yang membenciku kerana sifat 
sosialku, mula memanggilku dengan nama seperti huurun Ain, Aisyah dan 
sebagainya.Dimana, aku tidak perlukan pujian itu, kerana aku perlukan cintaku. 
Pelbagai buku aku beli dalam menjadi muslimah sejati. Pernah juga aku 
mengharapkan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar mengerti sistem islam dan 
memahami konsep Islam agar dia boleh membimbingku serta bersama-sama dalam 
membentuk seperti apa yang hatiku kehendaki. Cuma, dalam mencapai impianku, aku 
perlu cintakan diriku terhadap apa yang aku belajar dalam tarbiyyahku. 
Perlahan-lahan aku berkayuh dalam mengejar atau cuba mencari lagi jawapan yang 
aku inginkan.Tapi sayang, tidak sesiapa memahamiku dalam mencari cintaku dalam 
perjalananku. Cintaku dalam mengubahkan diriku terhadap kekasihKU. Bila aku 
tahu atau yakin dan hati aku rasa tenang, rasa satu badan ringan dan semakin 
lama semakin kusutan di otakku teurai satu persatu. Baru aku tahu, aku cinta 
padaNya.Kini..Aku tunduk dan terdiam. Pipiku basah lagi dengan linangan 
airmata. Cuma kali ini, aku tersenyum. Baru aku sedar siapa diri aku ini. Baru 
aku tahu kenapa aku jadi macam orang gila dan kenapa aku jadi jahat dahulu dan 
kemudian mendapat hidayah dalam pelbagai rintangan. Seperti menyelesaikan teka 
teki. Cuma teka teki itu makan masa beberapa minggu,bulan ataupun tahun. Aku 
melihat perubahan diriku ini. Alhamdulillah..Bila aku melihat ada orang seperti 
hidupku atau seperti zaman jahiliyyah, aku secara tiba-tiba terasa tahu perkara 
itu salah dan aku ingin membantunya. Aku pernah melalui jalan gelap itu, aku 
tak nak kawan-kawan aku mengikuti jalan panjang dan gelap itu. Aku nak bantu 
dengan menunjukkan jalan yang senang dan selamat dan ada 'short cut'. Tapi 
sayang seribu kali sayang, niatku selalu disalahertikan atau sejarah masa 
silamku menjadi punca bagi mereka tidak memahami niatku ini. Ikhlas tak boleh 
dikata kerana ianya dari hati dan Allah sahaja yang tahu. Cuma aku tak tahu 
kenapa,aku tidak endah pada perkataan ikhlas itu, aku tetap ikhlas dan ikhlas 
kerana Allah untuk membantu mereka. Aku tidak mahu mereka hanyut seperti 
aku,kayuh dan kayuh tapi hanyut juga. Aku bukan nak buat apa-apa..aku hanya 
ingin berkongsi. Salahkah aku?Tarbiyyah..daurah.....Kini, aku cuba melelapkan 
mata tetapi gagal. Fikiranku asyik berfikir tetapi aku sorang-sorang dalam 
bersemangat sehinggakan aku pernah tersenyum kerana geli hati bila aku cuba 
menyusun strategi aku sendiri. Hanya bilik ini dan aku dan suasana ini yang 
memahami aku atau kalau mereka ini orang, mereka mesti tahu bagaimana caraku 
berfikir. Entah kenapa, hati ini jadi tidak keruan. Aku perlu disirami.Tetapi 
tiada siapa ingin menyiramiku dengan air jernih yang penuh dengan 
organisma-organisma kecil yang berisikan dakwah atau mengajarku dengan 
ikhlas.aku bergerak sendirian dan hanya harap pada daurah.Setiap aku balik dari 
daurah,aku akan demam beberapa minggu. Kerana aku terlalu memikirkan sangat 
atau aku cuba memahami tetapi syg,pemikiranku tidaklah setaraf lagi dengan apa 
yang si pengucap harapkan. Kerana aku bergerak sendiri. Apabila disoal, aku 
diperli kerana tidak tahu dan teman-teman seperjuanganku tersenyum sinis,gelak 
dan sebagainya,aku mula berfikir dan murung serta sedih kerana aku bersemangat 
cuma aku seperti tayar yang kembung tapi bila kena batu tajam, angin semangatku 
itu pancit. Aku merenung pada orang sekelilingku, baik ustaz,isteri 
ustaz,anak-anak, ikhwah dan akhawat, ternyata aku jauh. Aku merenung siling 
yang kosong .Mataku mula menjadi seperti projektor. Dimana ianya diprojekkan 
dari pemikiranku. Pelbagai slide fikiranku lontarkan pada siling kosong itu.Aku 
cuba letakkan diri aku dalam kelompok. Aku menilai diri. Letak 'grade'. Aku 
mula mendengar masalah orang, tup tap tup tap aku jatuh hati. Tapi aku tidak 
sengaja. Aku mengerti perasaan ini tiba kerana aku kasihankan padanya. Perasaan 
ini selalunya hadir secara otomatik bila ada perasaan simpati seperti yang 
tertera di dalam buku psikologi. oh..baru ku tahu.Idea memang senang, cakap 
mungkin senang, tetapi cara untuk interpretasikan atau menjadikannya sebuah 
realiti hanya Allah sahaja yang tahu.Aku mengeluh dan tertekan dan airmata 
mengalir pilu. Insan seperti aku ini tidak berteman, belum masanya lagi,kerana 
aku tahu aku perlu mencari segala jawapan bagi persoalan yang kuutarakan di 
dalam fikiran ini.Pernafasan ku pernah terhenti. Kalau aku menutup mata dan 
Allah mengambilnya sekelip mata, sudah bersediakah aku dalam menjawab 
pertanyaanNya. Aku takut menjadi seorang muslim yang mengambil atau pelajari 
Ilmuanya kemudian tinggalkan begitu sahaja. Habis madu sepah dibuang. Aku 
menggunakan ungkapan ini kerana aku anggapkan ilmu Allah itu untuk kepentingan 
diri aku. tidak ada reaksi selepas aku memahaminya. Biarkan begitu sahaja 
seperti penting diri sendiri. Manisan yang kurasa, perlu ku recycle dengan 
kawan-kawanku yang ketinggalam dan bukannya dibuang. Nukilan dari,Sharifah 
Natasha Syed Abdul Jalil.Notts





_________________________________________________________________
NEW! Get Windows Live FREE.
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke