DIDIK ANAK-ANAK SECARA BERKESAN
MELALUI KAEDAH KHALIFAH
Anda dijemput hadir bersama-sama ke…
Seminar Keibubapaan Kaedah Khalifah
“Membentuk Ibu Bapa Cemerlang”
5 April 2009 (Ahad)
8.30 pg -5.00 ptg
Bertempat di:
Wisma KTSN
9152 Ting. 1, Jln. Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Anjuran:
KHALIFAH INSTITUTE
298, Jalan 3, Taman Ampang Utama , 68000 Ampang Selangor
Tel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423 [email protected]
PENGENALAN
Khalifah Institute telah diasaskan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al-Mahdi.
Beliau telah memperkenalkan Kaedah Khalifah berasaskan lebih 40 tahun kajian
dalam bidang Psikologi, Fizik, Kosmologi dan Teologi.
Kaedah Khalifah selaras dengan falsafah Islam dan cara Rasulullah s.a.w. Selain
ia sangat berkesan dan praktikal untuk ibubapa dalam mendidik anak-anak untuk
menjadi Muslim yang cemerlang, ia juga sangat berkesan untuk diberi secara
langsung kepada kanak-kanak untuk memperkasakan mereka ke arah kecemerlangan.
OBJEKTIF
1.Ibubapa dapat memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah dan
bagaimana peranan sebagai Khalifah Allah menjadi faktor pendorong yang kuat
bagi anak-anak.
2.Ibubapa dapat memahami bagaimana pembelajaran dan pembentukan personaliti
berlaku dan bagaimana untuk mengguna ilmu ini untuk membentuk anak secara
berkesan.
3.Ibubapa dapat mempelajari teknik mudah dan berkesan untuk membesarkan
anak-anak berdasarkan pengaruh positif yang selaras dengan ajaran dan cara
Rasulullah s.a.w.
4.Ibubapa memperolehi maklumat yang cukup supaya dapat menyebarkan ilmu ini
kepada keluarga, jiran dan rakan dalam usaha yang berterusan ke arah membentuk
dunia Islam yang sejati.
PROGRAM:
8:30 pg
:
Pendaftaran
8:50 pg
:
Ucapan aluan dan sesi berkenalan
9:30 pg
:
Kuliah 1: Pandangan Alam & Konsep Khalifah
10:30 pg
:
Minum Pagi
11:00 pg
:
Kuliah 2: Hukum Pembelajaran