salam ,

adalah dimaklumkan bahawa  Aurad Muhammadiah   TELAH DI HARAMKAN OLEH KERAJAAN 
MALAYSIA.



----- Original Message ----
From: "amri el [EMAIL PROTECTED]" <amri el [EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, August 12, 2008 11:57:02 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Berkenalan dengan Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi


RIWAYAT hidup alim ulama atau tokoh tokoh aktivis Islam tempatan tidak banyak
di ketahui olih masyarakat Islam hari ini.Di antaranya ialah Sheikh
Muhammad Fadhlullah As Suhaimi

Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat
tidak
asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada
dekat 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka,
tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.
Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad
Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam
yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi
dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang
berketurunan Ba'Alawi Bani BaSyaiban yang berasal dari Hadhramaut.
Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10,
kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang
ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada
bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah
berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.


Menjelang
Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di
Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang
majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan 
Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid"
terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke
Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916
sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas
kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan
menerbitkan majalah "Jasa"
di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor
Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada
1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh
di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun.
Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa
ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir
Kuliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955.

Beliau
juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma'ruf, Singapura selain menjadi
Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau
mengasaskan Madrasah al–Ma'arif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura
yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun
terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bharu, Jawa ,
Kelantan dan Pahang, nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum
Muda - Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau
yang mendokong fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat
dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang
dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui
majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung
melontarkan pemikiran-pemikiran baru yang dianggap bertentangan dengan
Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas"
untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung. Perdebatan berterusan ini
membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat
melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah,
amalan bidaah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara
bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan
baik.

Walau
bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan
Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan
Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh'
Abdullah Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang,
kerana itu perdebatan berlaku di sana. Selain itu juga, beliau telah
menghasilkan lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti
fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta
menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau
juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan
kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan
semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut
terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas
Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah 
al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy – 
syaikh Muhammad
Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan
ilmunya. Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara
langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat
dalam politik. Antara murid yang terkenal di kelantan ialah Ustaz Wan
Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kuliah al-Attas sebelum menjadi
wakil rakyat PAS 1959.

Syeikh
Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam
persidangan- persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas
Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa
pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama
Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam
gerakan antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran
Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura
walaupun beliau bukan ahli Umno.

Dalam
Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951
yang telah berjaya menubuhkan PAS, Shaikh Fadhlullah memainkan peranan
penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini.
Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama
Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai
salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada
Raja-Raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan,
sekaligus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun
nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi
beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di
Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir
Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik
belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin
utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di
Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung
perjuangan PAS di seluruh negara.

Sheikh
Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di
Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang
terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz
Kamil Suhaimi.

Sumber: Akhbar HARAKAH, Ruangan FIKRAH 24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL 1429H - 
15 MEI 2008

NOTA Penulis (yang juga bekas murid Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi di 
Singapura):
Sheikh
Muhammad As Suhaimi yang di sebut dalam artikel ini adalah juga
pengasas Wirid Aurad Muhammadiah yang turut di amalkan dan di
kembangkan olih anak cucu nya hingga ke hari ini.Di antaranya
Allahyarham Sheikh Muhammad Khairullah As Suhaimi, Allahyarham Sheikh
Muhammad Fadlullah As Suhaimi sendiri ,cucunya Allahyarham Ustaz
Muhammad Taha As Suhaimi dan Peguam Ustaz Muhammad Kamil As
Suhaimi.Pengamal Aurad Muhammadiah ramai di seluruh dunia terutamanya
di Nusantara termasok di Malaysia.Kerajaan Malaysia telah mengharamkan
Aurad Muhammadiah kerana ianya turut di amal olih Al Arqam.

الفاتحة


إرحم اللهم مثواه و بل بوابل الرحمة ثراه
و ارفع درجته و نور محلته و آنس وحشته
و اكتب حسنته و كن لنا و له وليا و بنا و به حفيا
اللهم آمين بجاه سيد المرسلين
و صلى الله على سيدنا محمد
و على آله و صحبه و سلم
و الحمد لله رب العالمين




--
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri. blogspot. com



      

Kirim email ke