** *Wan Azizah : imej dan penampilannya menjadi "penyelamat" kepada suaminya di mata ramai, isteri yang sentiasa menyokong demi maruah keluarga dan kuasa di khalayak ramai.*
* * *ANWAR IBRAHIM* Antara sahabat baiknya adalah *Paul Wolfowitz -* bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta *Al Gore,* bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos. Dalam temuramah majalah *TEMPO ( Indonesia ) *dalam tahun 2006, beliau telah ditanyakan soalan ini : TEMPO : Anda masih berdendam dengan Mahathir? Jawab Anwar : Saya bukan malaikat. Al Gore pernah bertanya kepada saya, adakah saya akan memaafkan Mahathir? *S**aya katakan jika dia salah kepada saya, saya maafkan**. Tetapi kalau dia curi wang rakyat, haruslah dikembalikan. **Itu soal lain.* *Selepas dibebaskan :-* Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah Kehormat. - Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di *Kolej St Anthony, Oxford.* Pensyarah Kehormat Catherine's College, Oxford University. - Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan Antarabangsa *Johns Hopkins School of Advance, Washington DC.* - Distinguished Visiting Professor - *Georgetown University.* - *Pengerusi Yayasan Masa Depan - Washington* ( *Pengaruhnya telah berjaya meminta Bank Dunia memindahkan Shah Riza - bekas teman wanita Paul Wolfowitz *dari Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ) - Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha - bertempatnya Pengkalan Tentera Amerika untuk Perang Iraq. - Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga *Mary Robinson*, bekas wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia. - Menganggotai *Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group*, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London. Pada 24 Februari 2005, Diraikan dalam satu majlis oleh *Jim Wolfenson, Presiden Bank Dunia* di pejabatnya di Washington DC. - Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan *Elliot Abrams, Penasihat Presiden Bush* dan Pengarah National Security Council. Juga kemudiannya menemui Pemangku Setiausaha Negara Amerika, *Robert Zoellick - Timbalan Setiausaha Amerika* yang bertanggungjawab terhadap perkembangan politik dan pembangunan Asia Barat. - Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida, yang dihadiri bekas *Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.* - 27 Februari 2005 : Menemui *pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika, dari Wash* *ington, New York, London dan Geneva.* Antara yang terkenal ialah J.E Robert, Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC. - Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu *Madeline AlBright, *bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga Pengerusi Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat. Maldine Albright A Gore, Paul Wolfwitz & Shah Riza *ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004* : Di mana-mana pentas ceramah menekankan *dia memaafkan* *Dr Mahathir, Tan Sri Rahim Noor, Abdul Ghani Patail, Musa Hassan.* Sebagai orang yang *PAKAR BERCAKAP*, dia pernah dipanggil beberapa institusi kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan. Antaranya Harvard University, Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University of Washington, Stanford University, Chicago University. Di Washington dia ada berucap dalam satu talk dengan tajuk " *Inter-American Development Bank Forum on the Americans*". Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine, Fortune, Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV. Berita positif mengenai dirinya telah keluar di *Jerusalem Post* baru-baru ini. *Sejurus selepas PRU 12,* telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong. Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini. Sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, *Agenda Ekonomi Malaysia* akan dibentuk menggantikan DEB. Stylenya dalam isu-isu agama adalah *MENGHALAMKAN* (*baca, halal bukan, haram pun bukan*). Rujuk kes penangkapan peserta *Ratu cantik Melayu oleh Allahyarham bekas Mufti Ishak Baharom. *Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap berpakaian itu. Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mahu dilihat sebagai pemimpin *moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.* *Salman Rushdie *pernah disifatkannya sebagai *'penulis terulung'* *Yang sah HARAM pada Anwar adalah jemaah Arqam*. Beliaulah *tunjang* dan *mastermind *kejatuhan dan pembubaran *Arqam*, serta penangkapan *ISA *para pemimpinnya. ( Mungkin antara sebabnya adalah beliau merasa terganggu oleh kedatangan wakil dari Abuya Ashaari Muhammad sebanyak dua kali yang mengkhabarkan secara baik kepadanya bahawa beliau tidak akan sempat menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila, sebaliknya akan jatuh TERHINA ) . Kata-kata ini diungkapkan Abuya sebelum tahun 1994. *Salaam & Regards Amri Abdul Wahab 68000 Ampang, Selangor MALAYSIA* http://wahabamri.blogspot.com
