Cakap bab menderhaka kepada Raja ni UMNO pun dah banyak kali menderhaka? Jadi tiap kali ada yang tidak bersetuju dengan istana nak sururh tarik balik gelaran macam nak suruh Raja jadi macam budak-budak. Orang Melayu kalau dah beri sesuatu kepada orang lepas tu ambil balik dikatakan akan buruk siku !! Janganlah nak menyuruh sultan bertindak bodoh. Janganlah oleh kerana kita amalkan demokrasi Raja pun mau diperbodohkan. Kerana nak dapat dua tiga kerusi DUN lebih untuk nak ambil negeri tahan saja perangkap macam nak jerat binatang. Binatang  bila tengok makanan banyak tak sedar dia di sana ada perangkap/jerat. Kalau binatang tak kenal jerat kita taulah dia binatang yang tak boleh fikir tapi kalau orang pun yang rakyat pilih jadi wakil mereka kira dia memang hebat lah tapi kalau dia masih terkena jerat dengan umpanan tertentu maka jadilah dia macam binatang juga. Lalu oleh binatang-binatang yang agak lebih daya fikirnya tadi yang menahan jerat itu pun persembahkan ? dua atau tiga ekor binatang yang mereka jerat itu kepada "Raja" untuk membuktikan kepada Raja yang bilangan mereka lebih ramai maka mendabik dadalah mereka mengatakan mereka layak menguasai hutan rimba tempat mereka tinggal itu.
 
    Dunia dah mau kiamat. Puak ini Islam pun sanggup mereka ubah. Yang jadi pemimpin bukan nak bawa rakyat jadi hamba kepada Allah tapi mau jadikan rakyat hamba kepada mereka. Di depan sultan mereka memperhambakan diri tapi di belakang Sultan mereka lah Raja. Inilah yang dikatakan berpura-pura atau dalam istilah agama ? munafiq la orang sebegini. Kalau dengan Allah pun mereka sanggup jadi ? munafiq apa nak takut jadi munafiq dengan Raja. Bukan "munafiq" kah kalu mereka persembahkan kepada Raja "hadiah" yang palsu tapi dikatakan hadiah ini bukan sebarang hadiah !! Wallahhua'lam
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Fri, 2/6/09, [email protected] <[email protected]> wrote:
From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] tarik balik gelaran datuk.. Mcm la org hardup gelaran tu.
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Friday, February 6, 2009, 3:46 AM


Gelaran datuk adalah amat penting pada org umno. Tapi bagi saya, gelaran datuk adalah satu perhambaan kepada org berdarah kuning. Bila masa masa tertentu akan datang surat meminta sumbangan terutama dari kerabat kerabat penyangak. Dan kadang kala kena pulak diajak oleh tuan kepada hamba utk main golf.

So, saya rasa MB nizar tidak teras apa pun kalau gelaran datuk seri ditarik balik ...

>>Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu

Persoalannya berapa ketul sangat generasi muda yg menghormati org berdarah kuning. Seorang anak pernah bertanya kepada bapanya "kenapa mereka kaya, tapi mereka tak kerja".  Org muda zaman ini tahu setiap kerabat yg lahir, rakyat yang membayar elaun elaun mereka. Dan tambahnya menyakitkan ada dari mereka menjadi penyangak dengan memukul orang dgn kayu hoki, memukul org dikelab malam. kalau mereka kebangsar, maka kelab itu bagaikan kelab mereka. Kalau mereka bercakap pasal islam, anak dan bini mereka terlalu sedikit yg menutup aurat.

Dan kini, rupanya org berdarah kuning yg kita ingat begitu refreshing bila bercakap merasmikan majlis majlis rasmi tapi rupanya tahinya tersangkut ditiang seri bangunan besar. Dan yang menariknya tahi yang sihat adalah berwarna kuning.


Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri

06/02/2009 3:37pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.
Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.
“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama



Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Buku Saya:
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
boleh didapati
    - MPH-
-sila tanya
    - Petaling Jaya- Kedai buku Uni Malaya (UM)
    - Bangi - Kedai buku kampus UKM Bangi
    - Cheras - Kedai Buku HUKM
    - Serdang - Kedai buku UPM Serdang
    - Selayang - Popular Book Store
    - Chowkit-Hosp Tawakkal - Kedai Buku Nufair Street

Buku Lain
Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2)
Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3

Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448
kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.





Kirim email ke