Org umno lebih percayakan Utusan, Berita Harian dan The Star dlm isu2 
politik... itulah undang2 rujukan mereka.. org umno yg ada dlm hidayahnet ni 
jangan marah pulak.. kita negara demokrasi kan..

ada org tanya aku di satu forum, dan aku paste dari apa yg Ir.Nizar dan 
Prof.Aziz Bari sebutkan;

boleh tak saper explain fakta mengatakan perlantikan MB baru tak sah dan nizar 
masih lagi MB yg sah?? aku tak phm sgt citer nihini disebutkan dlm surat Nizar 
kpd Sultan:
Quote:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa 
"If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the 
Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves 
the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive 
Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh 
Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah 
sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai 
majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw 
Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB 
Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan 
untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk 
kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita 
menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.  ini pula hujjah oleh Prof. 
Aziz Bari
Quote:
Aziz berkata beliau tidak bermaksud mencadangkan supaya sultan menarik balik 
perlantikan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Beliau 
berkata ini tidak boleh dilakukan kerana sultan tidak mempunyai kuasa berbuat 
demikian di sisi perlembagaan.

Profesor undang-undang itu berkata apa yang boleh dilakukan ialah menarik balik 
perlantikan Dato Dr Zambry Kadir atas alasan salah pertimbangan atau salah kira.

"Itu pernah berlaku di Sabah pada 1985 apa TYT Tun Adnan Robert menarik balik 
perlantikan Tun Datu Mustapha selaku Ketua Menteri Sabah atas alasan beliau 
ditekan oleh beberapa orang yang menceroboh masuk ke kediaman rasmi beliau", 
jelas Aziz.

Harakah cetak edisi Isnin (Bil1413, 9-12 Februari 2009) memuatkan laporan 
Bernama mengenai kenyataan Aziz pada halaman N.9 Dalam kes berkenaan Tun 
Mustapha menyaman Tun Adnan Robert tetapi ditolak oleh mahkamah.

Bagaimanapun Aziz menjelaskan soal itu ialah soal teknikal dan apa yang lebih 
penting di Perak sekarang ialah cadangan beliau untuk menyelesaikan kemelut dan 
krisis politik yang berterusan. Beliau berkata krisis itu sudah berlanjutan dan 
perlembagaan tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk menanganinya. Aziz 
berkata menunggu keputusan mahkamah agak lama dan ketika itu ia mungkin 
terlambat dan keadaan sudah semakin teruk.

"Dalam keadaan sekarang sultan mempunyai autoriti untuk mengambil beberapa 
langkah drastik dan tidak ada siapa pun termasuk mahkamah yang boleh 
mempersoalkannya", tegas beliau.

Aziz berkata di bawah teori undang-undang perlembagaan sultan mempunyai kuasa 
khas atau kuasa simpanan untuk membubarkan dewan tanpa permintaan dari kerajaan 
yang ada. Beliau berkata keadaan sekarang kelam kabut dan sultan tidak boleh 
memberi perintah atau arahan kerana kerajaan tidak bergantung kepada mandat 
istana.

"Bagaimanapun sultan boleh bertindak atas sifat sebagai pelindung atau penjaga 
negeri dan perlembagaan. Kuasa ini meskipun kontroversial ia boleh digunakan 
untuk melaksanakan demokrasi. Bagaimanapun ia tidak boleh digunakan untuk 
kepentingan peribadi sultan. Ia mesti digunakan dalam konteks menjernihkan 
keadaan dan memulihkan demokrasi".

Aziz berpendapat apa yang dilakukan oleh istana Terengganu Mac 2008 lalu 
sebenarnya adalah kuasa khas atau kuasa simpanan. Ini kerana, katanya, 
perlantikan itu tidak mengikut peruntukan biasa yang menangani isu perlantikan. 
Ketika itu Umno, yang memiliki majoriti dalam DUN Terengganu, mahukan Dato' 
Seri Idris Jusoh yang bagaimanapun ditolak oleh istana. Apa yang menarik ialah 
perlantikan itu disenangi oleh rakyat.

Di Perak sultan boleh menggunakan pertimbangan yang sama untuk membubarkan 
dewan bagi membolehkan pilihan raya. Jika dilihat kepada reaksi rakyat dan 
beberapa pungutan suara jelas rakyat mahukan dewan dibubarkan.

Aziz berkata cara sultan melantik Zambry sebenarnya betul di dalam keadaan yang 
biasa. Dan itulah yang dilakukan oleh Sultan Selangor, Raja Perlis dan Raja 
Nazrin sendiri Mac 2008 lalu.

Bagaimanapun, kata Aziz, dalam konteks pergolakan politik di Perak minggu lalu 
yang merupakan kemuncak kepada beberapa kejadian misteri seperti kehilangan, 
penculikan dan dakwaan rasuah formula tersebut tidak tepat dan ini jelas 
kelihatan dalam protes yang meletup selepas Sultan melantik Zambry.

Aziz berkata sultan boleh menangguhkan perlantikan tersebut apalagi di dalam 
keadaan kerajaan yang ada telah pun memfailkan saman mengenai status tiga ADUN 
yang menjadi misteri itu.

"Pendeknya, formula yang dipakai oleh sultan meskipun betul bukanlah merupakan 
ubat yang sesuai bagi penyakit yang sudah kronik itu. Takkanlah kita nak beri 
panadol setiap kali kita pening kepala. Mungkin pening kepala itu petanda 
penyakit lain", ujarnya dan Aziz berpendapat undang-undang perlu ditafsir dalam 
konteks moden.

"Sekarang kita ada emel, blog dan segala macam. Pada 1956 itu semua tidak ada. 
Dan sebab itulah perlembagaan meletakkan budibicara yang seolah-olah mutlak di 
tangan Raja. Hari ini dengan teknologi canggih yang ada kita tahu apa yang 
rakyat mahu dan mereka jelas hendakkan pilihan raya.

"Pada saya tidak wajar faktor itu tidak diambilkira. Dan kita jangan lupa 
Suruhanjaya Reid mengingatkan Raja-Raja supaya meletakkan kepentingan negara 
dalam soal pembubaran dewan,"katanya.

Aziz mengakui memang ada insiden penolakan permintaan pembubaran dewan 
sebagaimana yang berlaku di Kelantan pada 1977. Tetapi, katanya, tindakan 
Pemangku Raja ketika itu - Sultan Kelantan sekarang - adalah betul di dalam 
suasana ketika itu. Prinsip Kelantan tidak boleh digunapakai di Perak dalam 
senario 2009.

Aziz menjelaskan meskipun peruntukan mengenai perlantikan kerajaan dan 
pembubaran dewan semacam berasingan kedua-duanya harus ditafsir bersama. Jika 
tidak akan berlaku kekecohan sebagaimana yang wujud di Perak sekarang.

Aziz menyebut bahawa dalam satu syarahan di INTAN tahun lalu Raja Nazrin 
sendiri menegaskan bahawa "Raja-Raja tidak pekak dan bisu".

   




________________________________
From: "[s][h][m][a][m][i][email protected]" <[s][h][m][a][m][i][email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, February 9, 2009 13:15:36
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] tarik balik gelaran datuk.. Mcm la org 
hardup gelaran tu.


Salam..nampak nya sikap anda yang menebal dgn fanatik politik membuatkan anda 
menafikan rukun negara ke 2. Anda tahu tak sekiranya negeri perak takda sultan 
...menteri besar sepatutnya adalah dari pada kaum cina iaitu daripada parti 
DAP. Kedaulatan Sultan Perak lah memyebabkan si Nizar Derhaka naik menjadi MB. 
Jangan lah bila terkena ke batang hidung sendiri terus membuakkan dengki & 
hasad sehingga cuba menghasut agar Sultan dibenci dan dikhianati.

Wassalam.


On Fri, Feb 6, 2009 at 4:46 PM, <hamdy> wrote:




Gelaran datuk adalah amat penting pada org umno. Tapi bagi saya, gelaran datuk 
adalah satu perhambaan kepada org berdarah kuning. Bila masa masa tertentu akan 
datang surat meminta sumbangan terutama dari kerabat kerabat penyangak. Dan 
kadang kala kena pulak diajak oleh tuan kepada hamba utk main golf.

So, saya rasa MB nizar tidak teras apa pun kalau gelaran datuk seri ditarik 
balik ...

>>Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah 
>>menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka 
>>kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu

Persoalannya berapa ketul sangat generasi muda yg menghormati org berdarah 
kuning. Seorang anak pernah bertanya kepada bapanya "kenapa mereka kaya, tapi 
mereka tak kerja".  Org muda zaman ini tahu setiap kerabat yg lahir, rakyat 
yang membayar elaun elaun mereka. Dan tambahnya menyakitkan ada dari mereka 
menjadi penyangak dengan memukul orang dgn kayu hoki, memukul org dikelab 
malam. kalau mereka kebangsar, maka kelab itu bagaikan kelab mereka. Kalau 
mereka bercakap pasal islam, anak dan bini mereka terlalu sedikit yg menutup 
aurat.

Dan kini, rupanya org berdarah kuning yg kita ingat begitu refreshing bila 
bercakap merasmikan majlis majlis rasmi tapi rupanya tahinya tersangkut ditiang 
seri bangunan besar. Dan yang menariknya tahi yang sihat adalah berwarna kuning.



Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri
06/02/2009 3:37pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan Sultan Perak 
Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar 
Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang 
menderhaka.
Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau 
kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan 
sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri 
Besar walaupun dititah berbuat demikian.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) 
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap 
"lempar batu sembunyi tangan".
"Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah 
menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka 
kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan 
kepentingan politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama


Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. blogspot. com

Buku Saya:
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
boleh didapati
    - MPH--sila tanya
    - Petaling Jaya- Kedai buku Uni Malaya (UM)
    - Bangi - Kedai buku kampus UKM Bangi
    - Cheras - Kedai Buku HUKM
    - Serdang - Kedai buku UPM Serdang
    - Selayang - Popular Book Store
    - Chowkit-Hosp Tawakkal - Kedai Buku Nufair Street

Buku Lain
Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2)
Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3

Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448
kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda 
bersetuju dengan artikel itu.









      New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke