Ramai dah pemimpin jemaah Islam dan ulamak dok ajak agar buat apa pun ikut Islam bukan buat dulu baru tanya apa kata Islam !! Pernah dulu seoarang Profesor (ada juga Profesor yang berani tapi RTM tak jemput) yang kalau tak silap dia adalah ? bekas NC/TNC sebuah universiti komen sikap kerajaan UMNO yang biasanya "buat pembangunan itu dan ini lepas buat baru nak tanya apa pandangan Islam" (tentang apa yang dibuat/dibangunkan itu) !! Tak perlu ramai sangat nak jadi pemimpin !! Biar UMNO sudahlah yang ramai sangat nak jadi pemimpin Tak cukup sokongan beri saja rasuah adalah yang sokong !! Yang di luar UMNO yang cakap atau menentang itu dan ini bukan kerana mereka nak jadi pemimpin waja negara !! Tanggungjawab pada negara adalah tanggungjawab semua rakyat !! Apakah rakyat biasa tak boleh tegur kerajaan ? Negara ini UMNO punya kah ?? Berapa ramai rakyat yang sokong UMNO ? Mungkin tak sampai pun 30% ? Mujur orang Melayu yang paham Islam ni baik. Marah macam mana pun tak sampai bertindak macam yang berlaku kat Thailand sekarang !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Fri, 4/10/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? Profesor/ Profesor Madya !! To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Friday, April 10, 2009, 11:47 AM Kalau kamu bijak sangat sila kemukakan perancangan pembangunan negara yang menurut pandangan anda paling sesuai untuk negara ini. Heran kerana anda tidak berusaha menjadi pemimpin waja untuk negara ini. Orang lain tidak ada kemampuan seperti anda agaknya - Anda saja yang bijak. Masuk bakul... From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Friday, April 10, 2009 7:56:24 AM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? Profesor/ Profesor Madya !! Perlu pembangunan tapi Membangun Bersama Islam atau Membangun Mengikut Acuan Islam !! Jangan membangun saja tapi mengengkari Allah swt. Allahuakbar ! ibnuAli kota jembal --- On Wed, 4/8/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? Profesor/ Profesor Madya !! To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Date: Wednesday, April 8, 2009, 12:57 PM Syabas dan bagus kamu - negara tak perlukan pembangunan - dan apabila tak ada pembangunan maka tak perlu belanja dan bila tak belanja tak perlu guna tenaga kerja dan bila tak perlu guna tenaga kerja maka anda sendiri tak relevan lagi - tak perlu diberi kerja kerana tak ada kerja. Hiduplah sedemikian dan sesudah itu komplen kerajaan buat apa? Keadaan mengangur sekarang pun jadi ribut di kalangan orang Melayu - bila kerajaan tak perlu pekerja penganggur marah pula - bila nak bangunkan negara kata membazir pula - eh eh yang mana betul - saya heran - barangkali yang bercakap ni tidak begitu bijak menghubungkaitkan pembangunan dengan pendapatan - ekonomi bergerak kerana ada aktiviti pembangunan - Kalaulah Malaysia guna pendekatan Brader Anwar Bin Ibrahim dulu maka hancur negara - tetapi kerajaan rancakkan perbelanjaan dan banyakkan aktiviti pembangunan dan dgn demikian ekonomi cepat pulih dan banyak negara telah memuji pencapaian Malaysia - cuma yang tak mengerti aje yang komplen. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berbondong-bondong kembali ke kampung dan hidup sedentari seperti zaman dahulu - Itukah keindahan yang anda cari dalam hidup ini. Bila miskin marah - nak jadikan kaya tak mau - Ya Allah - apa nak jadi bangsaku ini. Tak ada yang kena - jadi kamu saja yang betul dan orang lain semua bodoh. Syabas sdr yang bijakasana. Learn to appreciate what and how the government had provided for us. Pada tarikh kemerdekaan dulu semua kita miskin. Nak beli basikal pun tak mampu. Tapi setelah maju marah pula kepada mereka yang melakukan sesuatu untuk memajukan rakyat miskin. Sdr mungkin lahir kaya tetapi bapa sdr kaya ke? Teringat saya satu cerita ketika di London dulu. Ada seorang Melayu mencemuh anak2 kampung yang bergantung harap menunggu bisiswa setiap bulan. Dia bermegah kerana tidak memerlukan biasiswa ataupun pinjaman kerana bapanya seorang kaya. Bila ditanya bagaimana bapanya jadi kaya dia pun dengan megah mengatakan bapanya berniaga. Tetapi apabila ditanya lagi bagaimana mulanya dia beniaga - jawabnya bapanya dapat bantuan modal daripada MARA yang seterusnya membimbing bapanya sehingga berjaya. Jadi inilah manusia yang tak bersyukur dan tak menyedar untung - Bapanya kaya kerana adanya usaha kerajaan membantu sehingga dia jadi kaya. Tapi malangnya anak tak merasakan bersyukur. Seorang anak nelayan diberi biasiswa sehingga ke peringkat PhD dan kini seorang profesor di sebuah universiti. Mampukah bapanya membiayai pelajaran anaknya ini ke pringkat yang begitu tinggi? Saya berharap sdr befikir sejenak - Apa jadi kalau tak ada pembangunan? Keadaan gawat ekonomi dunia kini juga akan mendatangkan bencana kepada rakyat semua. Bila harga kelapa sawit jatuh siapa yang sakit. Bila harga getah turun siapa yang susah. Bila orang tak ada duit siapa nak beli barang keluaran industri kecil dari kampung? Saya kira sdr kena belajar lagi menghalusi sistem ekonomi dunia dan ekonomi negara. Hapuskan DEB apa akan jadi kepada anak bangsa? Fikirlah. Saya sentiasa bersyukur dengan adanya kemudahan dan pembanguan disediakan oleh kerajaan yang bertanggungjawab membela bangsa. Mengejar kekayaan dunia tidak dihalang oleh agama Islam - bahkan digalakkan. Hanya orang kaya saja mampu berzakat, mampun menunaikan haji, mampu menghantar anak belajar tanpa bantuan, mampu membeli rumah dan banyak lagi kemampuan dan yang utama mampu bersedekah, mampu membantu anak yatim, mampu menyumbangkan wang kepada yang memerlukan. Tapi, tak apalah - syabas kepada sdr yang ingin memundurkan diri sendiri. Tapi, jangan ajak orang lain mundur. Selamat berjaya. From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Wednesday, April 8, 2009 1:27:44 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? Profesor/ Profesor Madya !! Aswt, Apabila sesuatu pilihanraya diadakan sama ada yang kecil atau yang umum RTM akan jemputlah orang-orang universiti atau pun veteran-veteran dari parti-parti dalam komponen BN memberi ulasan. Ketika pilihanraya kecil di dua Bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta satu lagi kerusi DUN di Sarawak tempoh hari ? RTM telah menjemput seorang ? Profesor untuk membuat analisis tapi tidak pasti dari universiti mana !! Antara komen beliau ialah pengundi ? Bukit Gantang terlalu emosional kerana memilih calun pembangkang dan menolak calun BN yang boleh membawa pembangunan. Jelas Profesor ini berfikir seperti orang kampong fikir 30 tahun yang lalu. Ketika itu kempen bermodalkan demi membawa pembangunan cukup laku !! Apakah sebagai orang bijak pandai mereka tidak dapat menilai bahawa rakyat bukan semuanya terlalu "kemarok" dengan pembangunan ?? Ramai kini ingin kembali kepada nilai-nilai murni seperti Bersih Cekap Amanah (BCA) terutama bagi penganut agama Islam. BCA ini adalah slogan yang dicanangkan ketika Mahathir menjadi PM tetapi hakikatnya slogan itu hanya meminta rakyat yang amalkan bersih cekap amanah tetapi pemimpin tidak terikat dengan BCA tajaan mereka itu. Kabarnya Mahathir pun turut kempen juga di Bukit Selambau maka saya pun jangka memang BN menempah kekalahan lah kerana rakyat ada yang mudah lupa tapi tidak semua !! Ketika dia berkuasa dulu selesai saja pilihanraya macam-macam penyelewengan yang mereka lakukan dan kerana agensi yang patut menyiasat pun dibawah ketiak mereka maka agensi-agensi ini bukan menyiasat tapi tolong bersihkan pula najis pada ekor-ekor mereka yang berkokok dengan slogan BCA tadi. Inilah yang membuatkan golongan muda sudah muak dengan UMNO/BN. Dalam pada kita bimbang dengan pelbagai gejala sosial di kalangan muda mudi kita sebenarnya masih ramai yang meletakkan pentingnya soal maruah dalam soal memilih kepimpinan negara. Mereka tahu siapakah pemimpin yang boleh mereka jadikan contoh dan memimpin mereka dan pemimpin mana pula yang cakap tak serupa bikin !! Jadi para Profesor janganlah masih dok canangkan soal membangunkan manusia dengan kebendaan, tolong-tolonglah fikirkan tentang maruah dan akhlak terutama akhlak pemimpin. Mana-mana pemimpin negara yang kurang diyakini akan "bersihnya" suruhlah letak saja jawatan !! Bimbang ianya akan jadi ikutan sesetengah muda mudi terutama yang Islam (tapi tidak ambil kisah sangat tentang Islamnya) sebaliknya dok sibuk tentang ketuanan Melayu !! Hakikatya akhlak mereka nak kata Melayu pun tidak nak kata Islam pun tidak !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
