Assalamu'alaikum. Ini satu musibah kepada kita orang Islam. Satu sensitiviti yang berat sebelah oleh pehak berkuasa. Kalau orang Islam melakukan acara agama yang tidak disenangi oleh penganut agama lain dikatakan menyentoh sensitiviti kaum, tetapi bila penganut agama lain mempermainkan kita orang orang Islam tidak pernah pehak yang berkuasa menyebutkan sensitiviti kaum. Sebagai contoh, pernah dilarangkan muazin azan di masjid-masjid di waktu Subuh kerana dikatakan mengganggu tenteraman kaum bukan islam, tetapi kaum lain mengganggu seperti membakar calok, kebisingan tari singa di waktu petang hari (waktu Maghrib) dan gangguan perayaan taipusam tidak dikatakan menggannggu sensitiviti kaum Islam. Kata Malaysia Negara Islam, tapi yang peleknya nak melakukan acara agama Islam di halang (ditegah) tetapi melakukan acara agama buka islam dibenarkan. Sungguh malang. Adakah ini merupakan strategi Yahudi juga? Dahlah hiboran bermaharaja lela dengan menghancurkan akhlak muda mudi kita seperti berlaku sekarang. Bagaimana bpleh mengaku Negara Islam tetapi amalan dan perbuatan bertentangan dengan Islam. Dahlah kalimah "Allah" hendak digunakan istilah ini dalam agama bukan islam. Tujuan ini bagi saya adalah satu stratigi mumudakan mereka memesong muda mudi Islam terpengaruh, sementelah pengetahuan tetang Islam tidakbegitu arif di kalangan mereka. Masjid-masjid dilarang mengajar agama, tempat untuk belajar agama sangat terhad dan telah menjauhkan muda mudi belajar agama. Di sekolah telah disusun begitu rupa sehingga pengetahuan tetang tauhid sangat lemah. Mengertilah bahawa apabila lemah pengetahuan tentang tauhid makan menyebabkah lemahnya iman. Lemah iman membawa kepada menjauhkan diri dengan agama, mereka tidak takut pada Allah swt, mereka melakukan mengikut hawa nafsunya. Maka perbaikilah situasi sekarang. Ingat pada mati. Apa akan terjadi selepas mati nanti. Semua orang akan mati. Insaflah wahai penganut Islam. Wassalam. Hamba Allah.
--- On Fri, 1/16/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kepala babi diletak di surau UM To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Friday, January 16, 2009, 7:13 AM Kepala babi diletak di surau UM Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 10:28am Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara. Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang pelajar yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi. Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa tetapi mereka tidak menyedari kejadian itu. Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872. Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS. Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut. Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut. Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing. Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ. Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut. Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit. Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini. Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pihaknya belum pasti sama ada surau tersebut akan digunakan untuk solat Jumaat hari ini. Katanya, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari. "Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Katanya, perkara itu disedari oleh pelajar lelaki berkenaan ketika dia bangun dan bersiap untuk bersolat Subuh. Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau. Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.
