agenda perang sabil adalah memecahbelahkan umat Muhammad........mereka sedar perpecahan umat Muhammad mengakibatkan Islam itu tiada keupayaan kerna tiada rahmat dan rahim dari Allah..
"Zulkiffli Ahmad" Sent by: [email protected] 02/12/2008 06:31 AM Please respond to [email protected] To "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> cc Subject Re: Fwd: Help Palestine [hidayahnet] Tahlil bidaah? kita cari persamaan bukannya perbezaan...., sampai bila kita ingin bincangkan Isu Tahlil...ini, marilah sahabat-sahabatku kita muhasabah diri kita, kita perbaiki amalan kita..., kita cari bagaimana cara untuk lebih mendekatkan kita Pada Allah...jika ingin cerita bid 'ah...surau tu bukan bid' ah, Zaman Rasulullah S.A.W...ada surau ada tidak?..banyak perkara lagi yang harus kita runsingkan... Bacaaan kita pada solat adakah kita hayati, Bacaan Al fatihah, berapa huruf dalam al fatihah ada kita ambil peduli ...inilah amalan yang mula2 dihisaf... sekadar Ingat-meningati sesama kita umat islam >>> Kholid Ali 11/21 8:21 AM >>> Memang ada kebenarannya tentang apa yang saudara perkatakan itu. Majlis tahlil ini sekadar majlis dan ia tidak betul-betul dihayati. Yang saya tidak pasti apakah dilakukan oleh Nabi SAW ialah adakah ketika peringkat tahlil dengan kalimah Lailahailallah itu diucapkan dengan tahap kelajuan tertentu semacam gear kenderaan bermula dengan satu dua dan seterusnya ? Ucapan Lailahailallah diucapkan semakin kuat dan cepat apabila ianya hampir cukup jumlahnya. Seorang ustaz yang mengajar di tempat saya mengatakan ucapan tersebut seharusnya diucap dengan penoh keinsafan dengan menyadari akan tuntutan nya sebagai kalimah Tauhid. Saya rasa ustaz ini merujuk kepada tahlil selepas solat kerana saya tahu dia tidak begitu gemar hadir majlis tahlil arwah kerana saya rasa dia ? berpegang kepada amalan ini adalah bidaah sebagaimana juga ? pegangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Satu perkara lagi yang saya kurang mengerti ada keluarga di daerah saya yang melakukan tahlil arwah sehingga seminggu bermula hari pertama ahli keluarga meninggal dunia hinggalah hari ketujuh setiap hari. Saya rasa ini sudah keterlaluan. Dulunya sekadar tiga hari pertama kemudian tujuh hari dan seterusnya 40 hari yang saya yakin ramai berpegang kepada perbuatan ini pun sebagai bidaah apatah lagi jika dilakukan tujuh hari berturut-turut. Bagi mereka yang tinggal di daerah yang sama yang tidak faham akan tuntutan sebenar pasti akan terikut-ikut dan ini membebankan kepada keluarga yang kurang mampu. Sebaliknya apa yang lebih digalakkan apabila berlaku kematian ialah kita membantu keluarga terlibat dalam bentuk material dan lain-lain termasuklah mendoakan dan meminta keluarga itu bersabar dengan ujian Allah swt. Satu perkara lagi ialah kita dianjurkan ? mengiringi jenazah hingga kekubur. Amalan ini saya dapati semakin kurang diperaktikkan kebetulan dua hari lepas berlaku kematian seorang ahli jemaah sebuah masjid berhampiran rumah saya. Saya dapati rakan-rakan si mati tidak ramai yang turut mengiringi jenazah. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Sun, 11/16/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Fwd: Help Palestine [hidayahnet] Tahlil bidaah? To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, November 16, 2008, 4:28 AM Soal tahlil, baca yasin, marhaban dsbgnya ni, memang saya tahu ada perdebatan terutama antara kaum muda dan kaum tua (kalau dulu), sekarang antara apa yg di panggil salafi/wahabi dan yg mengaku mazhab Syafi'i atau yg lain. Saya tidak ada ilmu utk katu ia bid'ah atau sunnah. Cuma saya sendiri kurang gemar menghadiri majlis2 seumpama itu kerana apa yg saya dilihat di situ kurang menyenagkan. Maksud saya: Setelah bertahlil dgn begitu khusyuk dan serious dan penuh passion bagaikan nak runtuh rumah, lepas itu bersembang2, lawak jenaka, mengumpat, merokok (paling kurang meerka anggap makruh jika tidak haram), seolah2 baru balik ke kelab untuk minum2 petang setelah penat main golf 18 lubang., bukan dari suatu majlis memperingati dan membesarkan Allah swt. Ini kadangkal berlaku di tahlil arwah, siang tadi baru kebumi dgn penuh airmata berlinangan. Malah kadangkala masa tunggu mayyit dikafankan ini berlaku cuma tiada makan minum atau beratib tahli, tapi aktiviti diatas ada. Kekadang saya tertanya, orang Melayu anggap ini adat atau ibadat? Itu saja. Bukan saya nak tuduh bid'ah ke sunnah ke. Saya masih dok belajar. ---------- Forwarded message ---------- From: <imrans> Date: 2008/9/18 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tahlil bidaah? To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati Oleh: Ustaz Fadlan Mohd Othman Sumber: http://fadlan- mohd-othman. blogspot. com/ Pandangan al-Imam al-Syafi'i terhadap menghadiahkan bacaan kepada orang yang sudah mati (menurut al-Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-Najm 53, ayat 39:) Berkata al-Imam Ibnu Kathir: (( Dan daripada ayat yang mulia ini, al-Imam al-Syafi'i rahimahullah dan orang yang mengikutinya telah beristinbat bahawa bacaan itu tidak sampai hadiah pahalanya kepada orang-orang yang mati kerana ianya bukan daripada amalan mereka dan bukan juga daripada usaha mereka. Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w. tidak mensunatkannya ke atas umatnya dan tidak pula menggalakkan mereka kepadanya atau menunjukkan mereka kepadanya samada dengan nas mahupun isyarat. Perkara ini tidak pula dinukilkan daripada seorangpun para sahabat r.a. Jika perkara ini baik pasti mereka akan mendahului kita kepadanya. Perbincangan tentang al-qurubat (perkara yang mendekatkan kepada Allah) adalah perkara yang dibataskan kepada nas-nas dan tidak sekali-kali boleh diuruskan oleh jenis-jenis qiyas mahupun pendapat. Berkenaan doa dan sedekah, kedua perkara ini telah disepakati sampai pahalanya dan dinyatakan berkenaannya dalam syarak. Berkenaan hadith yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda "Sekiranya mati seorang insan, amalannya terputus kecuali daripada tiga: daripada anak salih yang mendoakannya, atau sedekah berterusan selepasnya, atau ilmu yang dimanfaatkan." Tiga perkara ini sebenarnya adalah daripada usahanya, titik peluhnya dan amalannya, seperti mana terdapat dalam hadith: "Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah daripada usahanya. Dan sesungguhnya anaknya adalah daripada usahanya." Sedekah yang berterusan seperti waqaf dan sebagainya adalah daripada kesan amalannya dan waqafnya. Allah Ta'ala telah berfirman (Yasin: 12): "Sesungguhnya kami yang menghidupkan orang yang mati dan kami catatkan apa yang mereka dahulukan dan juga kesan-kesan mereka." Ilmu yang disebarkannya kepada manusia lalu diteladani oleh manusia selepasnya juga adalah daripada usahanya dan amalannya. Telah terdapat dalam hadith sahih: "Sesiapa yang mengajak kepada hidayat, dia akan dapat pahalanya seperti pahala-pahala orang yang meneladaninya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun." )) dunya wal akhirah Sent by: [EMAIL PROTECTED] ups.com 09/15/08 12:19 PM Please respond to [EMAIL PROTECTED] ups.com To "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> cc Subject Help Palestine [hidayahnet] Tahlil bidaah? & Sedekah dalam talian http://www.etahlil. com.my/ Tahlil bidaah? Oleh Ziauddin Sharuddin [EMAIL PROTECTED] com.my MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil. Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam. Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu. "Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama," katanya. Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah. "Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama," katanya. Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama. Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui. "Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati," katanya. Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah. "Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat," katanya. Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu. Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda. Tahlil arwah: Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi) Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad) Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: "Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya." Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah. Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu. HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi. Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan. Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar. Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati. Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu." (al-Hasyr:10) ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------- Sedekah dalam talian Oleh Ziauddin Sharuddin [EMAIL PROTECTED] com.my Kebiasaannya majlis tahlil diadakan serentak bersama membaca surah Yassin dan diakhiri dengan doa selamat TAHLIL sudah menjadi sebahagian kehidupan umat Islam di negara ini. Malah, boleh dikatakan orang Islam Malaysia membesar bersama tahlil. Ketika kanak-kanak, kita mengikut ibu bapa ke kenduri tahlil dan apabila dewasa, menyertai majlis tahlil yang diadakan di surau, masjid dan di rumah jiran serta kenalan. Majlis tahlil bukan saja diadakan oleh individu seperti ketika memasuki rumah baru, malah hingga peringkat negara dan rasmi sempena pelbagai peristiwa seperti Hari Pahlawan dan Bulan Kemerdekaan. Tahlil juga sinonim dengan Ramadan. Ketika bulan suci ini memasuki fasa pertengahan, semakin banyak masjid dan surau turut mengadakan majlis tahlil. Kebiasaannya majlis tahlil diadakan serentak bersama membaca surah Yassin dan diakhiri dengan doa selamat menyebabkan diberi pelbagai nama seperti majlis tahlil dan doa selamat atau majlis membaca Yassin dan tahlil. Pelajar madrasah yang hafaz al-Quran adalah antara yang membaca tahlil. Kebanyakan majlis tahlil dipimpin oleh mereka yang mempunyai pengetahuan agama seperti imam dan ustaz. Jika majlis diadakan di kediaman individu, maka imam dan ustaz ketika berdoa akan menyebut nama yang diminta oleh tuan rumah seperti ibu bapa atau sebarang nama lain yang sudah meninggal dunia supaya roh simati mendapat kesejahteraan. Bagaimanapun, majlis tahlil di masjid dan surau, termasuk ketika Ramadan sekarang dilakukan oleh jemaah secara beramai-ramai. Sebelum itu, borang disedarkan dan mereka yang berminat akan menulis nama ibu bapa atau waris. Ketika majlis tahlil, nama si mati satu demi satu disebut ketika doa. Sama ada di rumah, masjid atau surau, sedikit bayaran diberikan sebagai sedekah. Membaca al-Quran menjadi amalan harian pelajar. Zaman berubah, tetapi amalan tahlil terus mekar. Bagaimanapun, tiada siapa terfikir bahawa perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terutama internet memberi kesan terhadap amalan tahlil. Sebuah pusat pengajian agama di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Madrasah al-Yamani, mencipta inovasi dengan memperkenalkan tahlil secara dalam talian (online). Memperjelaskan kaedah baru ini, Mudir Madrasah al-Yamani, Mohd Fadzli Ahmad, berkata inovasi itu bertujuan memperluaskan jangkauan umat Islam yang mahu mengadakan tahlil, tetapi tidak dapat melakukannya. Katanya, memang lebih afdal jika tahlil dilakukan sendiri olah anak atau waris, tetapi kadangkala mereka terpaksa meminta pertolongan orang lain kerana tidak boleh melakukan sendiri. "Tahlil online diperkenalkan sebelum Ramadan lalu kerana kita memikirkan tidak semua orang ada masa membaca al-Quran dan berzikir banyak-banyak. Kebetulan saya dan pelajar setiap hari membaca al-Quran. "Jadi kita minta niatkan amalan kamu (pelajar) kepada arwah yang meninggal dunia," katanya yang mengasaskan madrasah itu pada 1994. Mohd Fadzli berkata, tahlil online dibuka kepada mereka yang berminat dan diminta bersedekah untuk membantu madrasah. Menamakan waris dan pembayaran dibuat secara online melalui laman web www.etahlil. com.my. "Kita doakan untuk mereka dan bayaran dibuat bukan atas dasar harga. Perkara ini (tahlil) tidak dapat dinilai. Perkataan Subhanallah lebih mahal dari dunia dan seiisinya. Cuma kita menggalakkan sumbangan untuk madrasah dengan harapan dapat digunakan untuk pembelajaran pelajar," katanya. Tanpa latar belakang IT, beliau memberitahu bahawa idea mewujudkan tahlil online adalah cetusan fikiran `rakan-rakannya'. Beliau yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid dan pejabat pelbagai organisasi, berkata `rakan-rakannya' adalah mereka yang mendengar ceramah atau belajar agama dengannya "Mereka kata mengapa tidak membuka laman web yang membolehkan mereka yang berminat menyatakan nama ibu bapa atau waris yang meninggal dunia dan bersedekah secara dalam talian," katanya. Mohd Fadzli berkata, `rakan-rakannya' membantu membina laman web hingga menjadi kenyataan. Bertahlil untuk orang lain bukan perkara baru kerana sejak enam tahun lalu, katanya madrasah itu mengadakan solat hajat, membaca surah Yassin dan tahlil setiap hari Khamis malam Jumaat, tanpa mengira ada atau tidak permintaan daripada orang ramai. Madrasah al-Yamani yang bermula dengan hanya tiga orang kini mempunyai kira-kira 70 pelajar, termasuk dari negara luar seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, Brunei dan Indonesia. Mulai 1 hingga 27 Ramadan, katanya pelajar termasuk berstatus hafiz membaca al-Quran hingga khatam setiap pagi, manakala selepas solat Asar, mereka berzikir `tiada Tuhan melainkan Allah' sebanyak 1,000 kali. DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
