Saya fikir agak sukar untuk saya menerima kata-kata orang yang taksub kepada 
Asya`ari Muhammad
 
Saya nak tengok respon orang lain terhadap soalan saya tu

--- Pada Rab, 20/8/08, amri el [EMAIL PROTECTED] <amri el [EMAIL PROTECTED]> 
menulis:

Daripada: amri el [EMAIL PROTECTED] <amri el [EMAIL PROTECTED]>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Berkenalan dengan Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Tarikh: Rabu, 20 Ogos, 2008, 8:53 AM







Kepada "Insan Manusia",

Terima kasih.
Aurad Muhammadiah yang di amalkan di mana mana semuanya sama.Sebab itu Ustaz 
Taha Suhaimi dari Singapura dan Nahdatul Ulama dari Indonesia telah menjawab 
segala tuduhan sesat olih Kerajaan Malaysia.



2008/8/17 <insanmanusia>










Samakah yang diamalkan dilain-lain negara berbanding dengan yang diharamkan 
oleh kerajaan Malaysia. Yaitu yang dipopularkan oleh asya`ari mohd

--- Pada Sab, 16/8/08, amri el [EMAIL PROTECTED] com <amri el [EMAIL PROTECTED] 
com> menulis:

Daripada: amri el [EMAIL PROTECTED] com <amri el [EMAIL PROTECTED] com>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Berkenalan dengan Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Tarikh: Sabtu, 16 Ogos, 2008, 10:58 PM





Tetapi di lain lain negara saperti Singapura, Brunei dan Indonesia tidak di 
haramkan.Bahkan di Brunei ianya di kembangkan olih Mufti Brunei sendiri Pihin 
Haji Ismail dan khabarnya Aurad Muhammadiah di jadikan amalan di Raja brunei.




2008/8/14 <wizardcomel>








salam ,

adalah dimaklumkan bahawa  Aurad Muhammadiah   TELAH DI HARAMKAN OLEH KERAJAAN 
MALAYSIA.



----- Original Message ----
From: "amri el [EMAIL PROTECTED] com" <amri el [EMAIL PROTECTED] com>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Tuesday, August 12, 2008 11:57:02 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Berkenalan dengan Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi




RIWAYAT hidup alim ulama atau tokoh tokoh aktivis Islam tempatan tidak banyak 
di ketahui olih masyarakat Islam hari ini.Di antaranya ialah Sheikh Muhammad 
Fadhlullah As Suhaimi



Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan 
masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an. Beliau 
bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang 
amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada 
Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan 
Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi 
dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan 
Ba'Alawi Bani BaSyaiban yang berasal dari Hadhramaut. Keluarganya berpindah 
dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke 
Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas 
mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin 
Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.


Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di 
Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 
'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah 
Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan 
Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik 
sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana 
membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan 
kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga 
mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan 
Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang 
mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat 
perang Jepun. Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan 
beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah
 beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 
1955.

Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma'ruf, Singapura selain menjadi 
Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan 
Madrasah al–Ma'arif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi 
oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di 
Singapura, Johor Bharu, Jawa , Kelantan dan Pahang, nama beliau mula menonjol 
dalam perdebatan Kaum Muda - Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua 
lagi. Beliau yang mendokong fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan 
pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang 
dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung 
melontarkan pemikiran-pemikiran baru yang dianggap bertentangan dengan Kaum 
Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk 
menjawab pemikiran Hassan Bandung. Perdebatan berterusan ini membawa kepada 
cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, 
"Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidaah dan fahaman Kaum 
Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia 
dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan 
Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang 
terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah Maghribi dan 
'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku 
di sana. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih Sebuah karya agama 
dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum 
Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di 
Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. 
Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan 
semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat 
dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah 
yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah 
al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy – 
syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad as-Suhaimi menggambarkan 
keluasan ilmunya. Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara 
langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam 
politik. Antara murid yang terkenal di kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman 
Ibrahim yang pernah belajar di Kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 
1959.

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam 
persidangan- persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang 
Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa pertubuhan 
Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai 
terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antípenjajah. Semasa 
para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir 
mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno.

Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 
yang telah berjaya menubuhkan PAS, Shaikh Fadhlullah memainkan peranan penting 
ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini. Walaupun tidak 
memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah 
diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama 
yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-Raja Melayu untuk membolehkan sebuah 
pertubuhan ulama diasaskan, sekaligus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di 
seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi 
beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada 
awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa 
ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belïau, tetapi anak beliau, Ustaz 
Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965. 
Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan 
kcbanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di 
Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal 
ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.

Sumber: Akhbar HARAKAH, Ruangan FIKRAH 24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL 1429H - 
15 MEI 2008

NOTA Penulis (yang juga bekas murid Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi di 
Singapura):
Sheikh Muhammad As Suhaimi yang di sebut dalam artikel ini adalah juga pengasas 
Wirid Aurad Muhammadiah yang turut di amalkan dan di kembangkan olih anak cucu 
nya hingga ke hari ini.Di antaranya Allahyarham Sheikh Muhammad Khairullah As 
Suhaimi, Allahyarham Sheikh Muhammad Fadlullah As Suhaimi sendiri ,cucunya 
Allahyarham Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi dan Peguam Ustaz Muhammad Kamil As 
Suhaimi.Pengamal Aurad Muhammadiah ramai di seluruh dunia terutamanya di 
Nusantara termasok di Malaysia.Kerajaan Malaysia telah mengharamkan Aurad 
Muhammadiah kerana ianya turut di amal olih Al Arqam.

الفاتحة


إرحم اللهم مثواه و بل بوابل الرحمة ثراه
و ارفع درجته و نور محلته و آنس وحشته
و اكتب حسنته و كن لنا و له وليا و بنا و به حفيا
اللهم آمين بجاه سيد المرسلين
و صلى الله على سيدنا محمد
و على آله و صحبه و سلم
و الحمد لله رب العالمين


 

--
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri. blogspot. com




--
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri. blogspot. com



Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.


--
Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri. blogspot. com















      Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke