Assallamualaikum....

Memanglah secara kasarnya semua nak ikut cara Rasullallah,
sehingga doa sesudah sembahyang pun ada menyebutnya  
" awal,akhir, zahir, batin, perlakuan, amal ibadatnya dll ". Tapi
boleh ke ?. Sebagai contoh isteri lebih dari sorang...biar banyak
pun wang tapi boleh ke berlaku adil dalam kasih sayang dan nafkah
batin ?.
Kalau muda lagi boleh le...usik aje dah bersilat, tapi kalau dah 50an..daya ke 
nak " kasi seminggu sekali  pada setiap isteri2 tu x 4 isteri "...
Jika sebulan sekali pulak x 4 isteri...kira ok pada lelaki, tapi bagaimana pulak
pada perempuan ?. Adil ke ?. Tak cari " makanan " lain pulak isteri2 tuu...?

Tuu sebab kita dikehendaki bersifat timbang rasa dan bertolak ansur .
Kita dikelilingi oleh berbagai2 sifat manusia, tamak , dengki, ganas, baik hati,
pemurah dll.Akal jadi penentu pada perbuatan kita .

Mau pun pada pemerentah, kalau benar2 dan terbukti mereka zalim hanya 
hak kita yang boleh menjatuhkannya. Tapi awas....biarlah ianya BENAR2 
TERBUKTI  bukannya dibenar dan dibuktikan oleh pembangkang .
Ke hulu kehilir menjaja berita tak tau kebenarannya....Apakah kita nak 
mendapat pahala atau dosa dalam perjuangan kita ?.

Setiap keburukan yang dilakukan oleh individu atau parti akan dibebat 
semaunya...dilampirkan dengan petikan Al Quran ataupun sejarah....ok 
diterima jika benar mereka begitu...Tapi mengapa pulak ketika PAS 
bersekongkol dengan DAP yang terang2 menghalang hukum hudud, tidak
disertakan petikan Al Quran ?. Mengapa peristiwa begini mesti dihalalkan?.

Bagaimana pulak ketika PAS menerajui 3 negeri dan kedengaran Presidennya
berkata sebaik2 saja tamat PRU 12...." HUKUM HUDUD BUKAN JADI 
VISI PRU 12 " Lebih kurang begitu pernyataan beliau ketika ditanya tentang
perlaksanaan hukum hudud...Mengapa tak disertakan petikan Al Quran pada
mereka2 yang berbelit cakap dan mengkhianati TERAS perjuangan PAS.
Jikalau kerajaan BN tidak melaksanakan hudud , PAS dan pengikut bercakap
macam petir seolah golongan mereka aje yang betul .

Sejujurnya kita fikirkan apakah PKR dan DAP akan setuju dengan hudud . 
Jawapannya DAP jauh sekali dan PKR MUNGKIN TIDAK . Sebabnya
kebanyakkan ahli parlimen dan Adun PKR adalah bukan islam. Jadi 
MUNGKIN itu satu salah sebab mengapa Hadi inginkan perpaduan dangan BN.
Jika ini terjadi saya tak teragak2 memberikan undi pada BN...mengapa tidak
jika BN dan PAS boleh menghidupkan HUDUD ( ISLAM ), EKONOMI dan
BANGSA MELAYU.

Wassallam








  ----- Original Message ----- 
  From: Kholid Ali 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Tuesday, March 17, 2009 2:06 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Contohi kemuliaan sifat peribadi 
Rasulullah - Sultan Azlan Shah


           Timbul berbagai masalah hari ini kerana terdapat pemimpin yang tidak 
mencontohi sifat berlaku adil yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW 
sebelum dilantik jadi Nabi dan Rasul pun sudah pamirkan sifat berlaku adil 
sepertimana kalau tak salah saya untuk menempatkan semula ? batu hajarul aswad 
yang terjatuh daripada tempat asalnya pada tempat yang sepatutnya pada Kaabah 
batu berkenaan diletakkan oleh "Nabi" atas sehelai kain untuk sama-sama 
diangkat oleh ketua-ketua suku kaum supaya tidak timbul perbalahan ianya 
monopoli satu satu suku kaum sahaja. Masalahnya pembesar /pemimpin di negara 
kita hari ini terutama yang sudah rasa dia berada paling atas sama ada yang 
dipilih rakyat mau pun yang "bukan berdasarkan pilihan rakyat" langsung tidak 
mahu menerima hujah dari mereka-mereka yang berada di bawah. 

             Saidina Umar al Khattab ra seorang khalifah pun pernah beberapa 
kali dicabar kerana dianggap tidak berlaku adil dan ada yang mengancam nak 
pancung dengan pedang (sambil mengangkat pedang) sekiranya tidak bertindak 
memerintah secara adil !! Adakah di kalangan mereka yang tak puas hati dengan 
mereka yang di atas sana sanggup bertindak sampai tahap sedemikian atau nak 
letupkan dengan bom ?? Setakat ini wanita Monggolia seorang saja yang dah jadi 
mayat lepas tu di bom pula hingga berkecai. Sampai sekarang pembunuh dikatakan 
masih  bersembunyi di belakang polis !!?? Oleh kerana polis bersikap lurus maka 
mereka tak nampak ? pembunuh yang kabarnya bersembunyi di belakang mereka !!  
Wallahua'lam.

        ibnuAli
        kota jembal

        --- On Tue, 3/10/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

          From: [email protected] <[email protected]>
          Subject: Help Palestine [hidayahnet] Contohi kemuliaan sifat peribadi 
Rasulullah - Sultan Azlan Shah
          To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
          Date: Tuesday, March 10, 2009, 6:52 AM


          Contohi kemuliaan sifat peribadi Rasulullah - Sultan Azlan Shah09 Mar 
2009 11:54PM 
          IPOH: Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan
          sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah
          S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu
          tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

          Sultan
          Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta
          tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja
          diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut
          malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.

          "Baginda
          mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam
          hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan
          untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan
          kepada kumpulan memusuhi baginda.

          "Baginda tidak mencerca, tidak
          juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan
          baginda," titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur
          Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini
          hari ini.

          Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku
          Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Dihilir Perak Raja
          Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar
          Shah, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin
          Sharipah Zulkifli dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria.

          Sultan
          Azlan Shah bertitah sebaliknya Nabi Muhammad terus mencari jalan 
secara
          berhemah untuk kumpulan yang menentangnya agar dipertemukan dengan
          kebenaran dan akhirnya memberi sokongan serta bekerjasama dengannya.

          Baginda
          bertitah Nabi Muhammad juga menghargai orang-orang yang berjasa dalam
          hidupnya yang diperlihatkan melalui layanan kepada anggota keluarganya
          termasuk di kalangan anggota keluarga yang enggan memeluk Islam.

          "Tamadun
          yang agung itu dibina daripada pancaran sifat yang melihatkan watak 
dan
          keperibadian mulia dan berhemah. Sifat dan watak yang membuatkan kawan
          merasa hormat dan lawan merasa segan," titah baginda.

          Selain itu,
          Sultan Azlan Shah bertitah dakwah Islam perlu dilaksanakan sebagai
          usaha serta tindakan yang berterusan dan sewajarnya berlaku sepanjang
          hayat bukannya bermusim.

          "Dakwah yang berkesan bermula dengan
          usaha kecil, bermula dengan bercakap benar, bersifat jujur dan
          melakukan amalan secara ikhlas.

          "Dakwah akan subur jika setiap
          insan tidak mengumpat, tidak melakukan fitnah, tidak berhasad dengki
          dan tidak bersifat haloba. Dakwah akan dapat dijayakan jika setiap
          insan menghayati nilai-nilai amanah dan bertanggungjawab yang 
diamalkan
          sepenuhnya dalam kehidupan seharian".

          Sultan Perak bertitah
          dakwah akan berkembang apabila insan memiliki perasaan kasih sayang,
          mengamalkan sikap menghormati, sentiasa merendah diri dan insaf akan
          sifatnya sebagai hamba kerdil di sisi penciptanya yang Maha Agung.

          Pada
          majlis itu, Sultan Azlan Shah turut menyampaikan anugerah Tokoh Guru
          Sekolah Agama Rakyat kepada Ahmad Shahimi Pandak Hassan, Tokoh Pegawai
          Masjid kepada Abdul Mokti Ayob, Tokoh Keluarga Mithali kepada keluarga
          Azizan Mohamaed Desa dan isterinya Meriam Abdullah yang berjaya
          membesarkan 12 orang anak mereka dan Tokoh Guru Agama Dakwah kepada 
Ali
          AC Din yang merupakan pegawai dakwah yang berkhidmat selama 31 tahun.

          Baginda
          turut menyampaikan hadiah kepada pemenang hafazan Al-Quran peringkat
          negeri. Kesemua penerima anugerah dan pemenang berkenaan masing-masing
          menerima sejumlah wang tunai, sijil penghargaan, trofi dan hadiah
          iringan. / Bernama

          Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun
          mereka tidak bersetuju dengan baginda, titah Sultan Azlan Shah ketika
          merasmikan sambutan Maulidur Rasul

       



  

Kirim email ke