Gelaran datuk adalah amat penting pada org umno. Tapi bagi saya, gelaran datuk adalah satu perhambaan kepada org berdarah kuning. Bila masa masa tertentu akan datang surat meminta sumbangan terutama dari kerabat kerabat penyangak. Dan kadang kala kena pulak diajak oleh tuan kepada hamba utk main golf.

So, saya rasa MB nizar tidak teras apa pun kalau gelaran datuk seri ditarik balik ...

>>Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu

Persoalannya berapa ketul sangat generasi muda yg menghormati org berdarah kuning. Seorang anak pernah bertanya kepada bapanya "kenapa mereka kaya, tapi mereka tak kerja".  Org muda zaman ini tahu setiap kerabat yg lahir, rakyat yang membayar elaun elaun mereka. Dan tambahnya menyakitkan ada dari mereka menjadi penyangak dengan memukul orang dgn kayu hoki, memukul org dikelab malam. kalau mereka kebangsar, maka kelab itu bagaikan kelab mereka. Kalau mereka bercakap pasal islam, anak dan bini mereka terlalu sedikit yg menutup aurat.

Dan kini, rupanya org berdarah kuning yg kita ingat begitu refreshing bila bercakap merasmikan majlis majlis rasmi tapi rupanya tahinya tersangkut ditiang seri bangunan besar. Dan yang menariknya tahi yang sihat adalah berwarna kuning.


Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri

06/02/2009 3:37pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.

“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama




Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Buku Saya:
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
boleh didapati
    - MPH-
-sila tanya
    - Petaling Jaya- Kedai buku Uni Malaya (UM)
    - Bangi - Kedai buku kampus UKM Bangi
    - Cheras - Kedai Buku HUKM
    - Serdang - Kedai buku UPM Serdang
    - Selayang - Popular Book Store
    - Chowkit-Hosp Tawakkal - Kedai Buku Nufair Street

Buku Lain
Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2)
Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3

Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448
kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.




Kirim email ke