Assallamualaikum........
Alhamdullillah......nampaknya beliau seperti seorang yang pemaaf tapi
betul ke ?. Gapa sekarang heboh dedahkan "maklumat rahsia" kononnya
Gani Patail dan Musa Hassan terlibat dalam komplot mengenai diri dia ?.
Alhamdullillah....kawannya semua molek belaka ( orang besarla katakan )
tapi gapa dengan orang Amerika dn Britain ye....dan kalau jumpa pun kat
sana jugak....hai susah nak pikir nii....Rasa sayalah mereka nii lah " besau
punya lahabau ". Takkan orang lain tak tau kot...?.
Wallahualam.....kita semua dikurnia akal fikiran dan segalanya amat terbatas,
cetek.
Mungkin dia ke sana untuk kebaikan rakyat Malaysia...siapa tau ?.
Mungkin juga sekadar persahabatan...siapa tau ?.
Mungkin juga dia dijanjikan sokongan padu yang membolehkan jadi PM
( itu angan besar dia sehingga kini )...samada PM yang berkebolehan atau
pun PM BONEKA .
Yeah....kalau tidak mana mungkin si SUPERMAN AL GORE sudah 2 kali
mencampuri urusan negara ( awal krisis dgn Mahatdir dan baru baru ini ).
Tak masuk lagi si SPIDERMAN ( lupa namanya ) yang ada keluarkan
kenyataan sebelum ini....tentang Anwar jugak.....
Apakah kita perlu nasihat dari mereka untuk mentadbir negara kita...kalau
perlu.....,
Apakah mereka terima nasihat kita ketika krisis dengan Afghanistan, Iraq,
Somalia, Iran dan banyak lain ?. Alasan untuk memerangi penganas ataupun
Islam ?.
Fikir fikirkanlah
Wassallam
----- Original Message -----
From: Pena_Andak
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Monday, August 11, 2008 3:22 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fakta : Fakta DSAI
Wan Azizah : imej dan penampilannya menjadi "penyelamat" kepada suaminya di
mata ramai, isteri yang sentiasa menyokong demi maruah keluarga dan kuasa di
khalayak ramai.
ANWAR IBRAHIM
Antara sahabat baiknya adalah Paul Wolfowitz - bekas Penolong Setiausaha
Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta Al Gore, bekas Naib
Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos.
Dalam temuramah majalah TEMPO ( Indonesia ) dalam tahun 2006, beliau telah
ditanyakan soalan ini :
TEMPO : Anda masih berdendam dengan Mahathir?
Jawab Anwar : Saya bukan malaikat. Al Gore pernah bertanya kepada saya,
adakah saya akan memaafkan Mahathir?
Saya katakan jika dia salah kepada saya, saya maafkan. Tetapi kalau dia curi
wang rakyat, haruslah dikembalikan. Itu soal lain.
Selepas dibebaskan :-
Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah
Kehormat.
a.. Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di
Kolej St Anthony, Oxford. Pensyarah Kehormat Catherine's College, Oxford
University.
a.. Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan
Antarabangsa Johns Hopkins School of Advance, Washington DC.
a.. Distinguished Visiting Professor - Georgetown University.
a.. Pengerusi Yayasan Masa Depan - Washington ( Pengaruhnya telah berjaya
meminta Bank Dunia memindahkan Shah Riza - bekas teman wanita Paul Wolfowitz
dari Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ)
a.. Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha - bertempatnya Pengkalan Tentera
Amerika untuk Perang Iraq.
a.. Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga Mary
Robinson, bekas wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.
a.. Menganggotai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group,
sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London.
Pada 24 Februari 2005, Diraikan dalam satu majlis oleh Jim Wolfenson,
Presiden Bank Dunia di pejabatnya di Washington DC.
a.. Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan Elliot Abrams,
Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council.
Juga kemudiannya menemui Pemangku Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick
- Timbalan Setiausaha Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan
politik dan pembangunan Asia Barat.
a.. Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida,
yang dihadiri bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.
a.. 27 Februari 2005 : Menemui pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika,
dari Wash ington, New York, London dan Geneva. Antara yang terkenal ialah J.E
Robert, Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC.
a.. Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu Madeline
AlBright, bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga
Pengerusi Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat.
Maldine Albright
A Gore, Paul Wolfwitz & Shah Riza
ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004 :
Di mana-mana pentas ceramah menekankan dia memaafkan Dr Mahathir, Tan Sri
Rahim Noor, Abdul Ghani Patail, Musa Hassan.
Sebagai orang yang PAKAR BERCAKAP, dia pernah dipanggil beberapa institusi
kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan. Antaranya Harvard University,
Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University
of Washington, Stanford University, Chicago University. Di Washington dia ada
berucap dalam satu talk dengan tajuk " Inter-American Development Bank Forum on
the Americans".
Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine,
Fortune, Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV. Berita
positif mengenai dirinya telah keluar di Jerusalem Post baru-baru ini.
Sejurus selepas PRU 12, telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong.
Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui
para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini.
Sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, Agenda Ekonomi Malaysia akan
dibentuk menggantikan DEB.
Stylenya dalam isu-isu agama adalah MENGHALAMKAN (baca, halal bukan, haram
pun bukan). Rujuk kes penangkapan peserta Ratu cantik Melayu oleh Allahyarham
bekas Mufti Ishak Baharom. Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap
berpakaian itu. Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert
KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mahu dilihat
sebagai pemimpin moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama
secara melampau. Salman Rushdie pernah disifatkannya sebagai 'penulis terulung'
Yang sah HARAM pada Anwar adalah jemaah Arqam. Beliaulah tunjang dan
mastermind kejatuhan dan pembubaran Arqam, serta penangkapan ISA para
pemimpinnya. ( Mungkin antara sebabnya adalah beliau merasa terganggu oleh
kedatangan wakil dari Abuya Ashaari Muhammad sebanyak dua kali yang
mengkhabarkan secara baik kepadanya bahawa beliau tidak akan sempat menjadi
Perdana Menteri sampai bila-bila, sebaliknya akan jatuh TERHINA ) . Kata-kata
ini diungkapkan Abuya sebelum tahun 1994.
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com