Insiden penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam 
baru-baru ini menjadi satu isu hangat di kalangan mahasiswa-mahasiswa 
yang terlibat di dalam politik kampus. Tuduhan-tuduhan liar 
dilemparkan. Kejadian ini dikatakan antara penyumbang kepada 
kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya.


Saya ditanya mengenai hal ini. Respon saya, saya tidak mahu menuduh 
sesiapa, walaupun taktik ini tidaklah mengejutkan saya, dan ianya 
adalah hallmark kepada kumpulan mana, pun kita boleh tahu. Takpalah, 
benda itu sudah berlaku, dan ianya sangat mengecewakan kita.


Tanpa merujuk kepada kejadian di atas, pesan saya adalah, 
perjuangkanlah Islam dengan cara yang sebenar, dan akhlak yang 
sebenar. Sebenar mengikut Quran dan Sunnah. Kadang-kadang dalam 
keghairahan kita untuk mencapai kemenangan jangka pendek, kita 
terlalu mengikut perasaan dan akal fikiran. Benda-benda bertentangan 
dengan agama, kita anggap strategi. Cara kita halalkan demi matlamat. 
Ini semua tidak boleh dan tidak dibenarkan. Keluarkan hujah anda yang 
mengatakan matlamat menghalalkan cara!


Islam disebarkan dengan hujah. Ianya berdiri atas kebenaran. Islam 
mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu berdiri dengan cara memfitnah 
orang lain.


Dalam hal ini juga, saya tidak bersetuju dengan ada penceramah yang 
memfitnah agama Kristian di dalam ceramah-ceramah dan buku-buku 
tulisan beliau, menuduh pihak Kristian pelbagai perkara. Ini juga 
tidak boleh. Kita tidak perlu memfitnah agama lain untuk menunjukkan 
kebenaran Islam.

Saya akhiri posting kali ini dengan firman Allah seperti berikut. 
Moga jadi pedoman.


"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang 
selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah; (dan) menjadi saksi 
dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu 
kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena 
adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, 
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." Al-
Maaidah ayat 8

Azmil Abrar
azmilabrar.blogdrive.com

Kirim email ke