MASALAH NYA SULTAN PERAK NI HANYA PANDAI BERTITAH JER... CUBA KITA TENGOK ISTERI, ANAK MENANTU SERTA CUCU2 BAGINDA . ADA TAK YANG TUTUP AURAT .???
TENGOK ISTERI YDP AGONG , TUANKU NAZIRAH KAN MANIS BERTUDUNG . BUKAN KAH INI ARAHAN ALLAH SWT KEPADA HAMBA NYA .... DAN ....... TERBARU KEMELUT POLITIK PERAK . ADA KAH SULTAN INI BERLAKU ADIL TERHADAP TUNTUTAN RAKYAT MARHAEN .??? SEPATUTNYA DEMI MENJAGA KESTABILAN POLITIK PERAK SATU PILIHANRAYA SELURUH PERAK DIADAKAN . BARULAH SULTAN INI DIANGGAP RAJA YANG ADIL . RAJA YANG IKUT PERLEMBAGAAN & MENDAULATKAN UNDANG2 NEGARA MALAYSIA SEPERTI YANG TERMAKTUB DALAM RUKUNEGARA . WALLAHUALAM ________________________________ From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf Of [email protected] Sent: Tuesday, March 17, 2009 2:07 AM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Contohi kemuliaan sifat peribadi Rasulullah - Sultan Azlan Shah Timbul berbagai masalah hari ini kerana terdapat pemimpin yang tidak mencontohi sifat berlaku adil yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW sebelum dilantik jadi Nabi dan Rasul pun sudah pamirkan sifat berlaku adil sepertimana kalau tak salah saya untuk menempatkan semula ? batu hajarul aswad yang terjatuh daripada tempat asalnya pada tempat yang sepatutnya pada Kaabah batu berkenaan diletakkan oleh "Nabi" atas sehelai kain untuk sama-sama diangkat oleh ketua-ketua suku kaum supaya tidak timbul perbalahan ianya monopoli satu satu suku kaum sahaja. Masalahnya pembesar /pemimpin di negara kita hari ini terutama yang sudah rasa dia berada paling atas sama ada yang dipilih rakyat mau pun yang "bukan berdasarkan pilihan rakyat" langsung tidak mahu menerima hujah dari mereka-mereka yang berada di bawah. Saidina Umar al Khattab ra seorang khalifah pun pernah beberapa kali dicabar kerana dianggap tidak berlaku adil dan ada yang mengancam nak pancung dengan pedang (sambil mengangkat pedang) sekiranya tidak bertindak memerintah secara adil !! Adakah di kalangan mereka yang tak puas hati dengan mereka yang di atas sana sanggup bertindak sampai tahap sedemikian atau nak letupkan dengan bom ?? Setakat ini wanita Monggolia seorang saja yang dah jadi mayat lepas tu di bom pula hingga berkecai. Sampai sekarang pembunuh dikatakan masih bersembunyi di belakang polis !!?? Oleh kerana polis bersikap lurus maka mereka tak nampak ? pembunuh yang kabarnya bersembunyi di belakang mereka !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Tue, 3/10/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Contohi kemuliaan sifat peribadi Rasulullah - Sultan Azlan Shah To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Tuesday, March 10, 2009, 6:52 AM Contohi kemuliaan sifat peribadi Rasulullah - Sultan Azlan Shah09 Mar 2009 11:54PM IPOH: Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sultan Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya. "Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda. "Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda," titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini hari ini. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah, Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Sharipah Zulkifli dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Sultan Azlan Shah bertitah sebaliknya Nabi Muhammad terus mencari jalan secara berhemah untuk kumpulan yang menentangnya agar dipertemukan dengan kebenaran dan akhirnya memberi sokongan serta bekerjasama dengannya. Baginda bertitah Nabi Muhammad juga menghargai orang-orang yang berjasa dalam hidupnya yang diperlihatkan melalui layanan kepada anggota keluarganya termasuk di kalangan anggota keluarga yang enggan memeluk Islam. "Tamadun yang agung itu dibina daripada pancaran sifat yang melihatkan watak dan keperibadian mulia dan berhemah. Sifat dan watak yang membuatkan kawan merasa hormat dan lawan merasa segan," titah baginda. Selain itu, Sultan Azlan Shah bertitah dakwah Islam perlu dilaksanakan sebagai usaha serta tindakan yang berterusan dan sewajarnya berlaku sepanjang hayat bukannya bermusim. "Dakwah yang berkesan bermula dengan usaha kecil, bermula dengan bercakap benar, bersifat jujur dan melakukan amalan secara ikhlas. "Dakwah akan subur jika setiap insan tidak mengumpat, tidak melakukan fitnah, tidak berhasad dengki dan tidak bersifat haloba. Dakwah akan dapat dijayakan jika setiap insan menghayati nilai-nilai amanah dan bertanggungjawab yang diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian". Sultan Perak bertitah dakwah akan berkembang apabila insan memiliki perasaan kasih sayang, mengamalkan sikap menghormati, sentiasa merendah diri dan insaf akan sifatnya sebagai hamba kerdil di sisi penciptanya yang Maha Agung. Pada majlis itu, Sultan Azlan Shah turut menyampaikan anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat kepada Ahmad Shahimi Pandak Hassan, Tokoh Pegawai Masjid kepada Abdul Mokti Ayob, Tokoh Keluarga Mithali kepada keluarga Azizan Mohamaed Desa dan isterinya Meriam Abdullah yang berjaya membesarkan 12 orang anak mereka dan Tokoh Guru Agama Dakwah kepada Ali AC Din yang merupakan pegawai dakwah yang berkhidmat selama 31 tahun. Baginda turut menyampaikan hadiah kepada pemenang hafazan Al-Quran peringkat negeri. Kesemua penerima anugerah dan pemenang berkenaan masing-masing menerima sejumlah wang tunai, sijil penghargaan, trofi dan hadiah iringan. / Bernama Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda, titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul
