Memiliki kuasa dan kemewahan itu tentunya menyeronokkan dan akhirnya lupa 
bahawa itu semua cubaan dari Allah swt. Allah akan menguji setiap daripada kita 
apakah kita benar-benar beriman kepada Nya? Ini jelas sepertimana firman Allah 
dalam ayat 2 Surah Al Ankabut yang bermaksud:
     "Apakah kamu akan hanya dibiarkan berkata kami beriman sedangkan kamu 
sedikit pun tidak diuji?
      Selagi kuasa itu tidak dirasakan sebagai amanah dan ujian daripada Allah 
maka kuasa yang diberi itu hanya akan digunakan untuk mendapatkan keuntungan 
demi keuntungan diri dan kroni. Apa nak dipedulikan dengan rakyat yang serba 
miskin!!
      Selama mana kuasa dapat dikekalkan selagi itulah mereka sanggup berbuat 
apa juga untuk kekalkan kuasa. Soal halal dan haram bukan lagi persoalan 
samalah seperti Yahudi yang dilaknat oleh Allah swt. Puak yang tamak kuasa ini 
pun kutuk Yahudi tapi mereka tidak mencerminkan diri dan sedar yang perbuatan 
mereka juga sama seperti Yahudi!!
      Terkini dilaporkan Dato' Seri  Anwar Ibrahim sekali lagi disiasat kerana 
aduan liwat oleh seorang pemuda berumur ? 23 tahun. Dalam keadaan kuasa yang 
dimiliki pihak-pihak tertentu terancam dengan kemaraan Anwar dalam politik 
negara apa saja kemungkinan  sanggup dilakukan oleh pihak terbabit.Yang tiada 
bukti pun tidak ada masalah kerana mereka-reka bukti itu mudah saja dan yang 
diberi kuasa menyiasat pun boleh lakukannya asalkan dilindungi pemimpin 
berkuasa yang mengarahkannya!! Perkara yang sama dilakukan keatas Anwar 10 
tahun lalu. Apakah ini hanya sekadar mengulangi peroses yang sama bagi 
menghalang Anwar bertanding dalam pilihanraya dan melambat-lambatkan peroses 
Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara??      
      Yang hairan nya TPM dan isteri yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita 
Mongolia pun katanya disiasat berikutan pendedahan RPK tapi betulkan pihak yang 
berwajib menyiasat itu menyiasat?? Dibandingkan dengan kes bekas TPM 10 tahun 
lalu pihak yang menyiasat memang menyiasat. Bukan takat siasat bahkan 
bukti-bukti palsu diadakan kerana ketika itu pemimpin nombor satu mahukan Anwar 
didapati bersalah oleh mahkamah. Beranikah pemimpin nombor satu sekarang dalam 
keadaan benar-benar lemah mahukan timbalannya serta isteri disiasat dan didakwa 
di mahkamah kerana kemungkinan terlibat dalam kes pembunuhan wanita itu walau 
pun ada bukti-buktinya ?? Orang nombor satu pun tak selamat juga nak bertindak 
demikian kerana anak menantu pun dikatakan melakukan pelbagai penyelewengan.
    Realitinya pemimpin-pemimpin yang sedang berkuasa di pusat sekarang dan 
"hulubalang-hulubalang" mereka akan terus menzalimi rakyat dan sapa juga yang 
mencabar kuasa politik mereka. Fitnah memfitanah mudah bagi mereka kerana semua 
jentera yang diketuai hulubalang tadi mudah untuk diarah mengikut telunjuk!!  
Dimanakah letaknya Allah yang mereka sujud (ramai yang kelihatan sujud kepada 
Allah) atau mereka hanya berpura-pura (munafiq)?? Apakah mereka ini merasakan 
dengan mengaku Islam dan sujud (ketika solat sahaja) kepada Allah sudah cukup 
mereka diterima sebagai beriman walau pun kelakuan mereka tidak mencerminkan 
keimanan mereka?? Apakah mereka ingin jadi seperti Firaun dan 
hulubalang-hulubalangnya yang ditenggelamkan kedasar laut dan ketika itu 
akurlah mereka bahawa hanya Allah tuhan mereka dan Nabi Musa as itu adalah 
benar utusan Nya tapi sudah terlambat kerana Allah sudah tidak lagi 
menerimanya!! Bahkan bagi yang munafiq itu tempatnya bukan di
 dasar laut tapi di dasar neraka!! Nauuzubillah.

ibnuAli
kota jembal

--- On Sat, 6/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kekalkan pemimpin yang zalim membuatkan 
rakyat semakin derita
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Saturday, June 14, 2008, 12:40 AM











             
Salam muhibah buat semua rakyat Malaysia yang seringkali menjadi mangsa keadaan 
dalam menongkah arus membelah badai kehuruharaan ekonomi dan politik dunia 
tidak termasuk lagi dengan penghinaan ke atas agama Islam yang dilakukan oleh 
bakal presiden Amerika yang baru Mr. Barack Obama yang melobi penganut Yahudi 
di Amerika Syarikat dengan menyatakan BaitulMaqdis akan tetap menjadi ibu 
negara Israel dan seterusnya mengekalkan polisi Amerika Syarikat terhadap Islam 
dan penganutnya yang semestinya bangkit menentang kenyataannya itu.
 
Kesan daripada ekonomi dan politik dunia yang tidak stabil dipelopori oleh 
Amerika Syarikat membuatkan negara Malaysia mendapat kesan yang sama dihadapi 
seluruh dunia kerana mempunyai pemimpin yang lemah dan tidak berani 
bersuara untuk mengambil tindakan yang bijak dalam menghadapi situasi yang 
genting yang dihadapi sekarang. Pemimpin - pemimpin ini hanya ingin mengekalkan 
statusnya sebagai wakil rakyat yang memperolehi kelebihan "privelege" tanpa 
memikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan tidak sanggup mengorbankan apa 
yang dimiliki sekarang dan tidak mahu segala yang dimiliki hilang dalam sekelip 
mata.
 
Jika dilihat dalam skop pentadbiran Malaysia sekarang, kerajaan sekarang lebih 
kepada sikap orang Munafik yang tidak menepati janji dan seringkali melakukan 
dusta dan mempermainkan rakyat dengan kata-kata manis bagi meraih undi 
semata-mata tidak mahu kehilangan dan kedudukan sebagai wakil rakyat. Kebajikan 
rakyat tidak dijaga dengan sepenuhnya, tindakan yang diambil hanya melepaskan 
batuk di tangga sebaliknya rakyat terus menderita dalam menghadapi krisis 
ekonomi yang begitu teruk melanda negara sekarang. Krisis ini berlaku akibat 
daripada kerakusan pemimpin ini sendiri yang sibuk mengumpul kekayaan melalui 
amalan-amalan rasuah yang berleluasa berlaku daripada pihak atasan sehingga ke 
peringkat bawahan. Akibatnya rakyat yang tidak seberapa pendapatan yang 
mempunyai bebanan tanggungan yang banyak terpaksa menerima hakikat daripada 
kesan krisis tersebut.
 
Kenapa minyak harus dinaikkan? Kenapa tidak projek mega koridor seluruh negara 
ditangguhkan atau dibatalkan demi menjaga kepentingan rakyat? Jawapannya ialah 
terletak kepada setiap manusia yang waras dan berfikiran positif dapat 
memikirkan apa faedah yang akan dimiliki oleh pemimpin-pemimpin ini dengan 
projek-projek mega tersebut. Rakyat pula terikut-ikut dengan sikap pemimpin 
yang mahukan kemegahan dari segala aspek di dunia ini tanpa memikirkan beban 
yang akan mereka hadapi pada masa akan datang. Pemimpin-pemimpin ini pula akan 
terus bergoyang kaki melihat arus pembangunan yang pesat dan rakyat bawahan 
pula akan terus derita dengan kenaikan-kenaikan harga barangan yang mendadak 
akibat daripada taraf kos sara hidup yang meningkat yang seterusnya akan 
menyebabkan peningkatan jumlah rakyat termiskin di negara ini nanti.
 
Justeru itu, langkah-langkah yang bijak haruslah diambil oleh pihak kerajaan di 
antaranya dengan melancarkan Tabung Kebajikan Negara yang mewajibkan semua 
syarikat-syarikat konglomerat tempatan menyumbangkan dana keuntungan mereka 
kepada tabung ini di samping elaun menteri-menteri kabinet dan parlimen 
dipotong sekurang-kurangnya 30% bagi menjamin dan menjaga kebajikan rakyat pada 
masa akan datang. Tabung ini pula seharusnya dijaga oleh satu unit dari Bank 
Negara Malaysia dan seharusnya diaudit dari semasa ke semasa bagi menjamin 
ketelusan yang berlaku dan tidak mengalami ketirisan kepada pihak yang tidak 
bertanggungjawab dan hanya mereka yang layak sahaja dapat menerima sumbangan 
daripada tabung tersebut. Ini ialah satu cara bagaimana kita mengawal 
pengaliran keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat tempatan agar 
boleh dikongsi oleh semua rakyat jelata.   
   




























      

Kirim email ke