Aswt,
 
    Apabila sesuatu pilihanraya diadakan sama ada yang kecil atau yang umum RTM 
akan jemputlah orang-orang universiti atau pun veteran-veteran dari parti-parti 
dalam komponen BN memberi ulasan. Ketika pilihanraya kecil di dua Bukit iaitu 
Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta satu lagi kerusi DUN di Sarawak tempoh 
hari ? RTM telah menjemput seorang ? Profesor untuk membuat analisis tapi tidak 
pasti dari universiti mana !! Antara komen beliau ialah pengundi ? Bukit 
Gantang terlalu emosional kerana memilih calun pembangkang dan menolak calun BN 
yang boleh membawa pembangunan. Jelas Profesor ini berfikir seperti orang 
kampong fikir 30 tahun yang lalu. Ketika itu kempen bermodalkan demi membawa 
pembangunan cukup laku !!
 
    Apakah sebagai orang bijak pandai mereka tidak dapat menilai bahawa rakyat 
bukan semuanya terlalu "kemarok" dengan pembangunan ?? Ramai kini ingin kembali 
kepada nilai-nilai murni seperti Bersih Cekap Amanah (BCA) terutama bagi 
penganut agama Islam. BCA ini adalah slogan yang dicanangkan ketika Mahathir 
menjadi PM tetapi hakikatnya slogan itu hanya meminta rakyat yang amalkan 
bersih cekap amanah tetapi pemimpin tidak terikat dengan BCA tajaan mereka itu. 
Kabarnya Mahathir pun turut kempen juga di Bukit Selambau maka saya pun jangka 
memang BN menempah kekalahan lah kerana rakyat ada yang mudah lupa tapi tidak 
semua !! Ketika dia berkuasa dulu selesai saja pilihanraya macam-macam 
penyelewengan yang mereka lakukan dan kerana agensi yang patut menyiasat pun 
dibawah ketiak mereka maka agensi-agensi ini bukan menyiasat tapi tolong 
bersihkan pula najis pada ekor-ekor mereka yang berkokok dengan slogan BCA 
tadi. Inilah yang membuatkan golongan muda
 sudah muak dengan UMNO/BN.
 
    Dalam pada kita bimbang dengan pelbagai gejala sosial di kalangan muda mudi 
kita sebenarnya masih ramai yang meletakkan pentingnya soal maruah dalam soal 
memilih kepimpinan negara. Mereka tahu siapakah pemimpin yang boleh mereka 
jadikan contoh dan memimpin mereka dan pemimpin mana pula yang cakap tak serupa 
bikin !! Jadi para Profesor janganlah masih dok canangkan soal membangunkan 
manusia dengan kebendaan, tolong-tolonglah fikirkan tentang maruah dan akhlak 
terutama akhlak pemimpin. Mana-mana pemimpin negara yang kurang diyakini akan 
"bersihnya" suruhlah letak saja jawatan !! Bimbang ianya akan jadi ikutan 
sesetengah muda mudi terutama yang Islam (tapi tidak ambil kisah sangat tentang 
Islamnya) sebaliknya dok sibuk tentang ketuanan Melayu !! Hakikatya 
akhlak mereka nak kata Melayu pun tidak nak kata Islam pun tidak !! 
Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 


      

Kirim email ke