Timbul berbagai masalah hari ini kerana terdapat pemimpin yang tidak 
mencontohi sifat berlaku adil yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW 
sebelum dilantik jadi Nabi dan Rasul pun sudah pamirkan sifat berlaku adil 
sepertimana kalau tak salah saya untuk menempatkan semula ? batu hajarul aswad 
yang terjatuh daripada tempat asalnya pada tempat yang sepatutnya pada 
Kaabah batu berkenaan diletakkan oleh "Nabi" atas sehelai kain untuk sama-sama 
diangkat oleh ketua-ketua suku kaum supaya tidak timbul perbalahan ianya 
monopoli satu satu suku kaum sahaja. Masalahnya pembesar /pemimpin di negara 
kita hari ini terutama yang sudah rasa dia berada paling atas sama ada yang 
dipilih rakyat mau pun yang "bukan berdasarkan pilihan rakyat" langsung tidak 
mahu menerima hujah dari mereka-mereka yang berada di bawah.
 
     Saidina Umar al Khattab ra seorang khalifah pun pernah beberapa kali 
dicabar kerana dianggap tidak berlaku adil dan ada yang mengancam nak pancung 
dengan pedang (sambil mengangkat pedang) sekiranya tidak bertindak memerintah 
secara adil !! Adakah di kalangan mereka yang tak puas hati dengan mereka yang 
di atas sana sanggup bertindak sampai tahap sedemikian atau nak letupkan dengan 
bom ?? Setakat ini wanita Monggolia seorang saja yang dah jadi mayat lepas tu 
di bom pula hingga berkecai. Sampai sekarang pembunuh dikatakan masih  
bersembunyi di belakang polis !!?? Oleh kerana polis bersikap lurus maka mereka 
tak nampak ? pembunuh yang kabarnya bersembunyi di belakang mereka 
!!  Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Tue, 3/10/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Contohi kemuliaan sifat peribadi 
Rasulullah - Sultan Azlan Shah
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Tuesday, March 10, 2009, 6:52 AM






Contohi kemuliaan sifat peribadi Rasulullah - Sultan Azlan Shah09 Mar 2009 
11:54PM
IPOH: Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan
sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah
S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu
tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sultan
Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta
tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja
diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut
malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.

"Baginda
mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam
hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan
untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan
kepada kumpulan memusuhi baginda.

"Baginda tidak mencerca, tidak
juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan
baginda," titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur
Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini
hari ini.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku
Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Dihilir Perak Raja
Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar
Shah, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin
Sharipah Zulkifli dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

Sultan
Azlan Shah bertitah sebaliknya Nabi Muhammad terus mencari jalan secara
berhemah untuk kumpulan yang menentangnya agar dipertemukan dengan
kebenaran dan akhirnya memberi sokongan serta bekerjasama dengannya.

Baginda
bertitah Nabi Muhammad juga menghargai orang-orang yang berjasa dalam
hidupnya yang diperlihatkan melalui layanan kepada anggota keluarganya
termasuk di kalangan anggota keluarga yang enggan memeluk Islam.

"Tamadun
yang agung itu dibina daripada pancaran sifat yang melihatkan watak dan
keperibadian mulia dan berhemah. Sifat dan watak yang membuatkan kawan
merasa hormat dan lawan merasa segan," titah baginda.

Selain itu,
Sultan Azlan Shah bertitah dakwah Islam perlu dilaksanakan sebagai
usaha serta tindakan yang berterusan dan sewajarnya berlaku sepanjang
hayat bukannya bermusim.

"Dakwah yang berkesan bermula dengan
usaha kecil, bermula dengan bercakap benar, bersifat jujur dan
melakukan amalan secara ikhlas.

"Dakwah akan subur jika setiap
insan tidak mengumpat, tidak melakukan fitnah, tidak berhasad dengki
dan tidak bersifat haloba. Dakwah akan dapat dijayakan jika setiap
insan menghayati nilai-nilai amanah dan bertanggungjawab yang diamalkan
sepenuhnya dalam kehidupan seharian".

Sultan Perak bertitah
dakwah akan berkembang apabila insan memiliki perasaan kasih sayang,
mengamalkan sikap menghormati, sentiasa merendah diri dan insaf akan
sifatnya sebagai hamba kerdil di sisi penciptanya yang Maha Agung.

Pada
majlis itu, Sultan Azlan Shah turut menyampaikan anugerah Tokoh Guru
Sekolah Agama Rakyat kepada Ahmad Shahimi Pandak Hassan, Tokoh Pegawai
Masjid kepada Abdul Mokti Ayob, Tokoh Keluarga Mithali kepada keluarga
Azizan Mohamaed Desa dan isterinya Meriam Abdullah yang berjaya
membesarkan 12 orang anak mereka dan Tokoh Guru Agama Dakwah kepada Ali
AC Din yang merupakan pegawai dakwah yang berkhidmat selama 31 tahun.

Baginda
turut menyampaikan hadiah kepada pemenang hafazan Al-Quran peringkat
negeri. Kesemua penerima anugerah dan pemenang berkenaan masing-masing
menerima sejumlah wang tunai, sijil penghargaan, trofi dan hadiah
iringan. / Bernama

Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun
mereka tidak bersetuju dengan baginda, titah Sultan Azlan Shah ketika
merasmikan sambutan Maulidur Rasul

















      

Kirim email ke