Salam;
 
Nabi Ibrahim as dilahirkan dari keluarga bangsawan dalam pemerentahan Namrud 
dan Nabi Ibrahim memngenali dekat tokoh-tokoh pemerintahan Namrud.
 
Nabi Musa dibesarkan di istana Firaun dan tentunya sangat kenal dengan 
tokoh-tokoh pentadbiran Firaun.
 
Nabi Yusuf as juga terlibat dalam rumah pembesar Mesir waktu itu dan tentunya 
kenal ramai pembesar Mesir.
 
Nabi yang kita cintai Nabi Muhammad saw juga dari keluarga bangsawan Mekah. 
Rasullullah saw tentunya mengenali semua tokoh-tokoh Mekah waktu itu.
 
Itulah sunnah perjuangan. Apa mungkin orang yang tahu hanya dekat kampung 
sendiri sahaja mampu menggalas agenda besar perubaha? Fikir sendiri. Jangan 
kita hanya berkira dalam pemikiran yang dangkal.
 
Fadzil Hj Abdullah

--- On Mon, 11/8/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fakta : Fakta DSAI
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, 11 August, 2008, 3:22 PM













Wan Azizah :  imej dan penampilannya menjadi  "penyelamat" kepada suaminya di 
mata ramai, isteri yang sentiasa menyokong demi maruah keluarga dan kuasa di 
khalayak ramai.


ANWAR IBRAHIM
Antara sahabat baiknya adalah Paul Wolfowitz - bekas Penolong Setiausaha 
Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta Al Gore, bekas Naib 
Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos.
Dalam temuramah majalah TEMPO ( Indonesia ) dalam tahun 2006, beliau telah 
ditanyakan soalan ini :
TEMPO : Anda masih berdendam dengan Mahathir?
Jawab Anwar : Saya bukan malaikat. Al Gore pernah bertanya kepada saya, adakah 
saya akan memaafkan Mahathir?

Saya katakan jika dia salah kepada saya, saya maafkan. Tetapi kalau dia curi 
wang rakyat, haruslah dikembalikan. Itu soal lain.
Selepas dibebaskan :-
Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah 
Kehormat.

Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di Kolej St 
Anthony, Oxford. Pensyarah Kehormat Catherine's College, Oxford University.

Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan Antarabangsa Johns 
Hopkins School of Advance, Washington DC.

Distinguished Visiting Professor - Georgetown University.

Pengerusi Yayasan Masa Depan - Washington ( Pengaruhnya telah berjaya meminta 
Bank Dunia memindahkan Shah Riza - bekas teman wanita  Paul Wolfowitz dari 
Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ)

Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha - bertempatnya Pengkalan Tentera Amerika 
untuk Perang Iraq.

Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga Mary Robinson, bekas 
wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.

Menganggotai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group, sebuah 
syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London.Pada 24 Februari 2005, 
Diraikan dalam satu majlis oleh Jim Wolfenson, Presiden Bank Dunia di 
pejabatnya di Washington DC.


Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan Elliot Abrams, Penasihat 
Presiden Bush dan Pengarah National Security Council.Juga kemudiannya menemui 
Pemangku Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick - Timbalan Setiausaha 
Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan politik dan pembangunan 
Asia Barat.


Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida, yang 
dihadiri bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.

27 Februari 2005 : Menemui pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika, dari Wash 
ington, New York, London dan Geneva. Antara yang terkenal ialah J.E Robert, 
Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC.

Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu Madeline AlBright, 
bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga Pengerusi 
Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat.



Maldine Albright




A Gore, Paul Wolfwitz & Shah Riza


ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004 :


Di mana-mana pentas ceramah menekankan dia memaafkan Dr Mahathir, Tan Sri Rahim 
Noor, Abdul Ghani Patail, Musa Hassan.
Sebagai orang yang PAKAR BERCAKAP, dia pernah dipanggil beberapa institusi 
kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan. Antaranya Harvard University, 
Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University 
of Washington, Stanford University, Chicago University. Di Washington dia ada 
berucap dalam satu talk dengan tajuk " Inter-American Development Bank Forum on 
the Americans".
Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine, Fortune, 
Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV. Berita positif 
mengenai dirinya telah keluar di Jerusalem Post baru-baru ini.
Sejurus selepas PRU 12, telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong. 
Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui 
para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini.
Sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, Agenda Ekonomi Malaysia akan dibentuk 
menggantikan DEB.
Stylenya dalam isu-isu agama adalah MENGHALAMKAN (baca, halal bukan, haram pun 
bukan). Rujuk kes penangkapan peserta Ratu cantik Melayu oleh Allahyarham bekas 
Mufti Ishak Baharom. Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap 
berpakaian itu. Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert 
KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mahu dilihat 
sebagai pemimpin moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama 
secara melampau. Salman Rushdie pernah disifatkannya sebagai 'penulis terulung'
Yang sah HARAM pada Anwar adalah jemaah Arqam. Beliaulah tunjang dan mastermind 
kejatuhan dan pembubaran Arqam, serta penangkapan ISA para pemimpinnya. 
( Mungkin antara sebabnya adalah beliau merasa terganggu oleh kedatangan wakil 
dari Abuya Ashaari Muhammad sebanyak dua kali yang mengkhabarkan secara baik 
kepadanya bahawa beliau tidak akan sempat menjadi Perdana Menteri sampai 
bila-bila, sebaliknya akan jatuh TERHINA ) . Kata-kata ini diungkapkan Abuya 
sebelum tahun 1994.



 
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri. blogspot. com














Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke