http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=85394
   
  Satu kemenangan bila MFK (Majlis Fatwa Kebangsaan) kata Wahabi tidak sesat
   
   
  Kita abaikan yang lain. Kita fokuskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Katanya di dalam dewan hari ini, Majlis Fatwa 
Kebangsaan (MFK) tidak pernah memutuskan bahawa fahaman Wahabi sebagai aliran 
sesat. 
  
Sekalipun Ustaz Taib Azzamuddin agak sinis, namun abaikan sahaja perkataannya. 
Cuba semua dari kita belajar memaafkan. Maafkan sahaja atas kesinisan Ustaz 
Taib Azzamuddin. Kita tidak akan rugi. 
   
  Selain dari itu, mengapa tidak kita fokus juga kepada soalan asal dari YB 
Zulkifli Nordin? Dulu, YB Zul sering merungut dengan gang JAIS yang tidak ada 
kerja lain melainkan asyik menangkap pendakwah seperti Ustaz Abdullah Yasin. 
Katanya, kerana itulah JAIS mengabaikan perkara yang lebih besar seperti isu 
Islam Liberal dan isu Islam dicabar. 
  Perkara ini sudah lama ada di dalam kepala YB Zul. Beliau cukup merasa semak 
dengan apa yang berlaku. Mungkin sebab itulah beliau kemukakan soalan berkaitan 
hal ini di dewan parlimen. 
   
  Ucapan Dato' Ahmad Zahid Hamidi sudah memadai. Besar ertinya bagi kita. Satu 
kemenangan bagi kita. Kita tidak perlu lebih dari itu. 
   
  Sila klik untuk tonton petikan video sidang dewan parlimen mengenai isu 
ini......

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke