Salam,

Jangan cepat menuduh orang kalau tak ada bukti. Bukan sifat orang Muslim
macam tu. Mungkin yang buat kerja ni orang melayu kita sendiri kot yang
bencikan pertubuhan berlandaskan Islam. Kena siasat betul-betul sapa yang
empunya kerja.

Wassalam

2009/1/20 <"saiful bahari">

>   Assalamualaikum,
>
> Dengan Nama Allah,
>
> Ini mesti keje kafir laknatulllah.
> Cari cilaka yang menghina surau tu, aku tak redha org yg buat keje macam
> tu.
> Semoga Allah laknat org yg buat keje camtu.
>
> Allahuakbar! Allahuakbar!
>
> On 1/16/09, JOHARIISAHAK <JOHARIISAHAK> wrote:
> >
> >
> > Kepala babi diletak di surau UM
> >
> > Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 10:28am
> >
> >
> > Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala
> babi
> > yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik
> > pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.
> >
> > Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang
> pelajar
> > yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada
> > kira-kira jam 5 pagi tadi.
> > Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa
> tetapi
> > mereka tidak menyedari kejadian itu.
> > Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.
> > Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd
> Hilman
> > Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas
> bendera
> > parti PAS.
> > Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.
> > Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik
> dan
> > Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau
> > tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.
> > Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar
> > supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.
> > Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta
> > polis yang datang ke situ.
> > Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu
> > sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.
> > Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.
> > Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan
> > pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa.
> > Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.
> > Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah
> berkata,
> > pihaknya belum pasti sama ada surau tersebut akan digunakan untuk solat
> > Jumaat hari ini.
> > Katanya, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut
> > untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.
> > "Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu
> > itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang
> > pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka
> tidak
> > sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
> > Katanya, perkara itu disedari oleh pelajar lelaki berkenaan ketika dia
> > bangun dan bersiap untuk bersolat Subuh.
> > Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang
> jarang
> > digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.
> >
> >
> > Dapatkan alamat E-mel baru anda!
> > Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain
> > mendapatkannya!
> > http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
> 
>

Kirim email ke