http://muslimz87.blogs.friendster.com/masri/2007/03/laporan_seminar.html
Laporan Seminar Aqidah di UIA           aslm wbt
  Seminar Sehari Dan Forum Pembangunan Aqidah Islamiah Sebenar Adalah Satu 
Cabaran di Era Globalisasi.
  Tarikh: 3 Mac 2007-03-05 

 Tempat: Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 Masa: 9:30 pagi- 11.30 malam

 Bayaran: RM 5.00 (Pelajar) Percuma

 RM 7 (Bukan Pelajar) Percuma

 
 Sesi pagi:
  Pembentangan kertas kerja oleh al-Fadhil Dr Muhammad Uthman el-Muhammady yang 
bertajuk `Memahami Akidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah"
  Selepas itu pula pembentangan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Hafiz bin Muhammad 
Alwi al-Bakaniyy. Beliau membentangkan tajuk " Allah Wujud Tanpa Bertempat; 
Penjelasan Aqidah Para Nabi Dan Ulama"
  Komentar:
  Sesi pagi ini, pembentangan kertas kerja, akan tetapi tiada kertas kerja 
diberikan kepada para peserta. Diberitahu jika mahu kertas kerja, sila dapatkan 
daripada pembentang sendiri. Mungkin penganjur sepatutnya mengenakan bayaran 
kepada peserta supaya kertas kerja dapat diberikan kepada peserta, dan peserta 
boleh membuat semakan dan rujukan melalui kertas kerja tersebut.
  Ustaz Uthman el-Muhammady, banyak mengulas daripada Kitab Aqidah Tohawiah. 
Ustaz al-Bakaniyy pula banyak menghurai tentang isu mujassimah dan musyabbihah 
dan selepas itu menumpukan kepada perihal sama ada Allah itu di langit atau 
tidak.
  Di dalam sesi soal jawab sesi pagi, Ustaz Uthman el-Muhammady telah 
mempersoalkan pengnisbahan tauhid yang tiga iaitu tauhid Uluhiyah, Rububiyyah 
dan al-Asma' wa as-Sifat. Ustaz Uthman mempersoalkan bahawa pembahagian 
sebegini rupa tidak wujud di zaman salaf. Beliau juga ditanya tentang Ibn 
Taimiyyah dan Muhammad ibn Abdul Wahhab. Katanya beliau tak nak bercakap 
tentang isu ini, tapi sebab ditanya, maka Ust Uthman pun menjawab. Antara yang 
disebutkan ialah Ibn Taimiah ni kita jangan ikut dalam bab aqidah akan tetapi 
dalam bab lain kita boleh ikut. Beliau juga menyatakan bahawa Ibn Taimiyyah 
menyatakan bahawa Abu Hassan al-Asya'ari sesat.

 Ustaz al-Bakaniy pula telah disoal oleh seorang penyoal tentang aqidah Imam 
Abu Hanifah rhm. Ustaz al-Bakkaniy jawab yang beliau rasa tak perlu nak buat 
perbandingan antara aqidah Imam Abu Hanifah rhm dengan aqidah Abu Hassan 
al-Asya'ari.

 Ustaz al-Bakkaniy dalam pembentangannya menyatakan antara bukti kebenaran 
akidah Asyairah ialah ada satu hadis di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa 
dari keturunan sahabat Abu Musa al-Asya'ari akan muncul orang yang membawa 
kebenaran. Cuma saya tak dengar pulak Ustaz al-Bakkaniy sebut takhrej hadis 
tersebut, kitab hadis mana. Beliau juga menyatakan bahawa bukti kebenaran 
Asyairah ialah kerana Sultan Salahuddin al-Ayyubi beraqidah Asyairah, bahkan 
dipetik kata-kata Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang menyatakan bahawa Allah 
Wujud Tidak Bertempat.

 Persoalan? Di manakah aqidah Imam 4 mazhab? Kenapakah tidak mahu dibuat 
perbandingan antara aqidah Imam 4 mazhab dengan al-Imam Abu Hassan al-Asya'ari? 
Jika sama, kenapa tidak dinyatakan qaul-qaul dari imam 4 mazhab, atau jika 
tidak sama, adakah imam 4 mazhab itu seperti Ibn Taimiyyah di mana aqidahnya 
tak boleh diikuti tapi bab-bab yang lain boleh diikuti.
 Kawalan Keselamatan Yang Ketat: Seperti Osama Melawat Amerika
 
  Sesi pagi ini juga mengejutkan saya, kerana inilah seminar pertama yang saya 
dan kawan-kawan saya hadiri di mana setiap peserta lelaki akan diperiksa beg 
masing-masing. Kata mereka prosedur keselamatan. Tidak tahulah mungkin ada 
laporang pengganas akan menyerang ketika seminar mereka. Saya dan rakan saya 
juga merasakan seolah-olah kami sedang diawasi oleh mata-mata polis atau SB 
ketika kami berada di dalam dewan seminar. Tidak tahulah jika kehadiran saya 
dan rakan saya menggusarkan hati pihak penganjur hingga membuatkan mereka tidak 
senang duduk.
  Sesi soal jawab pula dijalankan secara bertulis dan bukan secara direct 
menggunakan mikrofon antara peserta dan ahli panel. 
  Peserta yang sedikit
  Kehadiran pagi amat sedikit terutama di bahagian peserta lelaki. Tidak sampai 
separuh kerusi yang untuk perseta lelaki penuh. Manakala jumlah peserta 
perempuan agak ramai melebihi separuh dan sudah pasti berganda daripada umlah 
peserta lelaki.

 Sesi tengah hari:
  Ustaz Zamihan dijadualkan hadir untuk membentangkan tajuk " Senarai hujjah 
Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah ke atas Penyelewengan Golongan Wahhabi". Akan tetapi 
di saat akhir tajuk itu ditukar kepada "Mengenai Aqidah Islamiah Sebenar". Akan 
tetapi Ustaz Zamihan al-Ghari tidak dapat hadir kerana ada keuzuran. Mulanya 
penganjur menyatakan Ustaz Zamihan akan digantikan oleh Ustaz Mahfuz, akan 
tetapi Ustaz Mahfuz juga tidak dapat kerana biodatanya tidak diserahkan kepada 
pihak penganjur.

 Sesi petang hanya seorang sahaja pembentang iaitu al-Fadhil Ustaz Muhammad 
Zuhdi bin Mohd Amin (USIM) yang membentangkan tajuk "Manhaj Ulama Dalam Takwil 
al-Quran dan as-Sunnah".

 Ustaz Zuhdi banyak menghurai tentang method penafsiran al-Quran dan takwil dan 
menumpukan kepada penakwilan ayat-ayat berkaitan sifat Allah yang menurutnya 
adalah ayat-ayat mutasyabihat.
  Beliau menyatakan wujud dua aliran dalam hal ini iaitu aliran tafwidh yang 
majority diguna pakai oleh ulama' salaf dan aliran takwil yang diguna pakai 
kebanyakan ulama khalaf. 
  Ustaz Zuhdi menyatakan bahawa tafwidh ialah menyerahkan maksud ayat tersebut 
kepada Allah. Contohnya jika perkataan `yadullah' maka makna perkataan tersebut 
diserahkan kepada Allah. Tidak boleh dertikan maksudnya dengan Tangan Allah 
kerana iu menyamakan Allah dengan makhluk.
  Ustaz Zuhdi pula menerangkan tentang aliran takwil yang muncul untul 
memudahkan pemahaman masyarakat selepas Islam semakin berkembang luas di luar 
dunia arab. Maka untuk memudahkan pemahaman dan mengelakkan terjerumus ke 
lembah tasybih dan tajsim, maka perlulah ditakwil. Contohnya perkataan `Istawa 
ditakwil kepada `Istaula' (menguasai), dan lain-lain lagi. Ustaz Zuhdi juga 
menerangkan wujudnya aliran takwil yang bathil dari kalangan alirang muatthilah 
yang menolak kewujudan sifat-sifat Allah. Begitu juga dengan takwilan 
aliran-aliran yang lain seperti Mu;tazilah.
  Di dalam sesi soal jawab saya telah menulis tiga soalan kepada ahli panel, 
malangnya pengerusi majlid itu hanya membacakan soalan kedua dan ketiga saya. 
Soalan saya yang dibaca ialah bunyinya lebih kurang begini:

 -Bagaimana dengan sifat Mendengar dan Melihat Allah. Bukankah itu sifat 
makhluk.
  -Adakah saya musyabbihah/mujassimah jika saya menyatakan bahawa Allah SWT 
mempunyai Tangan tetapi Tangan Allah tidak sama dengan tangan-tangan makhluk.

 Jawapan ustaz Zuhdi untuk soalan kedua ialah boleh kerana katanya proses 
pendengaran Allah dan penglihatan Allah tidak sama dengan pendengaran dan 
penglihatan makhluk. Maka wajib beriman dengan kedua sifat ini. Akan tetapi 
tidak boleh menyatakan Allah mempunyai tangan kerana hakikat tangan ialah 
tangan makhluk, yang berbentuk seprti tangan manusia etc. Ini kerana katanya 
bila sebut tangan kita akan terbayang tangan makhluk.
  Kontradiksi Jawapan:
  Persoalan? Kenapa jawapan beliau kontradik antara satu sama lain. Sifat 
Mendengar dan Melihat boleh pula diimani kerana kita beri'tiqad ia tak sama 
dengan makhluk tapi sifat Tangan Allah tak pula boleh diimani. Bukankah sama 
sahaja pernyataan Penglihatan Allah tidak sama dengan penglihatan makhluk dan 
pernyataan Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Jika hanya kerana 
sebahagian manusia akan membayangkan Tangan Allah sama seperti tangan makhluk, 
maka yang perlu diajar ialah jangan membayangkan sifat-sifat Allah, beriman 
sahaja dengan apa yang disebutkan di dalam al-Quran. Jika beriman dengannya 
boleh menyebabkan tasybih dan tajsim, maka begitu juga dengan sifat Melihat dan 
Mendengar. Bukankah mereka yang belajar sains tahu bagaimana penglihatan akan 
terhasil melalui cahaya dan lain-lain dan pendengaran yang terhasil dengan 
getaran di dalam frekuensi tertentu. Jika begitu, haramlah bagi pelajar yang 
mengatahui fakta sains ini untuk beriman dengan sifat Mendengar
 dan Melihat kerana takut-takut mereka terbayangkan Pendengaran Allah dan 
Penglihatan Allah sama dengan makhluk.
  Soalan yang tidak dibaca
  Soalan saya yang tidak dibaca berbunyi lebih kurang begini:
  
   Apa pandangan ustaz tentang qaul Imam Abu Hanifah rhm di dalam kitab al-Fiqh 
al-Akbar dimana beliau menyatakan bahawa barangsiapa yang menyatakan Tangan 
Allah itu kuasa, maka itu adalah qaul Qadariah dan Mu'tazilah.

  Inilah dia soalan saya yang dipotong oleh pihak penganjur. Apakah tujuan ia 
dipotong? Bukankah itu qaul Imam Abu Hanifah rhm.
  Soalan saya tidaklah terlalu panjang dibandingkan dengan banyak lagi 
soalan-soalan lain yang lebih panjang tapi tetap dibaca pihak penganjur.

 Kontradiksi Jawapan Pihak Penganjur
  Salah seorang daripada comitte seminar tersebut yang juga rakan saya telah 
saya tanya berkaitan dengan pemotongan soalan saya. Jawapannya mana ada kena 
potong. Akan tetapi bila kami keluar dari dewan tersebut, orang yang sama juga 
menyatakan kepada saya untuk mengelakkan provokasi. Provokasi apa? Dan kenapa 
tak dijawab sahaja begitu di hadapan orang ramai?

 Tindakan penganjur yang memotong soalan saya dan tidak berlaku adil telah 
menimbulkan kekecohan. Saya dan kawan-kawan saya telah bangun beramai-ramai 
untuk keluar dari dewan tersebut. Sifat penganjur yang tidak berlaku adil 
kepada peserta untuk bertanyakan soalan adalah amat dikesali.

 Sesi Malam
  Saya mendapat SMS yang Ustaz Zamihan al-Ghari akan datang untuk forum sesi 
malam. Akan tetapi beliau tetap tidak datang. Tidak tahulah siapa yang 
mereka-reka sms tentang kehadiran Ustaz Zamihan itu.

 Panel forum malam itu ialah Timbalan Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman b Osman, 
Ustaz Uthman el-Muhammady, dan Ustaz al-Bakaniy.

 Tidak banyak isu baru yang disebut malam ini. Cuma Ust Uthman membuat 
pengakuan malam itu menfaikan bahawa beliau menyatakan Ibn Taimiyyah sesat 
ketika menjawab soalan di sesi pagi. Ini kerana katanya ada seseorang 
memaklumkan bahawa sms yang memfitnah beliau kononnya menyesatkan Ibn taimiyyah 
tersebar. Timbalan mufti Pahang banyak menyentuh tentang sifat malas golongan 
muda menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi aqidah. Beliau juga menyebutkan 
isu-isu perpecahan yang ditimbulkan oleh hal-hal yang baginya ialah hal-hal 
kecil dan khilafiyyah. Beliau juga menarik perhatian pendengar dengan gayanya 
penyampaiannya yang menarik dan pantun-pantun yang sedap didengar. Beliau juga 
memberikan nasihat tentang adab-adab dalam menuntut ilmu, adab guru dengan 
murid dan adab murid dengan guru.

 Satu pernyataan yang mengejutkan saya ialah apabila beliau memberikan satu 
ulasan kepada hadis yang menyebutkan bahawa umat Islam akan terpecah kepada 73 
umat, dan 1 sahaja masuk syurga. Beliau telah menerangkan 72 golongan yang tak 
masuk syurga itu iaitu;
  -22 syiah
  -20 Khawarij
  -20 Mu'tazilah
  -5 Murjiah
  -3 Najariah
  -1 Jabariah
  -1 Musyabihah.
  Malangnya beliau tidak menyebut sumber rujukan pembahagian kumpulan-kumpulan 
sesat ini. Mungkin saya yang tak dengar atau beliau yang lupa.
  Malam ini sedikit kekalutan dapat dilihat di riak wajah comitte-comitte 
program. Mereka ke hulu-hilir seolah-olah mencari-cari sesuatu.
  Ketika saya ingin keluar ke tandas, saya telah bertanyakan seorang comitte 
lelaki di mana tandas lelaki, tiba-tiba salah seorang daripada mereka 
bertanyakan saya mahu pergi mana. Saya pelik! Bukankah saya sudah kata mahu ke 
tandas, dan jika saya tak cakap mahu ke tandas pun, apa hak mereka untuk 
bertanya ke mana mahu saya pergi.
  Ketika di dalam dewan, saya mendapat SMS daripada rakan saya. Dia memaklumkan 
kepada saya bahawa dia telah ditahan oleh pihak penganjur kerana disyaki 
menyebarkan risalah. Setelah menerangkan hal sebenar, maka penganjur 
melepaskannya. Baru saya faham kenapa penganjur kelihatan kelam-kabut, 
rupa-rupanya mereka sedang mencari risalah-risalah yang disebarkan dan siapakah 
penyebarnya. Patutlah kelibat saya dan rakan-rakan amat diperhatikan malam itu 
bahan seolah-olah dikawal ketat. Nasib baik tidak ada apa-apa yang buruk 
berlaku kepada rakan saya itu.

 Penganjur Mungkir Janji
  Penganjur menyatakan bahawa sesi forum malam itu hanya 3 pusingan sahaja, dan 
selepas tamat 3 pusingan, maka akan diadakan sesi soal jawab antara peserta 
seminar dan ahli panel forum.
  Akan tetapi malam itu tiba-tiba forum menjadi 4 pusingan, dan kerana 4 
pusingan, ia tamat lewat, maka tiada sesi soal jawab untuk peserta.
  Jawapan yang tidak munasabah
  Saya bertanya kepada salah seorang comitte kenapa dijadikan 4 pusingan forum, 
sehingga tiada soal jawab. Comitte tersebut tidak menjawab soalan saya 
sebaliknya bertanya balik "Forum tajdid haru tu tiada sesi soal jawabkan?". 
Lain yang ditanya lain pula yang dia jawab. Bahkan jauh panggang dari api, 
forum tajdid tu sesi soalan secara terus menggunakan mikrofon dibuka akan 
tetapi tiada siapa tampil ke hadapan untuk bertanya soalan sedangkan untuk 
forum malam itu, tiada langsung sesi soal jawab kerana forum dipanjangkan.
  sekian wslm wbt
   
     


       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke