http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=709&Itemid=72
   
  Misi Saya Di Kelantan : Pembersihan 
  Riba & Skim Cepat Kaya 
  Oleh 
  Zaharuddin Abd Rahman 
  www.zaharuddin.net 
  
   
   
  Kelantan Darul Naim, Bandaraya Islam pertama di Malaysia dan dipimpin oleh 
seorang  Tuan guru yang amat berwibawa. 
  Alhamdulillah, sudah lama saya berhasrat untuk berkongsi ilmu kewangan Islam 
di sana. Pernah sekali saya dijemput menyampaikan satu kertas kerja di satu 
seminar, namun tatkala itu pesertanya amat terhad kepada golongan sasaran 
tertentu sahaja. Kali ini lebih terbuka kepada awam. 
  Justeru semalam (5 Mei 2008), saya dijemput ke satu program umum oleh Jabatan 
Agama Islam Kelantan untuk mengulas topik Skim Cepat Kaya : Perspektif Islam. 
Bertempat di Balai Islam Lundang. Kota Bharu. Dewan yang terakhir saya jejaki 
sekitar 16 tahun yang lalu. 
   
   
  Bagi mengulas topik skim cepat kaya,  saya perlu menjelaskan beberapa konsep 
asas dalam perniagaan Islam dan pelaburan. Kita perlu menyedari bahawa skim 
cepat kaya mempunyai jenis yang pelbagai, malah tidak dinafikan terdapat juga 
yang dianjurkan oleh syarikat yang mempunyai lesen sah di Malaysia. Namun oleh 
kerana fokus pembentangan adalah untuk mendedahkan pandangan Islam, saya 
rangkumkan kesemuanya sekali sebagai haram dari sudut hukum. 
   
  Dalam pembentangan semalam, saya juga mengambil ruang untuk mendedahkan 
perihal isu riba, satu isu yang sudah banyak kali saya bentangkan di pelbagai 
negeri namun pertama kali di Kelantan. 
  Alhamdulillah saya cukup berpuas hati dapat menyampaikannya kepada rakyat 
Kelantan, walaupun dalam masa yang terbatas. Isu terpenting saya dahulukan. 
  Kehadiran juga baik, program dihadiri oleh orang-orang  besar Jabatan Agama 
Islam Kelantan termasuk Tuan Hj Abd Aziz Abd Rahman, selaku Pengarah Jabatan 
Agama Islam Kelantan. 
   
   
  Ditambah dengan kehadiran ramai tokoh ilmuan agama yang veteran, berumur 
pertengahan dan yang boleh dikira muda. Para peniaga juga ada yang hadir namun 
tidak seramai pegawai yang bertugas dengan kerajaan negeri dari pelbagai 
Jabatan dan juga orang awam. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar pondok dan 
surirumah saya kira. 
   
  Antara tokoh yang turut memberikan pengisian sebelum saya adalah YBhg Dato' 
Hj Muhammad Daud Al-Iraaqi. Sesi dialog atau forum pula dipengerusikan oleh 
seorang lagi tokoh ilmuan di sana iaitu sahabat saya Dr Abd Basit Abd Rahman. 
   
   
  Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama pembaca namun cukuplah saya 
berkongsi soalan-soalan lazim ini. Sumber dari Bank Negara Malaysia bagi 
mengingatkan orang ramai berkenaan skim cepat kaya yang mengambil deposit 
secara haram. 
   
  Namun sebelum itu saya bersyukur dapat menerangkan kepada rakyat Kelantan 
tentang riba dalam pembelian emas yang kerap berlaku di sana, iaitu pembelian 
barang kemas emas secara ansuran, etrade in' barangan emas, dan pelbagai 
keterlibatan dalam pelaburan secara riba dan urusan bank secara riba. 
  Sebenarnya saya merasakan, sepatutnya di Kelantan bank konvensional perlu 
'tutup kedai' konvensional mereka. Hanya kaunter perbankan Islam mereka yang 
mendapat sambutan masyarakat. Namun setakat ini ia masih menjadi impian saya, 
ingin sekali saya kongsikan impian ini dengan rakyat Kelantan dan kepimpinan 
negeri Kelantan. Moga termakbul.

  Ini kerana memberikan lesen kepada bank konvensional untuk membuka cawangan 
yang menyediakan perkhidmatan kewangan konvensional kepada rakyat Kelantan 
adalah jauh lebih besar dosanya dari membenarkan membuka ladang babi untuk 
tujuan EKSPORT atau lesen kilang arak.

  Justeru saya amat berharap, kerajaan negeri bersungguh menerapkan ilmu 
kewangan Islam dan menjauhi riba sehingg sampai ke satu tahap perbankan 
konvensional tidak mendapat sebarang sambutan lagi di sana. Hanya perkhidmatan 
kewangan Islam yang akan mendapat sambutan. 
  Saya yakin ramai rakyat Kelantan yang membaca web saya ini terutamanya yang 
memegang jawatan yang sesuai untuk menyalurkan info dan tindakan. ANDA PERLU 
BERPERANAN!!.. 
  
  SOALAN-SOALAN LAZIM  
  S1: Apakah maksud "deposit"? 
  Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut:  
  i. Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim  tersebut yang mungkin 
adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pemilik tunggal atau seorang  
individu. 
  ii.Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi 
atas setiap deposit dalam  jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang  memberi 
pelbagai bentuk ganjaran kepada para  pendepositnya. 
  iii.Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit dan keuntungan akan diberi 
balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh 
ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan 
menganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum 
tarikh yang ditetapkan. 
  iv.Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam 
bentuk ganjaran lain, seperti dalarn bentuk logam berharga, batu berharga, 
barangan kemas, barangan elektrik atau kereta. 
  S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara  haram"? 
  la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit 
tanpa lesen sah di bawah  Akta Bank dan Institusi‑Institusi Kewangan 1989 
 (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya  yang melibatkan pengambilan 
deposit adalah suatu  kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur  
tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit. 
  S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ?  
  i.  Penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk mengumpul deposit. 
  ii. Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa yangpendek. 
Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh 
institusi-institusi kewangan yang dilesenkan. 
  iii. Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar 
dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk kupon, barangan , barangan 
kemas atau barangan elektrik 
  S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ?   
  Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi 
yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya 
adalah : 
      
   Bank-bank Perdagangan   
   Syarikat-syarikat kewangan   
   Lain-lain (institusi-institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank Saudagar, 
Syarikat-syarikat Diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank 
Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan 
institusi lain yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menerima deposit) 

  NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan sama ada sesuatu institusi itu 
dibenarkan mengambil deposit atau tidak, sila hubungi Bank Negara Malaysia 
(BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11)  
  S5: Apakah hukuman bagi pengambilan deposit secara haram? 
  Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara tidak 
melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak 
RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. 
  S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat kaya? 
  Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau 
syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada 
Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa 
perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaftaran 
tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit. 
  S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya? 
  Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang 
inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang 
terbabit. Mereka ini mungkin sedar akan risiko tinggi tetapi masih memilih 
untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan. 
  S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di skim skim 
pengambilan deposit secara haram? 
  Risiko-risikonya adalah: 
  i.  Membebankan dan merugikan diri sendiri serta  keluarga jika mereka telah 
menggunakan kesemua  wang simpanan seumur hidup, mengeluarkan  simpanan dari 
ASB atau mendapatkan pinjaman dari  bank atau koperasi hanya untuk menyertai 
skim  tersebut. Mereka akan cepat papa, bukannya cepat  kaya.  
  ii. Menghadapi tuduhan bersubahat atau bersekongkol  dalam aktiviti 
pengambilan deposit secara haram di  bawah ABIK. Hukuman bagi kesalahan 
bersubahat  adalah serupa seperti yang dikenakan ke atas  penganjur aktiviti 
pengambilan deposit secara haram. 
  S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang  di dalam skim pengambilan 
deposit secara haram? 
  Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian  wang di dalam skim 
pengambilan deposit secara  haram apabila:  
  i. Skim tersebut gagal. Memandangkan dana  kebanyakan skim pengambilan 
deposit secara haram  adalah daripada deposit ahli-ahlinya, skim tersebut  akan 
berterusan selagi ahli yang wujud atau ahli baru  mendepositkan wang. Jika 
tiada seorang pun yang  menyumbangkan wang, penganjur tidak akan dapat  
menanggung pembayaran pulangan yang tinggi.  Pada masa itu, skim tersebut akan 
gagal dan para  pendeposit akan kehilangan wang mereka. 
  ii. Sejak dari awal, penganjur memang tidak berniat untuk  memulangkan wang 
deposit dan melarikan diri  bersama wang yang telah dikumpul. 
  S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud? 
  Selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi dan 
menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini 
akan terus wujud. Mereka yang tidak berwaspada dan terpedaya dengan janji-janji 
pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu memastikan skim-skim ini 
berterusan dan akan terus kehilangan wang simpanan mereka. 
  S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang 
pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram 
atau skim cepat kaya ? 
  Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis 
kepada : 
  BANK NEGARA MALAYSIA 
  Jabatan Perkhidmatan Korporat, 
Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur 
  atau melalui : 
            E-mail      -         ' );  document.write( addy_text68390 );  
document.write( '' );  //-->     [EMAIL PROTECTED]   This email address is 
being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it 
  Telefon   -     03-2694 6480 / 03-2694 6437 
  Faksimili -     03- 2691 2990 

  
  
  Zaharuddin Abd Rahman 
  www.zaharuddin.net 
  6 Mei 2008 

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke