waalaikumussalam wbt..
  syukran jazilan ya enta. semoga Allah memberkatimu jua dan umat muslimin dan 
muslimat yang lain di dunia mahupun di akhirat.insya Allah.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          
A'skum,
Epilog cintamu sungguh mendalam...Manusia diberi keistimewaan dalam 
hidup..NAFSU. Jika pandai
kita menerimanya..maka kejalan baik laa kita pergi..Jika tidak, padahlah dibuat 
nya. Walaubagaimanapun
apajua yang kita tempuhi dalam hidup..ada hikmahnya yang secara sedari atau 
tidak sedari. Bagi diri mu,
kamu telah menyedari baik dan buruk. Shukur Alhamdullilaah. Jika kesilapan 
pertama telah kita sedari..cuba elkkan ianya berlaku kali kedua...jika 
maseh..cuba lagi elakkan sehingga kita berjaya..Insyaallah. APAJUA YANG BERLAKU 
DALAM HIDUP JANGAN SESEKALI MENYAKITI ATAU MENDERHAKA KEPADA IBU DAN BAPA. 
Doaku utk mu...semoga berjaya dalam hidup..dan segala amalan baikmu diberkhati
Allah swt. Insyaallah.

 
    
---------------------------------
  To: [email protected]
From: 
Date: Mon, 7 Apr 2008 01:34:24 +0000
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Epilog cintaku

      Aku berumur 20 tahun. Seorang perempuan 'complicated' dan sentiasa 
sibuk seperti tebuan. Gaya dan penampilanku selalu dititik beratkan 
supaya org mengenaliku dengan caraku ini. Apabila penampilan menarik, 
tidak hairanlah sekiranya lelaki-lelaki di institusiku mula cuba 
bergaul dan merapati aku. Jauh sekali aku suka kalau kawan-kawanku 
mengenaliku dan aku menjadi sebutan ramai di bibir lelaki ketika 
itu.Baik lelaki itu pelajar atau pensyarah,bujang,berkahwin atau 
duda, muda atau tua . Bangganya ketika itu. Aku suka bergaul dengan 
mereka dan aku merupakan salah satu pelajar yang aktif di 
institusiku. Gayaku selalu menarik pelbagai kaum lelaki juga yang 
cuba berkawan atau mengajak aku bercinta (cinta monyet). Baik 
melayu,india,cina,punjabi, arab,pakistan dan sebagainya. Tidak perlu 
aku risau sendirian, kerana aku pergi kemana-mana, ada sahaja kawan-
kawanku ini sebagai teman yang selalu memberi sokongan atau tempat 
melepaskan pelbagai perasaan seperti marah,sedih,kecewa,gembira dan 
sebagainya. Tapi ini semua 5 tahun yang dahulu.. Dalam masa 5 tahun 
itu, aku mula menunjukkan simptom-simptom yang kadang-kadang menjadi 
persoalan di kepalaku tanpa kusedari atau menjadi satu tanda virus 
pada pemikiran-pemikiran sahabatku yang mengenaliku ketika kami 
bersosial atau menghabiskan masa dengan bersuka ria seperti remaja 
zaman milennium ini. Aku menjadi pendiam, pemarah dan mempunyai 
perasaan yang benci menggunung seperti gunung berapi. Aku menjadi 
sebegini kerana terlal banyak persoalan yang berlegar-legar di dalam 
fikiranku. Seribu satu perkara tidak kena. Disebabkan ini, aku telah 
melangkah satu kaki ke hadapan atau kebelakang dengan berkawan dengan 
orang-orang yang aku anggap dahulu tidak ada 'standard' atau tidak 
layak berkawan dengan aku. Semenjak itu aku mula mencari-cari jawapan 
dalam fikiranku dengan bergaul dengan pelbagai masyarakat tanpa aku 
rasa takut atau ragu-ragu ketika itu dan aku selalu pulang kerumah 
lewat atau memberi pelbagai alasan dalam pencarian yang aku nantikan. 
Dalam mencari jawapan atau longgarkan simpulan tali yang kerusut di 
celah-celah otakku,disinilah bermula masalahku dengan keluarga yang 
aku cinta. Mereka melihatku seperti seorang manusia yang telah 
dicemari dengan pelbagai virus sehinggakan mereka tidak mengenali aku 
siapa kerana perwatakan aku.Perwatakan yang cuba menegakkan benang 
yang basah atau sebaliknya kerana aku menolak segala nasihat atau 
ceramah dari mana-mana manusia. Aku dengan duniaku.Aku dengan diriku. 
Dan aku ..siapa aku????? Aku menjadi pendiam dan cuba elak dari 
manusia atau berpura-pura mempunyai teman rapat sedangkan dalam hati 
berkata, aku benci orang yang suka merapati diriku. Aku mula hanyut 
dalam duniaku tanpa kusedari. Aku berkata pada diriku, aku berkayuh 
tapi masih bocor dan masih hanyut dalam kayuhan aku. Aku termenung 
dan bertanya kembali, dimana silapku,desis hatiku. Aku semakin 
bertanya pada diri, otak aku berhenti berfikir,Aku cuba berfikir tapi 
otakku seperti paip yang dibuka tapi tiada air. Lantas aku perhatikan 
jari-jemariku. Aku melihat corak atau jalur dijari-jariku. Dari 
sehari ke sehari, aku cuba menyelesaikan masalahku tapi 
tiada 'output'. Kalau dalam mesyuarat sesuatu organisasi atau apa-
apa 'event', aku akan menjadi orang pertama dalam memberi pelbagai 
cadangan dan pendapat atau kritik. Tetapi, aku menjadi sebaliknya. 
Aku menjadi bisu dan hanya senyuman sahaja dapatku berikan. Aku 
menjadi gusar dan gelisah dengan diriku. Ibuku sentiasa mendengar 
luahanku tapi cara pemikiran atau cara penyelesaiannya bukan itu yang 
ku dengar. 'Complicated'. "Hello . Apa khabar sayang? Kenapa dah tak 
call? Are you okay?Are you avoiding me?", telefon bimbit yang kujawab 
membuatkan kepala aku runsing sedangkan aku sentiasa gembira apabila 
mendengar suara kekasihku. Penyejuk atau menolongku dalam 
menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Timbullah satu perasaan dari 
hati secara tiba-tiba dan aku berkata kepadanya... "Assalamualaikum. 
I am fine. Sayang, i nak break. Boleh tak? I am so sorry,i just want 
to be alone.", aku mengatakannya dengan nada suara yang sedih ,sebak 
dan semua perasaan jadi seperti orang gila. "Betullah apa orang kata, 
you ni playgirlkan. I doubt it. Mesti ada orang lain. And you...",aku 
terus letak telefon. Aku menjadi bingung dan tiada perasaan atau rasa 
apa-apa ketika itu. Aku seperti berangan tapi kosong. 
Airmata... "Boleh awak berjumpa dengan saya di bilik?",kata 
pensyarahku ketika aku hendak pulang ke asrama. Di bilik En Lutfi
(Bukan nama sebenar), dia menyuruhku duduk di kerusi berhadapan 
dengan mejanya. Dia melihat wajahku dengan berwajahkan muka yang 
serius. Aku menjadi kaget. "Awak ada masalahke?Saja saya nak tahu 
dari awak sebab muka awak atau dalam kelas you are not last time as i 
know you before. Suka menyendiri. Kenapa?". Aku melihat mejanya dan 
aku melihat mukanya dan aku mula terasa malas nak layan. Aku tak suka 
dikaunsel atau seumpamanya. Kemudian, dia melihat pada pokok hijaunya 
yang makin lama makin layu. Dia seperti mencari helah atau idea dalam 
bicara denganku lebih lagi. 

"Awak perempuan. Awak ada keunikan tersendiri. tapi sayang sekiranya 
saya katakan awak tidak menggunakannya atau awak tidak nampak.Awak 
mencari sesuatu ke? Awak 'fail' lagi sekali dalam paper saya tapi 
saya luluskan juga."

Aku amati mukanya. Entah kenapa aku rasa nak nangis. Aku jarang 
sekali menangis. Aku cuba mengawalnya dan meletakkan ego yang tinggi 
dalam hati ini. Tiba-tiba airmataku keluar juga dan aku menangis 
teresak-esak di dalam pejabatnya. Dan dalam tangisan tu, aku seperti 
menyuarakan segala masalahku dalam tangisan dan aku menangis dan 
menangis bila hati rasa susah nak diceritakan dan buntu. 

Aku terus berlalu seperti biasa. Aku paling benci menangis dihadapan 
orang. Aku akan 'stay away' dan aku akan pergi begitu sahaja. Dalam 
perjalananku untuk pulang ke asrama, aku singgah sebentar di masjid. 
Which is , aku jarang atau kurang sangat pergi ke masjid. tapi, aku 
hanya pergi dan duduk di bahagian muslimah dalam masjid, dan aku 
termenung. Apabila azan berkumandang, aku menangis lagi dan kali ini 
aku sujud dan aku pukul-pukul lantai dan menyalahi diri aku ,Allah 
atau sesiapa sahaja ketika aku bersedih dan dalam kesedihan itu aku 
bertanya dan bertanya dan marah kepada Allah swt.

Ustazku,Sesatku...

Seorang imam yang ku hormat, kerana namaku seperti golongan ahlul 
bayt, dia mengambilku atau melayanku seperti seorang anak. Dia 
dirikannya sebagai ayahanda dan aku adalah anakanda. Seorang lelaki 
yang mempunyai banyak anak angkat,peramah, lemah lembut dan nampak 
seperti seorang yang hebat, tapi sebenarnya ada juga kekurangan di 
dirinya. Aku tak boleh nak terima atau percaya. Seorang ustaz atau 
imam mempunyai masalah pada hati mereka. Kaunselar yang bagus bagi 
pelajar-pelajar tetapi dia juga perlukan khidmat yang sama pada 
hatinya.

Aku membuat taktik seperti dahulu untuk mengetahui sikap seorang 
lelaki. Dalam perbualan kami setiap hari, aku dapat melahirkan dengan 
sebuah kesimpulan. dan kesimpulan itu membuatkan aku tidak percaya 
pada ustaz atau imam. Baru aku tahu kenapa dia selalu merapati dengan 
aku dan seumpamanya. Rupa-rupanya, dia cuba untuk mentarbiyyahkan ku. 
Dan baru aku mengerti kenapa dia hadiahkan tudung labuh atau beberapa 
analogi untuk aku berfikir dan analisa, rupa-rupanya dia melihat 
kekurangan atau jawapan yang aku perlukan tapi aku tidak ketemui. 

Aku mula berjinak-jinak dgn apa yang ayahanda ku sampaikan.Cuma aku 
tidak tunjuk perubahan pada diri aku sebab aku tidak suka orang 
melihatku pelik. Sememangnya aku tidak suka menjadi muslimah. Kerana 
ramai muslimah, seperti talam dua muka. itu adalah anggapanku ketika 
itu.

Namun, dalam pencarian hidayah yang aku inginkan, pada masa yang 
sama, teman serumah dengan aku telah melihat perkara ini sejak awak 
lagi. orang pertama yang rapat denganku dan cuba tarbiyyahkanku 
sejak menjejak kaki di institusi tu adalah wati(bukan nama sebenar). 
Aku tahu dia terluka atau sakit hati bila aku mengeluarkan kata-kata 
yang aku tidak suka. Tapi dalam tidak suka itu, dia sentiasa 
menegurku dengan senyuman, dan aku sendiri tahu senyuman itu hanyalah 
buatan semata-mata. Dia mengetahui aku mencari sesuatu apabila aku 
bertanyakan penampilan dia mencuri mataku. Aku walaupun benci pada 
muslimah tapi aku hormat dalam melihat tingkahlaku atau pakaian yang 
aku bila aku melihatnya aku merasa tenang. 

Aku terdiam atau airmata sentiasa mengalir pada setiap malam. 
Bagaikan pungguk rindukan bulan. Apa yang dirindu.Aku tidak mengerti. 
Aku buntu. Wati sentiasa datang ke bilikku dan sentiasa membuat aku 
tersenyum dan gelak. Pada malam tu, aku menceritakan semua masalahku, 
seperti seorang adik ceritakan masalahnya pada seorang kakak. Aku 
sentiasa anggapkan adik-adik angkat ku itu seperti seorang kakak. 
Bukan aku perasan tapi aku cuba menggantikan perasaan kasih syg yang 
kuharapkan dari kakak-kakakku dengan menganggap adik-adikku adalah 
seperti kakakku. daripada itu kami mesra dan pelbagai cerita aku 
dapat berkongsi.

Bila aku menceritakan masalahku, wati faham. Dia membimbingku 
perlahan-lahan dengan menceritakan pergaulan perempuan dengan lelaki. 
Seperti, telefon,mata ke mata, suara, pakaian dan semuanya yang perlu 
dia sampaikan kepadaku. dan Alhamdulillah aku menerimanya cuma aku 
merangkak. Perlunya ada tukul untuk diketuk pada paku. Susah...

Aku Cinta Padamu..

Aku dari dulu atau aku rasa was-was pada ustaz,aku akan uji dengan 
psikologi dan melihat perasaan mereka, kejujuran atau keikhlasan atau 
adakah mereka memahami dalam menjadi seperti seorang ustaz yang 
telahpun belajar selok belok haram dan halal seperti yang termaktub 
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ataupun gelaran itu hanya seperti 
gelaran kosong semata-mata.

Aku semakin berubah dalam masa 5 tahun itu, aku berubah dan 
alhamdulillah orang melihatku seperti seorang muslimah.Cuma perlu 
digilapkan lagi agar sentiasa istiqamah dalam mengharungi pelbagai 
ujian dan dugaan. Aku juga bersyukur apabila lelaki atau perempuan 
yang membenciku kerana sifat sosialku, mula memanggilku dengan nama 
seperti huurun Ain, Aisyah dan sebagainya.Dimana, aku tidak perlukan 
pujian itu, kerana aku perlukan cintaku. 

Pelbagai buku aku beli dalam menjadi muslimah sejati. Pernah juga aku 
mengharapkan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar mengerti sistem 
islam dan memahami konsep Islam agar dia boleh membimbingku serta 
bersama-sama dalam membentuk seperti apa yang hatiku kehendaki. Cuma, 
dalam mencapai impianku, aku perlu cintakan diriku terhadap apa yang 
aku belajar dalam tarbiyyahku. Perlahan-lahan aku berkayuh dalam 
mengejar atau cuba mencari lagi jawapan yang aku inginkan.

Tapi sayang, tidak sesiapa memahamiku dalam mencari cintaku dalam 
perjalananku. Cintaku dalam mengubahkan diriku terhadap kekasihKU. 
Bila aku tahu atau yakin dan hati aku rasa tenang, rasa satu badan 
ringan dan semakin lama semakin kusutan di otakku teurai satu 
persatu. Baru aku tahu, aku cinta padaNya.

Kini..

Aku tunduk dan terdiam. Pipiku basah lagi dengan linangan airmata. 
Cuma kali ini, aku tersenyum. Baru aku sedar siapa diri aku ini. Baru 
aku tahu kenapa aku jadi macam orang gila dan kenapa aku jadi jahat 
dahulu dan kemudian mendapat hidayah dalam pelbagai rintangan. 
Seperti menyelesaikan teka teki. Cuma teka teki itu makan masa 
beberapa minggu,bulan ataupun tahun. Aku melihat perubahan diriku 
ini. Alhamdulillah..

Bila aku melihat ada orang seperti hidupku atau seperti zaman 
jahiliyyah, aku secara tiba-tiba terasa tahu perkara itu salah dan 
aku ingin membantunya. Aku pernah melalui jalan gelap itu, aku tak 
nak kawan-kawan aku mengikuti jalan panjang dan gelap itu. Aku nak 
bantu dengan menunjukkan jalan yang senang dan selamat dan ada 'short 
cut'. 

Tapi sayang seribu kali sayang, niatku selalu disalahertikan atau 
sejarah masa silamku menjadi punca bagi mereka tidak memahami niatku 
ini. Ikhlas tak boleh dikata kerana ianya dari hati dan Allah sahaja 
yang tahu. Cuma aku tak tahu kenapa,aku tidak endah pada perkataan 
ikhlas itu, aku tetap ikhlas dan ikhlas kerana Allah untuk membantu 
mereka. Aku tidak mahu mereka hanyut seperti aku,kayuh dan kayuh tapi 
hanyut juga. Aku bukan nak buat apa-apa..aku hanya ingin berkongsi. 
Salahkah aku?

Tarbiyyah..daurah.....

Kini, aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Fikiranku asyik berfikir 
tetapi aku sorang-sorang dalam bersemangat sehinggakan aku pernah 
tersenyum kerana geli hati bila aku cuba menyusun strategi aku 
sendiri. Hanya bilik ini dan aku dan suasana ini yang memahami aku 
atau kalau mereka ini orang, mereka mesti tahu bagaimana caraku 
berfikir. Entah kenapa, hati ini jadi tidak keruan. Aku perlu 
disirami.Tetapi tiada siapa ingin menyiramiku dengan air jernih yang 
penuh dengan organisma-organisma kecil yang berisikan dakwah atau 
mengajarku dengan ikhlas.aku bergerak sendirian dan hanya harap pada 
daurah.Setiap aku balik dari daurah,aku akan demam beberapa minggu. 
Kerana aku terlalu memikirkan sangat atau aku cuba memahami tetapi 
syg,pemikiranku tidaklah setaraf lagi dengan apa yang si pengucap 
harapkan. Kerana aku bergerak sendiri. 

Apabila disoal, aku diperli kerana tidak tahu dan teman-teman 
seperjuanganku tersenyum sinis,gelak dan sebagainya,aku mula berfikir 
dan murung serta sedih kerana aku bersemangat cuma aku seperti tayar 
yang kembung tapi bila kena batu tajam, angin semangatku itu pancit. 

Aku merenung pada orang sekelilingku, baik ustaz,isteri ustaz,anak-
anak, ikhwah dan akhawat, ternyata aku jauh. Aku merenung siling yang 
kosong .Mataku mula menjadi seperti projektor. Dimana ianya 
diprojekkan dari pemikiranku. Pelbagai slide fikiranku lontarkan pada 
siling kosong itu.

Aku cuba letakkan diri aku dalam kelompok. Aku menilai diri. 
Letak 'grade'. Aku mula mendengar masalah orang, tup tap tup tap aku 
jatuh hati. Tapi aku tidak sengaja. Aku mengerti perasaan ini tiba 
kerana aku kasihankan padanya. Perasaan ini selalunya hadir secara 
otomatik bila ada perasaan simpati seperti yang tertera di dalam buku 
psikologi. oh..baru ku tahu.Idea memang senang, cakap mungkin senang, 
tetapi cara untuk interpretasikan atau menjadikannya sebuah realiti 
hanya Allah sahaja yang tahu.

Aku mengeluh dan tertekan dan airmata mengalir pilu. Insan seperti 
aku ini tidak berteman, belum masanya lagi,kerana aku tahu aku perlu 
mencari segala jawapan bagi persoalan yang kuutarakan di dalam 
fikiran ini.Pernafasan ku pernah terhenti. Kalau aku menutup mata dan 
Allah mengambilnya sekelip mata, sudah bersediakah aku dalam menjawab 
pertanyaanNya. 

Aku takut menjadi seorang muslim yang mengambil atau pelajari 
Ilmuanya kemudian tinggalkan begitu sahaja. Habis madu sepah dibuang. 
Aku menggunakan ungkapan ini kerana aku anggapkan ilmu Allah itu 
untuk kepentingan diri aku. tidak ada reaksi selepas aku memahaminya. 
Biarkan begitu sahaja seperti penting diri sendiri. Manisan yang 
kurasa, perlu ku recycle dengan kawan-kawanku yang ketinggalam dan 
bukannya dibuang. 

Nukilan dari,

Sharifah Natasha Syed Abdul Jalil.

Notts






  
---------------------------------
  Share life's special moments with Photo Gallery. Windows Live Photo Gallery   

                           

 between 0000-00-00 and 9999-99-99        

Kirim email ke