Kalau kamu bijak sangat sila kemukakan perancangan pembangunan negara yang 
menurut pandangan anda paling sesuai untuk negara ini. Heran kerana anda tidak 
berusaha menjadi pemimpin waja untuk negara ini. Orang lain tidak ada kemampuan 
seperti anda agaknya - Anda saja yang bijak. Masuk bakul...




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Friday, April 10, 2009 7:56:24 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!





Perlu pembangunan tapi Membangun Bersama Islam atau Membangun Mengikut Acuan 
Islam !! Jangan membangun saja tapi mengengkari Allah swt. Allahuakbar !
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 4/8/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Wednesday, April 8, 2009, 12:57 PM


Syabas dan bagus kamu - negara tak perlukan pembangunan - dan apabila tak ada 
pembangunan maka tak perlu belanja dan bila tak belanja tak perlu guna tenaga 
kerja dan bila tak perlu guna tenaga kerja maka anda sendiri tak relevan lagi - 
tak perlu diberi kerja kerana tak ada kerja. Hiduplah sedemikian dan sesudah 
itu komplen kerajaan buat apa? Keadaan mengangur sekarang pun jadi ribut di 
kalangan orang Melayu - bila kerajaan tak perlu pekerja penganggur marah pula - 
bila nak bangunkan negara kata membazir pula - eh eh yang mana betul - saya 
heran - barangkali yang bercakap ni tidak begitu bijak menghubungkaitkan 
pembangunan dengan pendapatan - ekonomi bergerak kerana ada aktiviti 
pembangunan - Kalaulah Malaysia guna pendekatan Brader Anwar Bin Ibrahim dulu 
maka hancur negara - tetapi kerajaan rancakkan perbelanjaan dan banyakkan 
aktiviti pembangunan dan dgn demikian ekonomi cepat pulih dan banyak negara 
telah memuji pencapaian Malaysia - cuma yang tak
 mengerti aje yang komplen. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama 
berbondong-bondong kembali ke kampung dan hidup sedentari seperti zaman dahulu 
- Itukah keindahan yang anda cari dalam hidup ini. Bila miskin marah - nak 
jadikan kaya tak mau - Ya Allah - apa nak jadi bangsaku ini. Tak ada yang kena 
- jadi kamu saja yang betul dan orang lain semua bodoh. Syabas sdr yang 
bijakasana. Learn to appreciate what and how the government had provided for 
us. Pada tarikh kemerdekaan dulu semua kita miskin. Nak beli basikal pun tak 
mampu. Tapi setelah maju marah pula kepada mereka yang melakukan sesuatu untuk 
memajukan rakyat miskin. Sdr mungkin lahir kaya tetapi bapa sdr kaya ke? 
Teringat saya satu cerita ketika di London dulu. Ada seorang Melayu mencemuh 
anak2 kampung yang bergantung harap menunggu bisiswa setiap bulan. Dia bermegah 
kerana tidak memerlukan biasiswa ataupun pinjaman kerana bapanya seorang kaya. 
Bila ditanya bagaimana bapanya jadi kaya dia pun
 dengan megah mengatakan bapanya berniaga. Tetapi apabila ditanya lagi 
bagaimana mulanya dia beniaga - jawabnya bapanya dapat bantuan modal daripada 
MARA yang seterusnya membimbing bapanya sehingga berjaya. Jadi inilah manusia 
yang tak bersyukur dan tak menyedar untung - Bapanya kaya kerana adanya usaha 
kerajaan membantu sehingga dia jadi kaya. Tapi malangnya anak tak merasakan 
bersyukur. Seorang anak nelayan diberi biasiswa sehingga ke peringkat PhD dan 
kini seorang profesor di sebuah universiti. Mampukah bapanya membiayai 
pelajaran anaknya ini ke pringkat yang begitu tinggi? Saya berharap sdr befikir 
sejenak - Apa jadi kalau tak ada pembangunan? Keadaan gawat ekonomi dunia kini 
juga akan mendatangkan bencana kepada rakyat semua. Bila harga kelapa sawit 
jatuh siapa yang sakit.  Bila harga getah turun siapa yang susah. Bila orang 
tak ada duit siapa nak beli barang keluaran industri kecil dari kampung? Saya 
kira sdr kena belajar lagi menghalusi sistem
 ekonomi dunia dan ekonomi negara. Hapuskan DEB apa akan jadi kepada anak 
bangsa? Fikirlah. Saya sentiasa bersyukur dengan adanya kemudahan dan 
pembanguan disediakan oleh kerajaan yang bertanggungjawab membela bangsa. 
Mengejar kekayaan dunia tidak dihalang oleh agama Islam - bahkan digalakkan.  
Hanya orang kaya saja mampu berzakat, mampun menunaikan haji, mampu menghantar 
anak belajar tanpa bantuan, mampu membeli rumah dan banyak lagi kemampuan dan 
yang utama mampu bersedekah, mampu membantu anak yatim, mampu menyumbangkan 
wang kepada yang memerlukan. Tapi, tak apalah - syabas kepada sdr yang ingin 
memundurkan diri sendiri. Tapi, jangan ajak orang lain mundur. Selamat berjaya.




________________________________
 From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wednesday, April 8, 2009 1:27:44 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? 
Profesor/ Profesor Madya !!


Aswt,
 
    Apabila sesuatu pilihanraya diadakan sama ada yang kecil atau yang umum RTM 
akan jemputlah orang-orang universiti atau pun veteran-veteran dari parti-parti 
dalam komponen BN memberi ulasan. Ketika pilihanraya kecil di dua Bukit iaitu 
Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta satu lagi kerusi DUN di Sarawak tempoh 
hari ? RTM telah menjemput seorang ? Profesor untuk membuat analisis tapi tidak 
pasti dari universiti mana !! Antara komen beliau ialah pengundi ? Bukit 
Gantang terlalu emosional kerana memilih calun pembangkang dan menolak calun BN 
yang boleh membawa pembangunan. Jelas Profesor ini berfikir seperti orang 
kampong fikir 30 tahun yang lalu. Ketika itu kempen bermodalkan demi membawa 
pembangunan cukup laku !! 
 
    Apakah sebagai orang bijak pandai mereka tidak dapat menilai bahawa rakyat 
bukan semuanya terlalu "kemarok" dengan pembangunan ?? Ramai kini ingin kembali 
kepada nilai-nilai murni seperti Bersih Cekap Amanah (BCA) terutama bagi 
penganut agama Islam. BCA ini adalah slogan yang dicanangkan ketika Mahathir 
menjadi PM tetapi hakikatnya slogan itu hanya meminta rakyat yang amalkan 
bersih cekap amanah tetapi pemimpin tidak terikat dengan BCA tajaan mereka itu. 
Kabarnya Mahathir pun turut kempen juga di Bukit Selambau maka saya pun jangka 
memang BN menempah kekalahan lah kerana rakyat ada yang mudah lupa tapi tidak 
semua !! Ketika dia berkuasa dulu selesai saja pilihanraya macam-macam 
penyelewengan yang mereka lakukan dan kerana agensi yang patut menyiasat pun 
dibawah ketiak mereka maka agensi-agensi ini bukan menyiasat tapi tolong 
bersihkan pula najis pada ekor-ekor mereka yang berkokok dengan slogan BCA 
tadi. Inilah yang membuatkan golongan muda sudah
 muak dengan UMNO/BN. 
 
    Dalam pada kita bimbang dengan pelbagai gejala sosial di kalangan muda mudi 
kita sebenarnya masih ramai yang meletakkan pentingnya soal maruah dalam soal 
memilih kepimpinan negara. Mereka tahu siapakah pemimpin yang boleh mereka 
jadikan contoh dan memimpin mereka dan pemimpin mana pula yang cakap tak serupa 
bikin !! Jadi para Profesor janganlah masih dok canangkan soal membangunkan 
manusia dengan kebendaan, tolong-tolonglah fikirkan tentang maruah dan akhlak 
terutama akhlak pemimpin. Mana-mana pemimpin negara yang kurang diyakini akan 
"bersihnya" suruhlah letak saja jawatan !! Bimbang ianya akan jadi ikutan 
sesetengah muda mudi terutama yang Islam (tapi tidak ambil kisah sangat tentang 
Islamnya) sebaliknya dok sibuk tentang ketuanan Melayu !! Hakikatya akhlak 
mereka nak kata Melayu pun tidak nak kata Islam pun tidak !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal  

 

   


      

Kirim email ke