Jadi sekarang akhi amri, enta ikut fatwa mana....Majlis Fatwa Malaysia ke 
atau Singapura.




amri el wahab 
Sent by: [email protected]
08/16/08 10:58 PM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Berkenalan dengan Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi






Tetapi di lain lain negara saperti Singapura, Brunei dan Indonesia tidak 
di haramkan.Bahkan di Brunei ianya di kembangkan olih Mufti Brunei sendiri 
Pihin Haji Ismail dan khabarnya Aurad Muhammadiah di jadikan amalan di 
Raja brunei.



2008/8/14 <wizardcomel>
salam ,

adalah dimaklumkan bahawa  Aurad Muhammadiah   TELAH DI HARAMKAN OLEH 
KERAJAAN MALAYSIA. 

----- Original Message ----
From: "amri el [EMAIL PROTECTED]" <amri el [EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, August 12, 2008 11:57:02 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Berkenalan dengan Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi

RIWAYAT hidup alim ulama atau tokoh tokoh aktivis Islam tempatan tidak 
banyak di ketahui olih masyarakat Islam hari ini.Di antaranya ialah Sheikh 
Muhammad Fadhlullah As Suhaimi
Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan 
masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an. 
Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan 
Islam yang amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan 
anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh 
pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh 
Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga 
ulama yang berketurunan Ba'Alawi Bani BaSyaiban yang berasal dari 
Hadhramaut. Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad 
ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid 
yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas 
daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau 
telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di 
Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang 
majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan 
Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" 
terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura 
dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah 
ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura 
beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di 
Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru 
atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, 
beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di 
Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun. Selepas 
itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika 
pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah 
al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955. 

Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma'ruf, Singapura selain 
menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau 
mengasaskan Madrasah al–Ma'arif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang 
kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat 
dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bharu, Jawa , Kelantan dan 
Pahang, nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda - Kaum Tua 
yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendokong 
fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan 
Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong 
pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung 
melontarkan pemikiran-pemikiran baru yang dianggap bertentangan dengan 
Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas
" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung. Perdebatan berterusan ini 
membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui 
majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidaah 
dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh 
Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah 
Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan 
Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah 
Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu 
perdebatan berlaku di sana. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan 
lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, 
táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan 
kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan 
berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah 
beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam 
seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan 
tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang 
terkenal itu. 

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 
'al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila 
Allah asy – syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad 
as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya. Dalam bidang politik, Sheikh 
Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana 
kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara murid yang terkenal di 
kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kuliah 
al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959. 

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam 
persidangan- persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas 
Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa 
pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh 
Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan 
antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, 
Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun 
beliau bukan ahli Umno.

Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 
1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Shaikh Fadhlullah memainkan 
peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam 
ini. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama 
Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah 
seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-Raja 
Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekaligus 
menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, 
tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di 
Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir 
Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik 
belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin 
utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di 
Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung 
perjuangan PAS di seluruh negara.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di 
Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal 
ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil 
Suhaimi. 

Sumber: Akhbar HARAKAH, Ruangan FIKRAH 24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL 
1429H - 15 MEI 2008

NOTA Penulis (yang juga bekas murid Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi di 
Singapura): 
Sheikh Muhammad As Suhaimi yang di sebut dalam artikel ini adalah juga 
pengasas Wirid Aurad Muhammadiah yang turut di amalkan dan di kembangkan 
olih anak cucu nya hingga ke hari ini.Di antaranya Allahyarham Sheikh 
Muhammad Khairullah As Suhaimi, Allahyarham Sheikh Muhammad Fadlullah As 
Suhaimi sendiri ,cucunya Allahyarham Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi dan 
Peguam Ustaz Muhammad Kamil As Suhaimi.Pengamal Aurad Muhammadiah ramai di 
seluruh dunia terutamanya di Nusantara termasok di Malaysia.Kerajaan 
Malaysia telah mengharamkan Aurad Muhammadiah kerana ianya turut di amal 
olih Al Arqam.
الفاتحة


إرحم اللهم مثواه و بل بوابل الرحمة ثراه
و ارفع درجته و نور محلته و آنس وحشته
و اكتب حسنته و كن لنا و له وليا و بنا و به حفيا
اللهم آمين بجاه سيد المرسلين
و صلى الله على سيدنا محمد
و على آله و صحبه و سلم
و الحمد لله رب العالمين


  

-- 
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri. blogspot. com




-- 
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com
 

Kirim email ke