-- Klik Tajuk Untuk Artikel Penuh LGE: Lucutkan Jawatan KM1 SEGERA..!<http://perisik-rakyat.com/2008/12/lge-lucutkan-jawatan-km1-segera.html> <http://2.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/SThSWTnylVI/AAAAAAAAGjM/Dh8YCZb4nVs/s1600-h/n12.jpg>Sekali lagi untuk kesekian kalinya TKM1 Pulau Pinang buat hal dan kali ni aku rasa dah berat sangat dah. ni bukan kali pertama atau kali kedua, tapi dah berkali-kali dah. masalah yang sama jugak. kali pertama aku dapat aduan pasai Fairus ni seawal sebelum PRK P-044.
Aduan yang aku terima dulu dan sekarang masih sama, tak berubah, sikit pun tak berubah malah melalui perbualan dengan sahabat-sahabat dari Pulau Pinang masa Kongres PKR di Shah Alam tempohari rasanya masalah dah makin berat. Kalau dulu ceritanya cuma si Fairus ni malas nak turun padang, lembab, tak ambik peduli masalah rakyat dikawasan yang dia menjadi wakilnya, jarang masuk pejabat (lagak macam pangkat dia lagi tinggi dari KM LGE) dan macam-macam lagi (banyak tu, patut aku tak pakai ayat "cuma") tapi yang parahnya sekarang ni aku dengar, Fairus dah jadi macam orang asing dalam kerajaan Pulau Pinang. Makna orang asing ialah, orang ramai mula confius samada Fairus masih pegang jawatan dalam kerajaan negeri atau tak sebab susah sangat nak jumpa (aku tak tau pulak kot-kot Fairus dah bukak opis sendiri dekat Siam) dan yang paling berat ialah dalam beberapa pertemuan yang dikatakan "cubaan membaik pulih" attitude Fairus, tenok ni masih berlagak. Sikit pun tenok ni tak mahu mengaku sebarang kesilapan yang dia dah buat. cara bercakap mengalahkan Mahadet zaman dia jadi Pi Em dulu, mendongak, mata kelain, mulut kelain cukup sombong. teguran dari sahabat-sahabat dan orang bawahan langsung tak diambik peduli. jangankan sahabat dan rakan sekerja, dengan KM LGE sendiri pun tenok ni buat tak kisah. Nasib baik jugak KM LGE tu jenis manusia penyabar, kalau tenok ni duduk bawah pentadbiran MB Khalid atau MB Ir Nizar aku rasa lama dah tenok ni MB Khalid atau MB Ir Nizar hantar ke Zoo Uganda ataupun Zimbabwe. dok dalam kerajaan negeri buat menyusah je. Terbaru pulak dalam malaysiakini <http://www.malaysiakini.com/my> melaporkan 6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan<http://www.malaysiakini.com/news/94369>.alasan depa ialah : "masalah sikap" pemimpin muda itu, Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza. Kalau baca statement dari keenam-enam pegawai tenok tu, aku nampak macam tenok tu bukan seorang TKM1 Pulau Pinang, sebaliknya dia dah angkat diri dia sebagai seorang Ketua Menteri Tenok mewakili Parlimen Tapir. lokasi paling baik bagi spisis macam ni ialah mana-mana Zoo dan kawasan jajahannya tak pun dekat ulu Zimbabwe dekat tempat yang orang ulu Zimbabwe sendiri pun tak selera nak duduk. Oleh kerana masalah nampaknya dah makin berat (ni bukan tahap berat dah tapi dah jadi parah) maka aku syorkan supaya diwujudkan 1 desakan bersepadu dari semua tak kira hangpa orang Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng memecat Fairus dari jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dengan kadar SEGERA..! Langkah pertama, atas inisiatif aku sendiri dan harap rakan-rakan bloggers bersama dalam kempen "terbalikkan gambar TKM1" sebagai tanda protes dan sokongan supaya tenok ini dilucutkan jawatannya.Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! Visit My Weblog : http://perisik-rakyat.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
