Dalam Pilihanraya Umum ke 12 Pakatan Rakyat bersaing sengit di kawasan majoriti
Melayu iaitu di kawasan kampung-kampung dan tanah perancangan. Sementara di
kawasan bandar dan pinggir bandar yang majoriti Melayu kurang Pakatan Rakyat
boleh dikatakan mendapat laluan mudah.
PAS kebanyakannya bertanding di kampung-kampung dan tanah perancangan.
Justeru itu beberapa strategi harus difikirkan untuk PAS menang di kawasan ini,
antaranya :
1. Anak-anak kampung dan peneroka di perantauan terutama yang berada di kawasan
bandar dan pinggir bandar mengundi di kampung halaman masing-masing.
2. Menggalakkan belia-belia dan remaja di kampung dan tanah perancangan
mendfatar sebagai pengundi.
3. Menggalakkan anak-anak kampung di perantauan memberi sumbangan tenaga , masa
dan kewangan pada jentera pilihanraya di kawasan kampung-kampung dan tanah
perancangan.